Sunday, February 23, 2014

Mimpi atau Hidayah ALLAH


Okay , semalam aku sedih sangat . Sebab laptop aku tak boleh on langsung . Aku dah susun cantik plan yang nak di buat semua . Ada satu kerja ni memang lah kena hantar bulan 3 . Aku dah settlekan tinggal final touch double check lagi . Pastu , tetibe laptop buat hal . Spontan aku menangis . Aku sedih sebab pending apa yang aku dah rancang . Sampai abang aku nampak terus dia pujuk aku , dah ain . Nanti aku tanya dekat kawan kawan aku . Lama jugak aku nak motivate diri balik . Gila weyh , i really feel so down .  Bukan give up , cuma frust ! Bukan tak terima ujian dan dugaan Allah , cuma pada ketika aku dah plan banyak benda , jadi kena adjust balik apa yang nak di buat .

Sampai ke malam eh sampai ke pagi almost 4 a.m juga aku baru terlelap . Tertido dalam keadaan sedih . Mungkin terbawa bawa sampai aku mimpi . Mimpi ni kelakar pun ada tapi makna tersirat tu yang  aku nak highlight dekat sini . Aku mimpi depan mata aku satu kapal terbang ni dia mendarat dalam keadaan cemas . Enjin kapal terbang tu bermasalah . Dan pilot tu dengan tenang landing dalam keadaan baik tanpa ada berlaku kemalangan pun pada penumpang . Selepas itu , pilot tu pun turun dan berjumpa dengan aku dalam muka dia senyum . Aku terus tanya "tenang je ehk handle kapal dalam situasi macam gini , siap boleh suruh passenger rileks dulu sementara nak tunggu bantuan" . Dia cakap , "dalam keadaan macam gini kita kena tenang , kalau kita sebagai pemandu yang lead tak boleh nak tenang macam mana penumpang yakin yang dorang akan selamat macam sekarang ni!" .

Terus aku tersedar , dan muhasabah diri aku balik . Kenapa aku perlu nangis sedangkan aku sendiri yang  susun perancangan aku dan aku sendiri yang akan selesaikannya satu persatu . Terus aku kata pada diri aku " ain , kalau benda kecik macam gini pun kau dah nanges dah frust , macam mana nak handle bisnes untuk masa akan datang yang lagi banyak cabaran" .

Ya Allah , ku mohon agar kau sentiasa berikan kekuatan kepada diriku untuk menempuh hari hari yang akan datang ..

2 comments:

Anonymous said...

Thats really you my dear .. Dont ever give up .. Be strong and never ever easy to lay down .. You should know, some people might look up so much upon you .... So, be strong my sis ... :)

Tasha Aqisha said...

mmpi tu satu hkmah... ia mnyedarkan ain untuk lbh kuat... tu bru dgaan kcil.. ada lagi yang lbih bsar di masa akn datang.. apa pun tenang hadpi smua.. inshaa Allah sgla masalh dpt di selesaikan. :D
http://cercitertashaqisha.blogspot.com/