Wednesday, March 5, 2014

Siapa Cakap Berniaga Pasar Malam Tak Boleh KAYA & BERJAYA

Sumber : Google 

Assalamualaikum kepada mereka yang beragama Islam , dan Hello untuk mereka yang bukan Islam .

Selalunya dekat tempat korang pasar malam ada hari apa ? Kalau ain , dekat kawasan rumah ni hari Jumaat . Kalau dulu dok mengaji dekat kedah , hari Ahad .. So , balik kelas memang berdesup pi serbu pasaq malam . Ahaaa . Ain nak tanya sket je , sket je ... Selalu perhabis berapa ringgit ehk ? Jujurnya ain duli masa dekat kedah kan seorang diri tu boleh perhabis sampai RM 10 - RM 15 . See, entah ape kebenda yang aku beli . Tapi habis okey. Hahaha. Okay , perut tong gas memang boleh habis. Ahahaha . Kalau dekat JB pula , sebab dengan family kan selalunya RM 20 - RM 40 jugak lah.

Lepastu ain terus terfikir , sebab ain ni jenis kalau pergi satu tempat , ain selalu fikir , kenapa tempat ni orang suka pergi ? Kenapa tempat ni jadi lokasi orang berniaga ? Cuba bayangkan , kalau SEORANG boleh invest * amboi , guna ayat invest gitu . Hahaha.. Boleh invest sehingga ke RM 10 ..  Kalau 50 orang yang datang ? Tak ke jadi KAYA & BERJAYA pada waktu tu .hahahha . Itu tak masuk yang bekerluarga .mau mau , satu keluarga belanja sehingga RM 100 . Kalau 10 keluarga yang belanja , tekan kalkulator pi cepat pakcik makcik woi . Ahahahhha.

Ain pernah tanya pada ayah , sebab ayah kenal ramai orang yang berniaga dekat pasar malam tu , sebab dulu bujang bujang ayah ain kadang kadang tolong meniaga air . Ain tanya , " dah berapa tahun ehk pakcik jual mee soto tuh ?" . Ayah jawab , "dekat 30 tahun jugak lah " . Fuhh , lama tu , terlebih sangat makan garam dan sangat berpengalaman . Lalu aku terfikir , sepatutnya pakcik ni dan bukak kedai special untuk mee soto dia . Tak yah lah orang nak tunggu hari pasar malam je dapatkan mee soto dia , hari hari orang boleh pekena mee soto dia . Tak ke gitu ? Okay , ain tau ain faham sangat ada sesetengah orang tak berani nak ambil risiko kalau buka kedai takut takde orang nak datang makan selalu . *boleh baca entri ain yang lepas pasal "Nak Bisnes Tapi Tak Tau Dapat Untung"

Satu lagi ain nak cakap , kalau boleh peniaga pasar malam , orang sebelah tu dah meniaga keow teow yang memang setiap kali goreng habis , goreng habis , orang sanggup tunggu untuk keow teow dia , kita dekat sebelah tak kan lah nak meniaga keow teow jugak . Kita dah memang jual goreng goreng lain , teruskan jual yang itu . Kita kena pandai lah nak tarik pelanggan kita , kalau dah tau orang akan pit stop kedai sebelah kita , kita pun jual lah "something" yang orang pun boleh pit stop dan beli jugak .

Yang buat aku tertarik dekat pasar malam kawasan rumah aku ni , ada satu kedai pakcik koew teow . Fuhh , setiap kali pasar malam , komfom buat persembahan goreng koew teow . Sampai aku terfikir , berapa pakcik dan makcik ni dapat sekali persembahan dia tu ? Ahahahha. Bukan itu juga , ada satu pakcik ni , dia jual jagung je , lepastu dia nampak kot takde yang jual kepak ayam madu , dia pun jual . Satu RM 2 . Tapi dia jual 5 RM 9 .. Secara tidak langsung , dia telah letakkan konsep sedekah dalam jual beli dia tu walaupun ianya sebenarnya strategi pemasaran .

Gerai lain misalnya , jual nasi lemak , jika pelanggan kita , "makcik , nak sambal lebih" . Maka , peniaga , berilah sambal lebih . Tak luak pon sebenarnya . Sebab kamu telah memberi kepuasan kepada pelanggan kamu dan secara tidak langsung , peniaga tersebut telah bersedekah dengan memberikan walaupun hanya dengan konsep "sambal lebih" .

Itu yang ain katakan , siapa kata peniaga pasar malam tak boleh kaya dan berjaya ? Mereka boleh kaya mereka boleh berjaya kalau diselitkan konsep sedekah itu . Dan yang telah menjadi peniaga bertahun tahun , tak kan tak nak untung dua tiga kali ganda ? Mesti nak kan . Cuma kadang kadang kita tak tau macam mana , kita tak nampak atau masih samar samar jalan yang macam mana kita nak lalui untuk mencapai keuntungan berlipat kali ganda .

Jadi , lagi sekali ain nak tekankan disini , SIAPA KATA PENIAGA PASAR MALAM TAK BOLEH KAYA DAN BUKAN SETAKAT KAYA TAPI BERJAYA? TEPUK DADA TANYA DIRI SENDIRI , YANG BOLEH MENGUBAH DIRI KITA HANYALAH DIRI KITA SENDIRI .
INSYALLAH ..

-NUR FARAHAIN-
AkuAinKauSiapa.Blogspot.Com
farahain8291@yahoo.com.my

12 comments:

Farah Waheda Wahid said...

di mana adak kemahuan di situ ada jalan...

Kiki Piano said...

Peniaga air tepi jalan pun boleh kaya apatah lagi pasar malam . :)

Nao Mei said...

Boleh tambah rezeki dik kalau ada usaha.

Nie akak nak tanya kenapa dengan blog akak tu dik.
Ada yang tak kena ke nie

ecah khalili said...

baca entri ecah yang ni..tentang antara ecah yang berkerja sebagai software engineer n kawan ecah yang cuma meniaga kat pasar malam..
http://ecahkhalili.blogspot.com/2013/05/saya-silap-ke-maafkan-saya.html

Normi Nieza said...

asal ada kemahuan dsitu ada jalan..

Aisyaaa said...

Bersedekah lagi bertambah rezeki kan kak. :)

izwan said...

Setuju dengan ain,

bersedekah itu takkan mengurangi harta, malahan menambahkan lagi rezeki.

Yg penting, tahu strategi dan take action... kepada yang nak berniaga pasar malam tu. cari2 ilmu , insya allah anda kaya dan berjaya.

Eintan Nurfuzie said...

depa berniaga pasar malam cepat kaya ooo.. bayo sewa bukan semahal byr kedai...

iecha nella said...

Rancak cter ain nih...teruja....celik mata pagi2 ...hihikk... pasar malam byk kisah nostalgia... kebanyakkan nya peniaga kat situ mentor legend dah status diowg.

sya mimie said...

in Shaa Allah.. Kalau diizinkan Allah, berkat rezekinya kan..

Zulkarnai Harun Ar Rashid said...

Saya tak berani kata apa..tapi jom ke blog pasar malam saya...kita ushar....update hari hari ceta pasar malam

Zulkarnai Harun Ar Rashid said...

Saya tak berani kata apa..tapi jom ke blog pasar malam saya...kita ushar....update hari hari ceta pasar malam