Thursday, November 6, 2014

Blogger ! Jangan Bikin Panas



Bila orang tanya , kita jawab kita 'blogger' ,
kebanyakkannya orang menilai 'kaki gosip'  , penyebar berita sensasi.

Sebagai blogger sendiri , ain nampak perkara ini satu benda yang sangat negatif .
Ramai blogger nak kejar pageviews naik mencanak , buat kerja senang . copy paste cerita artis , copy paste gambar instagram artis lepastu publish. Senang nya hidup kau !

Lepastu marah orang tegur cara kau . Padahal kau memang tak beretika langsung.
Salah siapa ? salahkan diri sendiri.

Itu belum cerita yang copy paste berita terkini . Contohnya masa kes MH370 . Semua nak naikkan pageviews buat entri pasal cerita itu . Macam macam propaganda dan agenda dia letak dalam blog dia. Salah siapa ?

Berikutan dari entri di blog , Hasrul Hassan . Maka ain rasa bertanggungjawab untuk memberikan pandangan peribadi.

Sebenarnya kehidupan kita ini sangat mudah tetapi yang menyebabkan ia nampak susah itulah datangnya dari manusia sendiri. Percayalah , sekali kita mencari kesalahan orang dan membuka aib seseorang , pasti kita akan meneriman COD ( Cash On Delivery ) terhadap apa yang kita lakukan.

Senario ini mudah , ada orang jual jual depan rumah  kita. Kita lupa nak tutup pagar . Dia masuk tanpa beri salam . Kita mesti marah bukan sebab orang masuk rumah kita tanpa protokol. Sama lah juga dalam situasi untuk jadi blogger yang beretika.

Tolong ! Stop jadi penyebar keaiban orang konon nya dikatakan 'fresh from oven' . Kalau rasa tak ada idea nak menulis apa , kita semua dikurniakan akal yang sempurna . Jadi , gunakan lah sebaik mungkin bukan untuk buat benda benda tak elok macam gitu.

Mohon jangan jadi manusia bersifat 'attention seeker' yang sering nakkan perhatian. Banyak cara lagi yang boleh kita lakukan untuk mendapat perhatian manusia. Orang yang awak sedang ceritakan itu punya maruah juga .

"Penulisan kita itu mencerminkan siapa diri kita sebenarnya.. Kalau rasa seronok menjaja kisah hidup orang dengan cara sebegitu .. mohon bersedia untuk dapatkan khidmat COD dari tuhan.."

Oh ya ! nak tau 6 Sikap Blogger Yang Tidak Bermaruah .

Harap isu ini semakin dapat diatasi supaya kredibiliti blogger dipandang tinggi oleh masyarakat.



8 comments:

Nurzakiah Hanum said...

agree

AMIIZAA said...

salams ain,

betul tu...kak mieja suka baca blog yg santai, kisah famili dll.

tapi tak minat nak baca pasal citer copy paste dlm paper, artis,dll...sangatlah membosankan

salmiah awang said...

tahniah kerana keberanian anda.Saya terlintas juga nak buat post macam ni.Rasa macam mereka ni mengaibkan diri sendiri pula mencanangkan sesuatu yang tidak sepatutnya.Yang kita respek juga boleh buat kita pandang sebelah mata.Sama-samalah kita jaga apa yang kita kongsikan.

MNH SASTERA MELAYU said...

Alhamdulillah... setakat ni saya tak pernah jadi blogger copy paste. saya hanya tulis berdasarkan pandangan peribadi sahaja.

Barniyah Ammara said...

Setuju! Sekarang ni kalau dapat berita palsu kebanyakan dari Blogger. Masyarakat pun menilai,.. :|

Gee Lion said...

susah nak sedarkan blogger species camni. yg diorang nampak cuma keuntungan kat depan mata. hurmm.. saya pun pernah tulis peringatan yg sama. diharap kita sama2 dapat ambil iktibar dari apa yg berlaku sekeliling kita.

http://diaridandelion.blogspot.com/2014/10/pesanan.html

Eka Fikriyah said...

Setuju Ain...sebenarnya ngeblog itu, tujuananya tuk berbangi dan memberi inspirasi orang, bukan membuat berita bohong atau berita yang bikin orang jadi berprasangka buruk.

CikSiti said...

bila kecintaan kpd duit mengatasi segalanya...