Assalamualaikum dan hello kepada semua . Alhamdulilah , masih diberi kesempatan peluang untuk menikmati hidup di muka bumi ALLAH ini . Hari ini dah 21 hari bulan . Kejap je dah nak habis bulan januari kan . Padahal rasa macam baru je bulan januari . Okay , ini la sedikit coretan diary of the day aku pada hari ini :
- Dapat Hadiah Comel
Alhamdulilah , ain ada menang giveaway yang ini Giveaway ini . Hari ini baru dapat buka hadiahnya . Sepatutnya semalam dah dapat buka hadiahnya , tapi ain pula tiada dekat rumah , makanya kena la pergi tuntut dekat pusat poslaju tadi . Terima kasih kepada yang sponsor hadiah comel itu . Sponsor : Sofie . Hadiah jauh dari Sarawak ke Johor pula tu . Nak tahu apa hadiahnya ? . Tadaa ..
siap bersampul lagi .
ini lah hadiah comel nya .
Terima kasih ye. Suka sangat sebab dah lama tak ada buku nota comel comel macam gini . Last ada pun masa zaman sekolah . Hahaha.
- Makan kekacang untuk snek pagi / petang / malam
Untuk program kurus mengurus ini , aku boleh makan kekacang sebagai protein . Aku akan jadikannya ia sebagai snek minum pagi atau makan petang ataupun supper . Ianya bagus bagi mengelakkan perut kita berlapar . Sebab itu dalam program kurus mengurus kena makan sampai 6 kali . Tapi jangan lah kau melantak macam tak pernah makan berbulan bulan . Hahaha . Untuk snek ini , hanya ambil segenggam sahaja . Tak lupa juga kena combine kan dengan buah buahan . Paling pemalas kau singgah je kedai yang ada jual buah potong RM1 tu , haa beli lah 1 atau 2 jenis . Untuk kurus kena banyak makan sayur dan buah buahan serta perlukan protein . Sebenarnya . dalam proses nak menguruskan badan ini bukannya fokus utama kepada senaman apa yang kita nak buat tetapi lebih kepada lifestyle iaitu tabiat pemakanan kita . Tak salah makan nasi tapi kena tahu berapa kuantiti yang harus diambil . Bukan tak makan langsung ! .
Selalunya aku update diary of the day aku malam kan , hari ini aku update petang . Takut malam tak sempat . Hahaha . Jumpa di dalam entri lain ye ! Bye! .
6 Ulasan
Tahniah dpt hadiah comel n caiyok2
BalasPadamsy pn ada gak dapat hadiah dari sofie hehe comel je. btw selamat berjaya for both of us utk proses kurus tu haha . sy pn tgh menjalani proses yg sama. lol
BalasPadamComelll sgt sgt buku nota tu. Tahniahh yaa :)
BalasPadamsinggah balas.. terima kasih dan tahniah
BalasPadamComel notebook tu>< haha followed you back dearie^^
BalasPadamcomey dpt buku tu.... ala2 dr London gitu.. hoho
BalasPadamBlog ini merupakan blog peribadi yang ain jadikan sebagai 'Diary of the day'.Sorry la kadang ain guna, “ain” kadang “aku”.Perasaan membaca ni kadang lagi sedap ber “aku”.Kes itu kita letak terus “akuainkausiapa”.Hahaha.