28/366 : DIARY OF THE DAY -28 JAN 2016






Assalamualaikum dan hello kepada semua . Alhamdulilah , hari ini dah 28 hari kita berada dalam tahun 2016 . Lagi dua hari , maka genap lah sebulan ain kosisten menulis diary of the day ini . Rasa bangga gila terhadap diri sendiri . Hahaha . Okay , hari ini nak membebel apa ye ?


  • Kemas dapur rumah
Alhamdulilah , petang tadi ALLAH bagi ain tenaga nak mengemas dapur rumah . Faham faham je la , ain seketul je perempuan dalam rumah . Ibu dah meninggal , adik beradik semua lelaki . Memang ain je la yang kena kemas rumah . Dapat juga kemas sikit dapur , insyallah esok kalau larat nak sambung lagi kemas . Jujurnya , bila kita tengok rumah kita bersih , kita mesti akan lagi rasa selesa dan bahagia je duduk dekat rumah . Lagipun , bila dapur bersih , kecenderungan untuk memasak selalu mesti selalu ada . Hahaha . Tambahan pula , sekarang ini ain tengah dalam proses kurus megurus , makanya kena lah rajin kan diri memasak . Kalau beli itu kita tak dapat tahu kandungan minyak , gula ,garam yang ada . Bila kita masak , kita sendiri tahu berapa yang kita letak .


  • Followers makin berkurang
Yang ini dari semalam terasa sedih . Konon semalam hati kental tak nak rasa sedih , sekali hari ini tengok , mak ai , makin susut teruk nampak ! . Sedih kau tahu ? Hahaha . Nak buat macam mana kan ?  Kita kena terima lah hakikat sebenar . Tak apa , lepas ini akan lebih kosisten lagi nak tambah jumlah followers . Untuk sekarang ini , sama sama lah kita bersedih bersama sama . Hahaha . Tabahkan hati ya! . 


Arggh , aku dah mengantuk tambah penat sangat dah ini . Makanya , ini sahaja la yang mampu aku taip untuk hari ini . 

Assalamualaikum  :)

Catat Ulasan

2 Ulasan

  1. Rajin Ain kemas dapur. Hehe. Kes hilang followers tu ada blogger update katanya pihak Blogger.com buang followers yang follow selain daripada google account. Sedih jugaklah sebab bukan 1, 2 yang hilang. Hmm. Takpelah, harapnya bila dah ubah sistem macam ni makin senang followers kita nanti :)

    BalasPadam
  2. salam ukhwah...saya follow sini :)

    BalasPadam

Blog ini merupakan blog peribadi yang ain jadikan sebagai 'Diary of the day'.Sorry la kadang ain guna, “ain” kadang “aku”.Perasaan membaca ni kadang lagi sedap ber “aku”.Kes itu kita letak terus “akuainkausiapa”.Hahaha.