Sunday, January 3, 2016

First GiveAway by Encik Kidal



Hadiah yang paling ain nak : notebook / planner . Jujurnya , tahun ini ain tak beli lagi planner , hahaha. so , insyallah ,kalau berjaya ain nak sangat hadiah ini . Lagi satu , ain ni jenis suka tulis apa apa info kalau ain pergi ke majlis majlis ilmu . Seronok bila kita lihat semula apa yang kita tulis . 

Seterusnya , di dalam giveaway ini juga , ain nak ceritakan tentang azam tahun 2016 ini :


 Azam saya pada tahun 2016 ialah :
  • Nak kurus 
Jujurnya , dah lama ain memang nak kurus serta alhamdulilah , dah mulakan sedikit demi sedikit yang mana ain ubah gaya pemakanan dan gaya kehidupan harian aku . Contohnya , macam pengawalan dari segi pengambilan nasi , lepastu dah mula juga untu bersenam . Aku nak kurus bukan untuk pujian , "Eh kau dah kurus la" . Aku nak kurus dan hidup sihat sebab ini impian arwah ibu aku . Dia nak sangat tengok satu satunya anak perempua dia ini kurus . Tapi , hajat dia tak kesampaian . Insyallah , dengan izin ALLAH , tahun ini harapnya akan menjadi perubahan besar dalam diri aku.

  • Nak kosisten menjadi blogger 
Hal ini kerana , aku nak sangat belajar menulis dari hati . Jadi , tidak salah kiranya aku belajar mendapatkan pengalaman dari menulis di dalam blog ini . Insyallah , semoga azam ini akan tercapai . Lagi satu , aku melihat ramai sudah berjaya berkongsi kisah kisah kehidupan , perkara perkara positif hanya dengan melalui penulisan sahaja . 

  • Cari diri yang hilang
Aku dah nekad ,untuk tahun 2016 ini aku mahu kutip , aku mahu cari semula diri aku yang sudah lama hilang 'serinya' . Untuk pengetahuan , ibu aku meninggal tahun 2013 iaitu sehari sebelum aku konvo . Sedih . Pilu . Semuanya ada . Bukan nya satu perkara yang mudah untuk aku hadapi hari hari tanpa seorang ibu . Untuk tahun 2016 , aku isytiharkan ianya sebagai tahun comeback aku . Nantikan .hahaha. Insyallah ,semoga ALLAH terus memelihara hati hambamu ini .

Instagram aku : @farahainzfa

Tag rakan : syiera firdaus     mia liana

*Harapnya saya dapat menjadi pemenang dalam giveaway ini .



6 comments:

sumysya said...

salam kenal dr segmen jom tambah follower...done follow u back..

Mama Darwiish said...

all the best :)

Nabila Syifa said...

byk giveaway awal tahun baru nih

SITI SORFIENA SYASHA said...

Thanks join and goodluck for you sis :)

http://ash-tsukidate.blogspot.my/2016/01/first-giveaway-by-encik-kidal-yawww.html

Aisyhah Nyais said...

Singgah sini..daripada giveaway yg sama..gdluck taw hehehe..

http://apple-crunchh.blogspot.my/2016/01/first-giveaway-by-encik-kidal.html

Noor Najwa said...

blogwalking dari ga yg sama..
http://muslimahsejati96.blogspot.my/2016/01/first-giveaway-by-encik-kidal.html