Friday, January 15, 2016

SEGMEN : JOM TAMBAH FOLLOWER # ROUND 1




Amboi , kemain segmen ini siap ada 10 soalan lagi yang kena jawab . Terasa macam artis diterview oleh wartawan dan paparazi . Hahaha.
Meh sini ,ain jawab yer :



  • Memang kalau orang tanya ,nak panggil apa ? Aku akan jawab , panggil 'ain' je . So , akan jadi awkward kalau orang panggil aku farah walaupun itu nama aku . Hahaha . Aku sejenis manusia yang suka warna terang (striking ) dan mesti ada blink blink . Kebanyakkannya baju aku ,terutama baju raya aku mesti ada blink blink . Hahaha . Lepastu aku suka bercakap , kalau kau tumpang kereta aku dari johor bahru sampai utara , aku rasa kau mesti tak tidur. Hahaha . Aku juga seorang manusia yang kalau gelak memang takde slow . Mesti high volume . Memang biasa kena sound sebab gelak ketawa aku ni .Hahaha. Cukup je la tentang diri pemilik blog akuainkausiapa ini kan kan kan .

  • JDT .Johor Darul Takzim . Daerah Johor Bahru . Ahaks!

  • Kalau ada masalah atau stress dulu aku selalu karoks . Aku ini suka menyanyi . Teringat dulu pernah dapat invitation untuk menyanyi event event dekat satu Hotel ini . Lepas arwah ibu meninggal , 17 November 2013 , aku terus dah tak minat menyanyi . Aku lebih banyak berdiam diri . Sehingga sekarang , bila aku berhadapan dengan masalah atau stress , the best way yang akan aku buat ialah kembalikan diri aku kepada ALLAH . Mengadula kepada Dia , kerana nikmatnya kau rasai tak sama dari kau karoke. Hahaha. Serius ! Aku jadi tenang lepastu 

  • Idea blog ini sebenarnya aku saja saja . Alhamdulilah , dulunya aku hanya bercerita tentang kisah kehidupan aku yang mana aku rasa aku boleh kongsi . Lepastu , aku jadi semakin excited masa tahun 2013 . Masa prektikal dan waktu itu , aku tumpang rumah kawan aku untuk habiskan VIVA (presentation final report)  . Aku VIVA habis orang paling last , sebab advisor aku ada urusan , makanya aku terpaksa la stay lama takkan nak ulang alik . Aku duduk JB kot dan aku study dekat UiTM Merbok ,Kedah . Haaa , merasa first berpuasa dekat sana . Haahaha . Aku nampak kawan kawan aku which diorang housemate aku juga , diorang asyik ngadap laptop je , lepastu aku dengar diorang cakap "weh , aku dah join contest blog ini..kau dah belum? " . "aku menang giveaway ini lah." . Dari situ , aku macam kepoh la nak tau dan disebabkan mereka la , aku terus aktif dengan join giveaway , contest , segmen sampai jadi sponsor . Alhamdulilah , followers pun dah bertambah walaupun masih 1000++ followers , itu sudah satu pencapaian yang baik pada diri aku.

  • Aku dah start berblog ini dari sekolah kot . Sebab masa tu zaman internet baru nak up (Zaman 90 -an) . Masa itu kan zaman Myspace dah ada . Aku dah ada blog dah .Syok sendiri sembang apa aktiviti sekolah . Dan blog itu dah lama terkubur sebab aku dah tak ingat password . Makanya aku cipta lah akuainkausiapa.blogspot.com .

  • Hadiah paling istimewa ialah aku dapat kereta baby blue JMR pada hari jadi aku yang ke 20 tahun . Itu paling special aku rasa dan aku sangat sangat hargai ianya dari ibu dan ayah aku . Sebenarnya , masa Semester 2 , aku duduk rumah sewa dan aku pernah jatuh motor sebab tak ada transport lagi waktu  tu , naik la motor dengan kawan aku . Setiap hari , arwah ibu aku akan call aku , maka aku mengadu lah , aku jatuh motor . Jujurnya ,aku sendiri yang minta ayah dan ibu aku kereta yang aku serahkan semuanya pada family aku . Aku tak kisah apa jenis kereta yang diorang nak bagi janji auto . Hahaha . End up , masa itu raya cina jadi cuti panjang . Aku balik JB dan terkejut gila , dah ada dah pun keretanya . Semenjak pada itu , aku sendiri janji pada diri aku dan family , no matter what reason aku  takkan akan ponteng kelas , aku tak akan dapat pointer bawah 3.00 . Korang nak tau kereta aku warna biru tu pun sebab abang dan adik aku pilih . Biasala , orang lelaki pilih bantai pilih warna biru  . Kereta aku dekat Merbok dulu hotstuff sebab mana ada banyak no flat J . Hahaha . 

  • Ciri ciri teman hidup ehk  ? Hahaha . Jujurnya , aku serahkan rahsia jodoh ini kepada ALLAH . Tapi , tipu la kita tiada pilihan ciri ciri yang kita nak kan . Aku nak lelaki yang tak hisap benda berasap (rokok/shisha/vape) . Aku nak lelaki itu bertanggungjawab dalam keluarga dia ,sebab dari situ kita akan tahu Insyallah ,dia akan jaga aku dan keluarga aku juga . Seterusnya , aku nak dia propose pada keluarga aku . Bukan pada aku dulu . Hahaha . Well , aku memang soalan ini bukan kepentingan untuk diri aku pada waktu sekarang . HAahaha.

  • Masa aku prektikal , baru 4 hari masuk tak silap , seorang kawan lelaki (macam ala ala teman tapi mesra) cehwah , dia boleh gamble pakai telefon office dia (dia pun prektikal juga -kawan UiTM ) call aku pagi pagi buta masa hari jadi aku . Dahla waktu tu aku tengah sembang dengan supervisor aku , aku pick up la call , "Hello boleh saya bercakap dengan Puan Nur Farahain?" , dalam hati aku , kurang ajar aku Cik kot ,selamba dia panggil aku Puan . Hahaha . Lepastu dia cakap la , "Happy Birthday" . Pada lunch hour kebetulan hari Jumaat , lunch panjang sikit kan , dan maxis bagi free call , makanya bergayut la punya lama . Hehehe . Ala , teringat pulak kenangan dulu . Hurm..

  • Kalau boleh , JM letak lah header , sekurangnya tak nampak kosong dalam blog awak . Yang lain , ain rasa okay .

  • Peratus ? OMG ! Ain tak layak untuk beri berapa peratusannya . Kalau JM rasa selesa dengan design blog itu ,makanya just go with it .

3 comments:

JAMIL HASHIM said...

ASSALAMUALAIKUM. SELAMAT PAGI. SUATU LUAHAN IKHLAS DARI JM YANG BELUM PERNAH JM BACA. ADA YANG TERSIRAT DAN ADA YANG TERSURAT. SETIAP ISI YANG JM BACA BANYAK BERMAIN DENGAN PERASAAN. TERIMA KASIH SAHABAT ATAS PERKONGSIAN YANG MENARIK 5* UNTUK ANDA

JAMIL HASHIM said...

ROUND # 2 : http://jmbelog.blogspot.my/2016/01/segmen-jom-tambah-follower-round-2.html

JAMIL HASHIM said...

TAHNIAH ...http://jmbelog.blogspot.my/2016/01/pemenang-segmen-jom-tambah-follower.html