33/366 : DIARY OF THE DAY -2 FEB 2016

 





Assalamualaikum dan hello kepada semua . Hari ini dah 2 februari . Pergh , cepatnya masa berlalu . Aku dok rasa macam baru je sambut new year , sedar sedar dah bulan dua . Hari ini , aku sangat sangat pack , tapi tadi petang sempat lah jugak blogwalking sekejap . Tak dapat nak blogwalking lelama sebab kepadatan jadual aku yang sangat penuh . Hahaha . Poyo sangat ayat kepadatan yang sangat penuh itu . Untuk hari ini aku nak cerita tentang :


  • Pergi pasar restock barang dapur
Tadi petang berkesempatan pergi ke pasar restock barang dapur . Yelah , sayur buah apa semua dah licin . Normally aku memang selalu pergi pasar hari bekerja sebab hari weekend selalunya pack dengan kenduri kahwin dan sebagainya . Alhamdulilah , aku dah terbiasa lah nak tahu apa yang aku nak beli , dulu aku kekok weyh nak beli ape kebenda ehk , kang bahan ini tak guna , membazir pula pi beli . Jawapannya ialah , aku buat senarai . Bila kau buat list nak beli apa , senang sampai pasar je , amek bakul , pergi ke tempat yang hendak dituju . Bukan itu sahaja , ianya secara tidak langsung akan menyebabkan kau beli apa yang patut dan tak akan ambil apa yang kau tak perlu nak ambil . Hahaha .


Tambahan pula , aku dah siap google dan youtube apa yang aku nak masak untuk minggu tersebut . Katakan seminggu punya bahan , so aku mix and match lah apa barang yang nak dibeli . Contohnya , brokoli untuk minggu ini beli masak seminggu sampai habis . So , end of the week , terus licin peti ais aku . Settle , terus restock balik . Repeat the same things . Hahaha. 


  • Healthy food tak semestinya guna bahan yang mahal 

Ya , yang ini aku setuju . Selepas aku explore google dan youtube resepi makanan yang healthy , sebenarnya tak perlukan belanja yang mahal mahal . Contohnya , asal healthy food je , nak salmon with salad sedangkan tekak kita mana boleh nak terima hari hari makanan itu . Untuk hari pertama , boleh lah gagah kau makan siap upload dekat Instagram "My Favourite Meal" . Penipu ! . Harga salmon je dah berapa plus tekak kita semua dah terbiasa dengan Nasi Lemak dan Nasi Ayam Penyet . Pastu mesti terus give up nak kosisten healthy food . Buat kerja separuh jalan . Itu yang aku rasa untuk awal awal dulu .


Tapi , lepas aku dah explore (itulah purpose ada nya internet ) , untuk kita explore and get so many information yang kita tak tahu . Lepas aku dah explore , baru aku tau apa menu menu yang boleh tekak ni terima dan mengikut bajet yang sederhana dan tak terlampau mahal . Insyallah , next next entri , aku nak jugak share resepi (cehwah ! rasa macam poyo sangat bershare resepi bagai ) healthy food apa yang aku masak .




Actually , aku ini lebih suka bercakap dari menaip .Hahaha . Mana lah tahu tetiba aku terbuat vlog ke . Hahahaha . Boleh lah geng dengan Maria Elena . OMG ! I really love and adore her so much ! Can you guys imagine that feelings ? Hahaha . So , see you when i see you ! Assalamualaikum , tak jawab dosa , kalau jawab sayang ! Hahaha . 

Catat Ulasan

6 Ulasan

  1. Salam singgah di sini. Wah.. Rajin sungguh tuan blog memasak. Lepas ni bolehlah share resepi. =)

    Salam perkenalan. \[^__^]

    BalasPadam
  2. amboi masak dan terus memasak.. yes! ain tgh diet atkins ke?

    BalasPadam
  3. tang buat list barang untuk dibeli tu mmg sangat2 setuju... saya even pi pasar malam pun buat list... hahahah kalau tak mainan, baju, tudung, seluar, ayam goreng, meehun sup dan lain semua ikut balik... hahahha

    BalasPadam
  4. barang dalam peti pun baru je abes..daging ngan sayur kena restock balik..huhu

    BalasPadam
  5. best nyaaa . lepas ni jgn lupa buat entry resepi tu ehhh :) hehe

    BalasPadam
  6. Ok tu wat senarai..lya pun mcm tu juga

    BalasPadam

Blog ini merupakan blog peribadi yang ain jadikan sebagai 'Diary of the day'.Sorry la kadang ain guna, “ain” kadang “aku”.Perasaan membaca ni kadang lagi sedap ber “aku”.Kes itu kita letak terus “akuainkausiapa”.Hahaha.