35/366 : DIARY OF THE DAY -4 FEB 2016

10:24:00 PM

  




Assalamualaikum dan hello kepada semua . Hari ini dah 4 februari . Aku rasa berpuas hati dengan prestasi blog aku walaupun belum lah tahap femes hanis zalikha . Hahaha . Sebab aku kosisten update diary of the day setiap hari dan entri tekumpul je dah dekat 80 . Alhamdulilah , itu bermakna banyak rupanya jari jemari aku ber exercise menaip naip . Hahaha . Semoga jari jemari aku semakin runcing dan tidak bambam selamanya . Hahaha . Hari ini aku nak sembang pasal :



  • Jariku terluka terhiris pisau
Yes ! jari aku ni haa ibu jari kiri , mak oi sedap tadi aku dok potong buah oren , sekali , zassss , luka terus ibu jari ni haa . Banyak jugak lah darah keluar . Susah jugak nak menaip nak buat apa apa lah . Hahaha . Insyallah , esok ALLAH bagi lah baik semula tu . Kemain potong buah je sampai jari terluka berdarah , belum suruh potong bawang . Oh , aku ada masalah besar kalau kopek bawang . Sumpah ! aku mesti menangis . Hahaha . Tapi nak tak nak kena jugak kan kopek bawang , tapi kekadang aku beli yang dah siap kopek je . Hahaha . Oh , aku memang sangat alergik tu . Tapi , kalau suruh buat , gila kau anak dara tak reti kopek bawang . Malu kot !




  • Nak edit blog !
Tadi petang , aku sempat lah blogwalking dan tinggalkan komen walaupun tak banyak mana , aku jadi teruja yang amat bila aku singgah dekat satu blog ini . Ala , lupa link dia . Hahaha . Weyh , cantik lah susunanya . Walaupun hitam putih , dia sangat simple . Terus aku jadi macam , nak edit blog sendiri . Tapi , coding html tu memang kena pasrah lah kan . Hahaha . Insyallah , tengoklah mungkin cuti chinese new year ke aku edit lah sikit sikit . Insyallah . Percaya lah  , kalau blog kita kemas dan cantik , kita pun jadi suka nak view hari hari kan . Yelah , kadang kadang kita kena letakkan diri kita sebagai orang yang nak view dan baca blog kita tu . Bukan kita sebagai pemilik blog . Makanya , tak ada lah kita jadi syok sendiri je nanti . Kan ? Hahaha . 




Makanya , cukup lah aku update untuk hari ini . Aku nak layan online movie kejap . Hahaha . Assalamualaikum . :)



You Might Also Like

4 comments

  1. Omak aiii nyilunya masa baca zaap ! tu , jngn lupa sapu ubat nah !. Oh kalau blog simple tapi menarik ain ( eh macam komen dkt blog sendiri) prefer blog Maria Elena ! Kemas sgttttttttt .

    Oh teruskan berblogging okay ;)

    ReplyDelete
  2. Msti i gara2 brangan kn hihi jgn mrh taw..
    Kita pun bukn reti nak edit2 blog

    ReplyDelete
  3. Terima kasih menjejak blog kakak
    Menjejak ke sini juga
    #1422

    ReplyDelete
  4. kenapa la potong limau pakai pisau sayang...limau barli ke tu..
    Akak sellau gak tukar template blog..sebab nak yang terbaik dan ikut citarasa akak..selagi belum puas hti selagi tulah bertukar wajah..tapi kali ni dah comel dah..tak nak tukar dah..
    meh jenguk blog akak yer

    ReplyDelete

Ain nak ucapkan terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Segala penulisan dan kandungan di dalam blog ini ialah dari ain dan rakan kenalan sekeliling serta dari carian google.

Nota cinta :
Blog ini merupakan blog peribadi yang ain jadikan sebagai 'Diary of the day'.Sorry la kadang ain guna, “ain” kadang “aku”. Perasaan membaca ni kadang lagi sedap ber “aku”. Kes itu kita letak terus “akuainkausiapa” . Hahaha.

Untuk sebarang pertanyaan anda boleh menghantar terus ke email peribadi ain iaitu : nurfarahain91@icloud.com

JDT BLOGGER

SUPPORTERS