36/366 : DIARY OF THE DAY -5 FEB 2016

   




Assalamualaikum dan hai kepada semua . Alhamdulilah , hari ini dah hari kelima kita berada dalam bulan februari . Tiga hari lagi insyallah , hari jadi ain yang ke doplolima tahun . Hehehe . Hari ini aku nak cerita tentang :


  • Ibu kawan meninggal dunia hari ini
Sangat sedih pada hari ini , aku rasakan bila dapat tahu ibu kawan aku meninggal dunia . Padahal bulan 12 hari itu , aku sempat jumpa arwah . Sebab aku tumpang tidur rumah kawan aku tu. Pagi tu sebelum aku gerak balik , sempat ibu dia sediakan breakfast kacang pol . Sebab diorang asal memang johor cuma diorang tinggal dekat kedah. Makanya , dekat kedah pun boleh merasa kacang pol . Hurm , kalau dekat dah lama aku ziarah . Diorang tinggal dekat Alor Setar , Kedah . Aku faham rasanya macam mana . Aku dah pun merasainya . Tapi itu lah lumrah kehidupan . Kuat atau pun tidak , kita kena jugak tetap tabahkan hati dan sentiasa kuat  meneruskan kehidupan . 


  • Aku membebel sama je dengan menaip
Yang ini kawan aku bagi gelaran pada aku . Siot je ! . Cerita dia sebab aku mesej untuk wish birthday dia . Lepastu dia cakap , "aku dah agak dah mesej yang panjang panjang mesti dari kau" . Hahaha . Kiranya , aku kalau membebel sama je dengan bila aku tengah menaip . Sebab bila aku menaip tu , aku nak orang tu feel macam mana aku tengah membebel . Korang boleh imagine tak ? Hahaha . Kira okey lah aku dah kembalikan diri aku yang sebenar . Masa awal awal dulu ibu aku meninggal , aku terus pasif . Kawan kawan mesej aku macam nak tak nak je layan . Tapi , alhamdulilah lah sekarang aku dah kembali kuat membebel setanding dengan aku menaip . Hahaha .



Tapi hari ini aku kurang pula nak menaip . Hahaha . 
Okay , itu sahaja lah untuk hari ini . Assalamualaikum . :)

Catat Ulasan

1 Ulasan

  1. Takziah. Semoga ibu kawan ditempatkan dalam kalangan orang beriman. InshaaAllah.

    BalasPadam

Blog ini merupakan blog peribadi yang ain jadikan sebagai 'Diary of the day'.Sorry la kadang ain guna, “ain” kadang “aku”.Perasaan membaca ni kadang lagi sedap ber “aku”.Kes itu kita letak terus “akuainkausiapa”.Hahaha.