42/366 : DIARY OF THE DAY - 11 FEB 2016

  




Assalamualaikum dan hello kepada semua . Alhamdulilah , hari ini genap umur aku 25 tahun 3 hari . Wah , tak sangka dah doplolima tahun . Dia tak diam . Cepat je masa berlalu . Hari ini aku share tentang  :



  • Dah tak larat makan buffet sangat !
Dulu dulu masa arwah ibu aku ada , dia selalu tegur kitorang adik beradik sebab selalu berlumba makan kalau pergi ke steamboat ke , buffet ke yang mana jenis makan hidang atau makan laut yang banyak . Hahaha . Kitorang akan berlumba siapa makan paling cepat habis . Dan biasanya aku lah yang paling kalah sebab aku je seketul perempuan . Hahaha . Diorang buli habis . Memang laju gila lah kitorang dok pulun makan sampai habis .Hahaha . Tapi , semenjak aku dalam proses nak mengecilkan badan aku yang bambam ini , dan keluarga aku jugak terlibat sama , kitorang jadi dah tak larat nak makan buffet . Hari ini sebenarnya hari jadi abang aku . Aku dengan abang aku selang 3 hari je hari jadi dan masak kitorang kecil kecil dulu memang akan potong kek sama sama . Hehehe . Betul orang kata , sebenarnya bab makan ni pengaruhnya dari persekitaran . Sekarang , bila semua dah sedar yang tangki masing masing dah tak segila dulu , makanya semua dah tak berlumba dah nak makan laju laju dan siapa yang habis dulu . Hahaha . Sebenarnya ia lebih kepada our llifestyle . Kalau kita rasa yang lifestle kita itu tak betul , tak salah kalau kita ubah nya ke arah kebaikan  .



  • Suka tengok Instagram Lara Alana
Jujurnya , aku tak tahu kenapa kenapa kenapa yang ini menjadi kesukaan aku sekarang . Sebab aku rasa macam , alahai nak jadi macam kecil kecil dulu boleh . Hahaha . Kalah mak bapak dia . Instagram Lara Alana itu juga aku suka tengok . Kadang ulang ulang scroll gambar yang sama je . Hahaha . Padahal aku bukannya suka budak budak . Opps ! Hahaha . I mean suka budak budak sikit sikit je . Setakat layan boleh lah . Nampak sangat aku memang tak ready nak menjadi ibu ibu ini . Hahaha .



Cukup lah untuk hari ini sahaja . Assalamualaikum :)

Catat Ulasan

5 Ulasan

  1. Lama dah tak makan buffet. Mesti kenyang sangat kan? Lara Alana auch a cute baby. Syaza pun suka tengok video-video dia. Hehe

    BalasPadam
  2. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  3. Siapa2 addicted dgn lara alana tu. lagii2 ble mak dia blakon guna nama tu.. :D typo lak td..

    BalasPadam
  4. Hakakkk pun suka tengok IG Lara Alana... rasa tenang tengok kenakalan dan kecomelan dia... rasa nak gigitttt je !

    BalasPadam
  5. Happy birthday, barakallahufikum :)

    BalasPadam

Blog ini merupakan blog peribadi yang ain jadikan sebagai 'Diary of the day'.Sorry la kadang ain guna, “ain” kadang “aku”.Perasaan membaca ni kadang lagi sedap ber “aku”.Kes itu kita letak terus “akuainkausiapa”.Hahaha.