43/366 : DIARY OF THE DAY - 12 FEB 2016

 



Assalamualaikum dan hello kepada semua . Alhamdulilah , hari ini kita masih lagi diberikan ruang dan peluang untuk terus menikmati kehidupan yang ALLAH berikan kepada kita semua . Bersyukur la ke atas nikmat yang diberikan oleh Yang Maha Esa . Hari ini aku rasa nak update entri yang ringkas je :


  • Dapat idea nak decorate bilik sendiri
Tadi sempat tengok youtube macam mana orang boleh design bilik sendiri , design rumah jadi come comel macam dalam Instagram yang so call dream goal lah kan . Banyak jugak aku tengok tadi . Insyallah , pertama aku dah geladah gambar gambar yang dok ada dalam album dan dalam stor yang mana tak tersusun itu . Aku nak buat DIY photo decoration . Tak sabar nak tengok diri aku yang tak berapa nak kreatif ini membuat DIY . Hahaha . Secara tak langsung , aku jadi lebih bersemangat nak mengemas dan menghias rumah . Maklumlah , rumahku syurga ku ! Cehwah .



  • Saiz pinggang dah mengecil !
Yes ! So far untuk beberapa minggu ini , saiz pinggang aku dah berkurang 6 inci . Yeay ! Alhamdulilah . Sebenarnya dalam proses kurus mengurus ini , sekecil kecil result itu lah yang buat kita rasa nak lakukan yang terbaik lagi . Korang jangan lupa ukur size badan tau . Lepastu ada satu seluar aku ini , dulu pakai , mak oi ketat gila . Sekarang , dah rasa selesa.. Gembira sangat . Bersyukur sangat kepada ALLAH . Doakan semoga aku capai berat idaman aku ye . Pasal berat , jangan rajin sangat nak menimbang . Nanti stress . Sebab badan setiap orang berbeza beza metabolisma nya . 


Itu sahaja lah diary untuk hari ini . Assalamualaikum :)

Catat Ulasan

0 Ulasan