46/366 : DIARY OF THE DAY - 15 FEB 2016

Assalamualaikum dan hello kepada semua . Ain rasa terharu sangat sebab walaupun ain jarang blogwalking , tapi semalam punya entri masih ada yang sudi komen . OMG ! I feel so touch bebeh ! . Insyallah , laptop ain okay balik , ain akan struggling blogwalking yer . Nak sangat berkenalan dengan seberapa ramai blogger . Sekarang ini dapat update pun pakai ipad which is sangat tak best. Hahaha . Tak sama feel macam update pakai laptop. Makanya , untuk entri hari ini ain nak cerita pasal :


  • Balas komen dari blogger
Jujurnya , ain tak pernah lagi reply komen yang semua blogger komen di entri blog akuainkausiapa ini . Hahaha . Sebab ingatkan macam tak payah reply .Tapi bila tengok semula blogger blogger yang femes macam kak Mia pun reply , inikan aku yang sendu sendu ni tak nak reply . Makanya , selepas ini , segala komen insyallah , aku reply ye . Ini secara tak langsung dapat meningkatkan engangement  sesama blogger . Tak gitu . Hahaha . Insyallah , ini task to do sebagai blogger yang aku kena buat . Untung ada yang sudi komen dekat blog ini dari tak ada langsung kan . Hehehe .


  • Susun atur semula bilik sendiri
Tadi petang sempat lah jugak aku ubah suai mana yang aku rasa nak ubah dekat bilik aku . Aku jadi gila pada DIY lagi lagi bab hias rumah . Tengok dekat youtube je . Dah dapat lah jugak idea apa yang aku nak meng DIY kannya . Ingat macam nak senang senang sedikit baru aku nak buat. First aku nak DIY segala jenis gambar satu keluarga yang dok tersimpan dalam album itu . Dah duduk dalam album mestilah jarang nengok kan . Why not kita DIY kan dia so that hari hari kita ada rasa semangat nak tengok . Nanti kalau dah siap , aku kongsi dekat uolls semua yer. Apa apa pun , yang penting aku nak sangat kosisten kemas rumah , merajinkan diri vacuum satu rumah mungkin seminggu sekali. Mesti jadi lebih seronok bila duduk dekat rumah kan. Makanya , lebih banyak lah idea yang mencurah dekat dalam blog ini nanti . Bahahaha . Pergh , dia punya imaginasi . Hahaha .


OMG ! Bateri ipad tinggal 5% je ! Aku pun nak undur diri . Insyallah apa yang aku update ini aku akan buat dan laksanakannya ye ! Assalamualaikum :)

Catat Ulasan

5 Ulasan

  1. Samalaa. Masa awal2 blogging tak pernah pun reply komen sahabat blogger, bila dah lama sikit blogging baru tau adab ber'blog nih. Muehehe :P

    BalasPadam
  2. sy skrg ni pun tgah fikir nak hiaskan bilik,idea banyak tapi macam malas je hahahaha.

    BalasPadam
  3. Dulu2 rajin juga reply..bila kesuntukn masa cuma sempt bw je

    BalasPadam
  4. sy dulu tak reply comment bukan sebab tak nak reply.. tp sebab berblog up satu entry, 3 bulan kemudian baru la jengah balik.. sudahnya tak aware pun sape yg comment.. skang ni baru la nak rajin balik ber blog hee..

    BalasPadam
  5. kekadang dpt komen dlm bahasa org puteh... mmg x reply la..

    BalasPadam

Blog ini merupakan blog peribadi yang ain jadikan sebagai 'Diary of the day'.Sorry la kadang ain guna, “ain” kadang “aku”.Perasaan membaca ni kadang lagi sedap ber “aku”.Kes itu kita letak terus “akuainkausiapa”.Hahaha.