49/366 : DIARY OF THE DAY - 18 FEB 2016

10:30:00 PM

Assalamualaikum dan hello kepada semua . Diam tak diam sebenarnya dah masuk hari ke 49 kita berada dalam tahun 2016 . Ya ALLAH kejap nya masa berlalu kan . Aku pun dah selamat menyambut hari jadi yang ke doplolima tahun . Masuk hari ini , dah sepuluh hari aku berusia 25 itu ! Ya masih muda ! Hahaha . Dah tu kau nak cakap dah tua . Choy ! Tak best kot rasanya nak declare diri ini sudah menjangkau penuaan . Hahahaha .  Rilex lah , kita enjoy ! Okay ain tolong serius , orang tengah khusyuk baca apa yang kau tengah tulis ini . Hahaha . Terima kasih ye sebab sudi baca blog akuainkausiapa ini . I is terharu ! Makanya untuk diary of the day pada hari ini aku nak share tentang ;



  • Berhati hati dalam bersosial media
Ini cerita benar berlaku kepada kawan aku yang terlampau open memaki hamun di facebook dan mengakibatkan diri dia ditahan . Ini pengajaran kepada kita , walaupun kita ini setiap hari setiap saat bermain dengan emosi , tapi kita perlu jugak berhati hati dengan setiap butir patah perkataan yang kita tulis dan lontarkan . Itu sebab aku semakin kurang aktif di Facebook dan twitter pun sekarang lebih cenderung untuk retweet tak pun scroll je . Aku lebih prefer scroll di Instagram sebab ianya gambar . Lagipun , aku lebih suka pada Instagram sekarang berbanding di Facebook . Kadang kita tak sedar apa yang kita buat itu sebenarnya satu kesalahan sebab itu kita perlulah berwaspada dan berhati hati dengan setiap tindakan . Orang sekarang semua benda nak bagi tahu dekat social media . Semua benda main slumber je meluahkan perasaan . Dari sudut positif nya , apa apa yang kita update ini sebnarnya mengajar kita untuk berfikiran matang dalam setiap apa yang kita lakukan . Ingat ! We have a limit in throw it out our emotions . 


  • Sponsor kepada giveaway ini 
Alhamdulilah , untuk kesempatan bulan februari ini , blogger kepada sayasyiera.blogspot buat giveaway sempena hari jadi dia . Disebabkan aku pun lahir bulan februari , makanya aku pun cakap lah , nak tumpang sekali . Hahaha . Korang jangan lupa join ye . Link dia yang dekat bawah ini .



Okay , cukuplah untuk hari ini . Assalamualaikum :) 

You Might Also Like

0 comments

Ain nak ucapkan terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Segala penulisan dan kandungan di dalam blog ini ialah dari ain dan rakan kenalan sekeliling serta dari carian google.

Nota cinta :
Blog ini merupakan blog peribadi yang ain jadikan sebagai 'Diary of the day'.Sorry la kadang ain guna, “ain” kadang “aku”. Perasaan membaca ni kadang lagi sedap ber “aku”. Kes itu kita letak terus “akuainkausiapa” . Hahaha.

Untuk sebarang pertanyaan anda boleh menghantar terus ke email peribadi ain iaitu : nurfarahain91@icloud.com

JDT BLOGGER

SUPPORTERS