51/366 : DIARY OF THE DAY - 20FEB 2016

Assalamualaikum dan hello kepada semua . Hmm , hari ini aku jadi macam blur tak tahu apa yang nak di update kan nya sempena Diary of the day aku . Hahaha . Oh , aku nak cakap berbanyak terima kasih sebab sudi baca dan komen dekat blog akuainkausiapa ini . Ya ALLAH tak tahu nak balas macam mana . Hehehe . Jadi entri untuk kali ini ialah ;


  • Buat DIY random qoutes
Tadi petang aku tak ada nak buat apa , so aku pun buatlah DIY random qoutes sebab ada papan putih dekat bilik aku ini macam dah buruk . Sebab dah lama kan . Untuk pengetahuan semua , aku ini bukan sejenis gegirl yang kreatif untuk buat benda benda yang comel . Tapi , lepas dah tengok beberapa idea dekat youtube , makanya tidak salah aku mencuba kan . Hahaha . Oh aku tak habis buat lagi itu . Aku kumpul kan semula keychain yang orang bagi dan ingat nak buat DIY kan lah so that tak adalah biar terperap je dalam kotak bawah katil . Hahaha . Nanti dah siap aku tunjuk . Belum siap segan haih nak nunjuk kat orang . Hahaha .



  • Koleksi teddy bear yang banyak
Okay , yang ini kelakar. Aku ini bukannya jenis perempuan yang very the gegurl . Aku ini sejenis perempuan bergaya boyish . Kasaq tudia! Hahaha . Tapi , aku pelik koleksi teddy bear aku boleh tahan banyak woi . Hahaha . Terima kasih pada yang sudi bagi . Tapi , yang selalu banyak bagi itu arwah ibu aku . Ingat lagi , masa aku sekolah dulu , aku selalu teman ibu aku pergi kedai cenderahati . . Lepastu ada banyak jual teddy bear yang untuk convocation tu kan . Aku cakaplah aku nak . Ibu aku cakap , "ibu akan bagi hadiah teddy bear convo ni nanti masa ain dapat degree" . Tapi , ibu aku meninggal betul betul sehari sebelum hari convocation aku . Dan aku tak pergi pun convo aku itu . Aku pergi next punya sesi . Pada waktu itu , abang dengan ayah aku yang ajak aku pergi dekat orang yang jual jual bunga ada teddy bear itu , paksa aku pilih mana yang aku suka . Actually , aku tak nak langsung sebab orang yang nak berikan pada aku itu dah meninggal . Tapi , abang aku lah ingat , itu kan ibu aku punya janji , walaupun ibu dah meninggal , hero hero aku tetap akan buat aku gembira . 


Aiseyh , teremosi pulak kan cerita tedy bear convo aku ini . Ibu , what ever it is.  Your only princess ibu ini akan selalu dan sentiasa kuat . Insyallah . Assalamualaikum :)



Catat Ulasan

3 Ulasan

  1. omai gad~ touching giler. be strong dear.. yeah~ tiap kali baca mesti miss my mum too.. T^T

    BalasPadam
  2. share la quote tu dkt sini :)

    BalasPadam
  3. Okay..ini touching beb. Ibu pasti gembira sebab dia tahu anak dia berjaya walaupun dia tak de di sisi. Sorry to hear that though... sabar yeh.

    BalasPadam

Blog ini merupakan blog peribadi yang ain jadikan sebagai 'Diary of the day'.Sorry la kadang ain guna, “ain” kadang “aku”.Perasaan membaca ni kadang lagi sedap ber “aku”.Kes itu kita letak terus “akuainkausiapa”.Hahaha.