60/366 : DIARY OF THE DAY - 29 FEB 2016

11:08:00 PM

Assalamualaikum untuk semua yang sudi membaca blog akuainkausiapa ini . I is so terharu . Mintak maaf kepada semua blogger sebab ain dah beberapa kali tak dapat nak blogwalking laptop ain masih tak elok . Ain update diary of the day ini pun pakai ipad . Sebab ain kalau blogwalking lebih selesa guna laptop . Senang sekali jalan 100++ blog . Hehehe . Jadi , untuk hari , sempena entri yang ke 60 malah bukan itu sahaja , hari ini juga hari yang ganjil berlaku 4 tahun sekali iaitu 29 Februari. Masaklah siapa yang lahir tarikh ni . Hahaha . Nak kena tunggu 4 tahun baru boleh celebrate . Nasib aku tak lahir 29 Februari tapi 8 Februari. Nak jugak main ayat punchline . Hahaha. Makanya , untuk hari yang ke doplosembilan bulan dua ini , aku nak share cerita tentang ;


  • Singgah ke Mr.DIY 
Aku mula mula mengenali tentang DIY ini sewaktu belajar dekat uitm merbok , sungai petani kedah itu . Nampak lah masa sem 1 dulu kan duduk asrama siap sewa kereta lagi semata mata nak pi Central Square itu . Hahaha . Banyak jugak lah jasa mr Diy masa aku belajar dulu . Bukan itu sahaja , bila dia start bukak dekat Galleria @ Kotaraya , Johor Bahru which is tempat prektikal aku tuh , terbawak bawak lah perangai singgah menyinggah . Aku akan tawaf satu DIY tu sampai aku rasa puas hati . Sebab nak tengok je barang barang yang ada . Hahaha . Dan sekarang dekat Giant yang dekat dengan kawasan rumah aku ini baru bukak . Haa , tadi kemain lah aku meyinggah . Tapi tak sempat nak bertawaf . Sebab dah magrib tadi . Siap la nanti aku bertawaf bila ada kelapangan . Belinya tak ada sangat sebab aku bukan jenis kaki membeli. Hahaha . 



  • Pergi pasar restock barang dapur 
Sebelum singgah ke Mr.DIY tadi , aku pergi ke pasar dulu . Restock barang dapur . Cuma yang tak bestnya , adoiyai . Geram pulak rasa bila pekerja yang jual ayam , ikan itu jenis rokok dok ada dekat tangan . Aku ini allergik bau rokok . Sabar je la tadi . Cecepat aku pilih dan gerak sebab memang busuk okay . Selalunya , aku restock barang dapur macam beli ayam dada , ikan , sayur dan buah buahan . Sayur pulak aku lebih suka restock yang makan mentah tak payah nak masak. Hahaha . Ayam pulak aku perap lah dengan bahan marinate dan masukkan dalam mikrowave . Settle .lagipun sekarang kan tengah proses kurus mengurus . Makanya , kurangkan garam , minyak ,lemak dan gula dalam setiap pemakanan kita . Dulu , aku lah manusia yang paling tak suka makan ayam dada. Muak kot . Tapi , sebab nak kurus dan bila masak sendiri ini boleh nampak lambakan minyak antara bahagian ayam dada atau tight atau peha . Ayam dada tu pun ada minyak jugak tapi yang paling banyak minyak yang bahagian pebret orang kitalah iaitu peh dengan tight . Haa , makanya , terpulanglah kepada kita nak ubaha gaya pemakanan atau biarkan lelemak minyak itu terlekat dibadan kita . Kalau 10 tahun hari hari makan ayam tight, jawab sendiri apa keputusan ya pada badan kita . Hehehe .



Cukup ini sahaja bebelan aku sempen 29 Februari . Assalamualaikum :) 

You Might Also Like

0 comments

Ain nak ucapkan terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Segala penulisan dan kandungan di dalam blog ini ialah dari ain dan rakan kenalan sekeliling serta dari carian google.

Nota cinta :
Blog ini merupakan blog peribadi yang ain jadikan sebagai 'Diary of the day'.Sorry la kadang ain guna, “ain” kadang “aku”. Perasaan membaca ni kadang lagi sedap ber “aku”. Kes itu kita letak terus “akuainkausiapa” . Hahaha.

Untuk sebarang pertanyaan anda boleh menghantar terus ke email peribadi ain iaitu : nurfarahain91@icloud.com

JDT BLOGGER

SUPPORTERS