64/366 : DIARY OF THE DAY - 4 MAC 2016

11:19:00 PM

 


Assalamualaikum dan hello kepada semua . Alhamdulilah , hari ini dah hari ke 64 diary of the day . Bestnya bila kita dapat kosisten kan diri kita untuk update blog akuainkausiapa ini . Jadi , untuk hari ini , ain nak share tentang :


  • Makan sayur mentah !
Oh , semenjak aku dalam proses kurus mengurus ini , aku memang prefer untuk makan sayur mentah . Hahaha . Jujurnya , sebab malas nak fikir nak masak apa . Cukuplah aku hanya fikir nak masak ayam atau ikan je . Sayur itu , aku basuh potong zasss terus makan . Sedap weyh . Tapi tak de lah semua jenis sayur aku boleh gagah makan mentah . Tekak aku pun ada emosi weyh . Hahaha . Jadi untuk memudahkan proses diet makanan sihat aku ini , aku hanya pilih sayur yang tekak aku boleh terima je . Kadang nengok macam sedap je resipi itu , sekali aku buat terus aku ber'zakat' dekat kucing kucing belakang rumah . Hahaha . Eh , bukan kucing je , burung pun sama join sekali . Tips lagi yang aku nak bagi , aku panggil 'zakat' maknanya apa makanan yang aku tak makan aku bagi dekat binatang belakang rumah tu . Contohnya , macam kau tengah nak diet ni , lepastu jiran sebelah kau bagi nasi ambang pulak kan (eh terjohorean) pulak kan kan kan . Hahaha . Makanya , aku akan hancur hancurkan dan bagi dekat binatang . Burung makan nasi hokeyh ! So , makanan itu tak ada lah terbazir terus masuk tong sampah . Sekurang kurangnya ada yang habiskan . Berbalik kepada sayur mentah itu , aku banyak restock kobis putih  dan sayur salad yang selalu orang letak dekat nasi ayam dan nasi ayam penyet tuh . Yang itu memang aku makan begitu je . Aku pernah jugak nak makan capsicum dan sebagainya , tapi tekak aku tak boleh terima lah . Untuk korang yang tengah membiasakan diri memilih makanan yang sihat , kena tahu dan mix and match apa tekak kau boleh terima atau pun tidak ye .


  • Memang malu bila orang bambam workout dekat gym! 
Jujurnya , wujud lah jugak sedikit rasa malu itu bila nak terlompat jumping jacks , burpees dekat gym itu . Nak nak bila orang lalu lalng amek kettle ball , dumb bell dan dorang pun nak workout dekat situ . Malu woi ! Dahlah bambam . Hahaha . Tapi , aku belajar untuk fokus dan tak pedulikan sekeliling sebab aku nak workout aku tu sangat effective supaya lelemak aku terbakar sepuas puasnya . Hahaha . Cadangan aku kepada orang bambam yang memang bertekad nak kurus ini , first kena tahu apa big why ataupun reason yang kuat kenapa kau nak kurus . Sebab reason yang kuat itu lah buat aku gagah jugak workout dan ketepikan rasa malu itu . Bukan itu sahaja , big why ini lah yang buat aku disiplinkan diri lagi lagi bila bab pemakanan . Pesan aku  , cari big why itu . Cari sampai dapat . Contohnya kau dah nak kahwin takut baju tak muat . Haa , mesti kau akan bersungguh untuk lakukannya . 


Cukuplah dua cerita ini sahaja . Agak kepenatan . Assalamualaikum .

You Might Also Like

0 comments

Nota cinta :
Blog ini merupakan blog peribadi yang ain jadikan sebagai 'Diary of the day'.Sorry la kadang ain guna, “ain” kadang “aku”.Perasaan membaca ni kadang lagi sedap ber “aku”. Kes itu kita letak terus “akuainkausiapa”.Hahaha.
Untuk sebarang pertanyaan anda boleh menghantar terus ke email peribadi ain iaitu : nurfarahain91@icloud.com