Thursday, March 10, 2016

70/366 : DIARY OF THE DAY - 10 MAC 2016



Assalamualaikum dan hello . Hari ini agak kepenatan yang amat . Sepatutnya nak update petang tadi , tapi tak ada idea kan . So , postponed lah ke malam ni haa . Alhamdulilah , masih lagi ada kesempatan untuk update diary of the day ini . Syukur sangat ! . Jadi untuk hari ini , aku nak share tentang : 


  • Workout di Yoga Room !
Hari ini diberi peluang untuk workout di yoga room , fuh dia punya peluh merecik woi . Hahaha . Patutlah orang yang selalu beryoga ni dia punya energy lain macam . Hahaha . Satu pengalaman yang baru untuk aku , ialah kadang kadang badan kita ni bosan asyik tengok dumb bell je kan , so why not ubah sedikit workout routine dan cuba benda yang baru . Lagipun aku ini sejenis manusia yang suka cuba sesuatu yang baru . Fuhh , sumpah terasa kepenatan ni haa . Insyallah , akan pergi lagi  dan lagi . Hehehe . 

  • Pentingnya ada Bestfriend !
Yang ini sangat sangat aku kena tekankan . Nak pilih kawan baik , pilih lah yang boleh faham kita dan menerima kita apa adanya . Lagi lagi gegirl yang jenis mood kekadang okay kekadang tak . Hahaha . Apa yang aku perasan lepas arwah ibu meninggal , aku boleh nampak berapa ketul je kawan kawan yang mampu untuk faham aku . Tipu lah kalau aku kata aku kuat sangat , aku kekadang ternangis jugak bila perasaan rindu itu datang . Bila aku down , Alhamdulilah ada beberapa kawan baik aku sudi dengar luahan hati aku , aku bebel punyalah panjang , sebenarnya kita ni nak orang dengar apa yang kita nak sampaikan je . Bukannya nak dapatkan kata kata semangat ke . Hahaha . That why masa lepas arwah ibu meninggal aku banyak mendiamkan diri . Aku belajar untuk jadi seorang pendengar yang baik . Sebab itu yang aku nakkan . Aku nak orang dengar apa yang aku tengah cakap tu . Sama jugak aku tulis blog ini . Hhaahha . Aku nak orang rasa enjoy dengan apa yang aku tulis . Penat jejari iolls menulis tau . Hahaha .


Makanya , cukuplah untuk hari ini . Aku memang kepenatan sangat . Dan aku harap korang mendengar kepenatan aku ni . Hhaahhaha . Gurau je !. Assalamualaikum :)




2 comments:

Diya Hanun said...

Haha..tak dpt nak dengar penat tu mcm mana :P

Nabila Syifa said...

Yoga tuuu