Thursday, March 17, 2016

77/366 : DIARY OF THE DAY - 17 MAC 2016


Assalamualaikum dan hai kepada semua. Hari ini dah hari ke 77 aku kosisten dalam menulis blog akuainkausiapa ini . Pergh , tak sangka dalam macam macam cabaran yang datang , Alhamdulilah boleh kosisten jugak . Itu azam awal awal tahun aku . Korang , haaa yang awal awal konon berazam bagai , macam mana dengan azam korang ? Semoga terus kosisten mencapai dan mengejar target itu ye ! Jadi , hari ini aku nak cerita tentang :


  • First time merasa Sotong King !
Haa , dah lama juga aku dok perati sotong king berada di merata rata di malaysia sekarang . Aku pun hari ini geram sangat haa terus lah cuba size XL punya . Memandangkan aku ni seafood lover . Hehehe . Boleh tahan jugak! Sampai terasa nak makan seafood pulak . OMG ! . Hahaha . Yang beza sotong king dengan uncle bob or uncle best ini ayam dengan sotong je , tepung , dan serbuk cili semuanya sama . Tapi kalau hari hari makan memang muak habis lah ! . Lagipun digoreng kan . Nak merasa sekali sekala tak salah .


  • Tekak aku dah tak boleh terima masin !
Yang ini aku harus akui , semenjak aku dalam proses menguruskan berat badan , aku dah tak boleh terima sangat makanan yang rasa masin . Terutamanya kalau aku beli sayur dekat kedai makan . Ya ALLAH , masinnya lahai . Mungkin sebab aku dah mula kurangkan garam , gula , minyak dan lemak dalam pemakanan aku , makanya tekak aku dah tak boleh menerima nya . Lagipun , tak elok kan makanan banyak garam . Hahaha . Kang botak rambut aku ! Habis kena cari rambut palsu . Hahhaa .


Okay , aku dah get ready nak tengok cerita Aku Bukan Bimbo ni . Cepatlah . Mata dah ngantuk ni 
 Hahaha . Assalamualaikum :)

1 comment:

tashira said...

haha azam tahun ni satu je yang dah tercapai T_T dulu kemain lagi list byk2. especially azam nak kuruskn badan tu.