81/366 : DIARY OF THE DAY - 21 MAC 2016

11:19:00 PM



Assalamualaikum dan hello kepada semua. As usual , diary of the day ialah satu perkara wajib yang aku kena buat hari hari . No matter ada yang baca ke tidak , aku kena juga tulis sebab aku tau ada yang sudi juga baca . Terima kasih daun keladi , harap kita berjumpa lagi ! Hahaha . Jadi , untuk hari ini , aku nak cerita tentang :


  • Makan kek pengantin yang sedap !
Okay , hari ini aku cheat ! Sebab aku banyak juga makan carb eventhough aku buat cardio tadi . Sebabnya , ada kawan arwah ibu aku ni , sabtu hari tu anak dia kahwin . Aku datang juga , tapi dia lupa nak bagi macam doorgift special untuk kitorang . Makanya lepas magrib aku pergilah datang ambil . Kebetulan , ada kek lebih . Kek cekelat ! Sumpah sedap . Jujurnya , aku jarang nak puji kek pengantin sedap sebab kebanyakkannya memang tak sedap . Design je lebih , rasa hampeh . Tapi yang ini , ya Allah, aku dengan abang aku kemain berebut sampai menjilat jari . Hahaha . Pada aku , rugi tempah kek berbentuk hand bag lah apa lah tapi rasa nan hado ! Tak sedap . Biarlah simple tapi rasa tiptop sedap ! Barulah puas hati kan . Kek untuk dimakan bukan untuk perhiasan je . Hahaha .


  • Aku paling tak suka kena lari !
At this time , aku dah kena tingkatkan cardio exercise aku menjadi lagi mencabar . Dan cabaran itu ialah dengan berlari . Ya Allah , paling aku benci sebab aku memang tak kuat berlari. Hahaha . Tapi , kadang benda yang kita benci itulah kita kena lalui nya untuk mendapatkan result yang awesome! . Sumpah , janganlah ajak aku joging ! Aku lagi suka kena buat burpees hahaha berbanding jogging dan sprinting ! . Arghhhh , tapi kena kuat jugak ! Demi misiku kurus oh yeah ! Ku gagahkan juga . Sebab aku nak sesuatu result yang gempak , aku mestilah hadapinya juga dengan tabah dan kuat . Hahhaa . 


Oh , okay , setelah penat berlari tadi makanya cukuplah untuk hari ini . Korang , jaga diri ye ! Assalamualaikum :)

You Might Also Like

0 comments

Ain nak ucapkan terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Segala penulisan dan kandungan di dalam blog ini ialah dari ain dan rakan kenalan sekeliling serta dari carian google.

Nota cinta :
Blog ini merupakan blog peribadi yang ain jadikan sebagai 'Diary of the day'.Sorry la kadang ain guna, “ain” kadang “aku”. Perasaan membaca ni kadang lagi sedap ber “aku”. Kes itu kita letak terus “akuainkausiapa” . Hahaha.

Untuk sebarang pertanyaan anda boleh menghantar terus ke email peribadi ain iaitu : nurfarahain91@icloud.com

JDT BLOGGER

SUPPORTERS