Thursday, March 31, 2016

91/366 : DIARY OF THE DAY -31 MAC 2016




Assalamualaikum dan hello kepada semua. Hari ini aku terpaksa update diary of the day aku seawal dan secepat yang mungkin . Hehehe . Alhamdulilah, allah masih berikan aku kesempatan menjenguk blog yang sendu ini . Jadi ,untuk hari ini aku nak cerita tentang :


  • Kawan yang kahwin aku yang sibuk ! 
Ini lah sebab aku update blog seawal dan secepat yang mungkin . Hari ini aku tidur rumah kawan aku tuh . Sebab esoknya dia nak nikah dah . OMG ! Sorang sorang kawan aku kahwin . Apakan daya , aku pun memang belum lagi fikir nak kahwin plus aku memang tak bersedia langsung . So , buat apa nak terkejar kejar benda yang kita memang tak ready . Hahaha . Kebetulan , malam ni kawan aku nak berinai sekali so dia suruh aku datang awal awal sebab boleh mengendeng berinai sekali . Hahaha , aku memang paling teruja bila bab bab event event ni . Sebab aku suka tolong apa yang patut so that majlis itu dapat berjalan dengan lancar . Entahla kadang kadang aku lah manusia paling over mengalahkan kawan yang nak kahwin tuh pulak . Aku teringat kawan aku pernah cakap "ain ni memang tau , baju mesti over dari pengantin" . Hahaha . Nak buat macam mana , aku sangat excited sebab aku nak kawan aku tu rasa happy pada wedding day dia!


  • Sejak bila aku Layan korea ?
Untuk sepanjang minggu ini , aku memang melayan cita korea je sebab penangan kawan aku lah ni . Suruh memaksa aku tengok cerita itu so that aku lagi terinspirasi dengan misiku kurus aku ini . Cerita Oh My Venus ! Bayangkan aku asyik kena perli je dengan abang aku . Jenis aku pula kalau dah tengok make sure nak habiskan episod tuh cepat cepat . Hari ini tinggal last episod je ! Haaa , hahahaha . Kawan aku yang suruh aku layan aku tuh cakap , " amboi cepatnya ain tengok . Dah kemaruk cerita korea leteww" . Jujurnya tidak ! Hahaha . Aku ini jenis manusia once aku start tengok , aku mesti nak habiskan nak tahu apa ending cerita tuh . 


So , cukuplah cerita aku pada hari ini . Aku doakan semoga hari korang mendapat keberkatan daripada ALLAH . Assalamualaikum ;)

1 comment:

♥ aiNa yaZiD ♥ said...

hehehe.. tp betul la dear. biasanya kawan/cousin yg kawen kita lebh excited. Bukan apa.. tumpang happy n bahagia =)