Monday, April 11, 2016

101/366 : Diet Bukan Cerewet Bab Makan




Assalamualaikum dan selamat hari ke 101 bagi tahun 2016 . Hahaha . Yes , tak payah nak terkejut sangat dah masuk hari ke 101 dah pun tahun ni . So , far azam korang semua macam mana ? Banyak dah tercapai ke hanya sekadar angan angan "my wish list je" . Hahahha . Jadi , untuk hari ini aku share tentang tips pada korang yang sedang dalam proses menguruskan badan macam kita lah awakk nii kannnn. Hahahaha . 

  • Custom made meal 
Kalau korang yang jenis tak sempat masak , (ceh bagi alasan banyak kan) , macam aku kadang kadang tak masak juga , beli je , so persoalannya nak beli apa ye? . Korang boleh lah start survey kedai mana nak beli , dekat mana , bli delivery ke . Kena start survey dulu . Contohnya macam aku , aku jumpa satu kedai yang jual nasi ayam yang sayur dia fuhhhh melimpah limpah . Banyak gila sayur dia bagi which is very good . So , kalau aku tak workout , aku hanya mintak nak ayam dan sayur je tak nak nasi . Jadinya , dalam hal ini kita kenalah custom made order kita tuh according tuh tak nak nasi ke , nak nasi separuh ke . The thing is tolong ramah kan mulut tu tanya nak itu ini demi misi ku kurusku itu . Hahaha . Harga pun mesti jadi lain . Contohnya macam nasi ayam yang aku cakap itu , harga asal dia RM 6 , tapi kalau aku minta nak ayam dan syur je harga dia jadi RM 4. Haaa , macam gitulah . 

Contoh yang lain ialah bila korang beli dekat kedai yang jual nasi campur dan lauk pauk. Tolong tawaf dulu dekat kedai itu dan pilih apa yang korang nak . Bukan itu sahaja , kalau aku tak workout , aku tak akan ambil nasi . Memang orang kedai itu akan rasa pelik bila tak makan nasi hanya beli lauk je . Tak apa , you have to stick to your own plan . Ingat tuh ! Dan sebenarnya diet bukanlah tentang kita cerewet bab makan cuma kita belajar untuk memilih mana yang perlu kita makan dan mana yang perlu kita ketepikan untuk waktu itu . 

Janganlah sehari je kau bersungguh custom made meal kau itu . Kenalah berterusan dan kosisten so that kau akan nampak perubahan pada bentuk badan kita itu . Ingat tau ! Diet bukan bermakna kita cerewet bab makan . 

No comments: