Tuesday, April 12, 2016

103/366 : Jangan give up !




Assalamualaikum dan hello kepada semua . Hari ini aku mengambil masa lebih kurang setengah jam memikirkan apa yang perlu aku update diary of the day pada hari ini . Sehingga aku menaip lagi ini aku sedang fikir , apa kebenda lah yang aku nak tulis . Serabut kepala woi nak update apa . Hahaha . Okay , pada hari ini aku nak update tentang perjalanan proses misiku kurus aku pada tahun ini .

Ceritanya sekitar awal bulan mac bulan lepas aku memang agak sedikit down bila berat aku statik je tak turun turun . Aku rasa macam give up woi walaupun dipenuhi kata kata motivational qoute semua . Tapi , itulah kekuatan sebenar sesorang itu ialah bila dia berani memulakan sesuatu dan dia habiskan sehingga ke garisan penamat . Ibaratnya kita dah bersemangat join larian 5 KM contohnya , tapi malangnya di pertengah larian dalam 3 KM dah rasa tak larat nak surrender . Sedangkan ada lagi 2 KM lagi jeee yang kita perlu harungi.

Samalah macam situasi aku . Aku tengok semula gambar gambar aku yang sangat bambam itu . Aku tengok semula permulaan berat badan aku berapa dan sekarang dah capai berapa . Aku rasa bersyukur sekurang kurangnya aku ada juga penurunan daripada orang yang statik tak nak usaha untuk bersenam dan menjaga pemakanan . 

Sebenarnya simple je dalam weight loss journey ini , Kosisten ! Itu perkara yang penting . Lagi lagi bab makan . Pergh , aku dah lama woi mengidam domino pizza ! . Hahaha . Tapi , aku cakap dekat diri aku , bila aku capai berat idaman aku tuh , baru aku boleh celebrate . Sebab aku dah berjaya ke garisan penamat perlumbaan aku itu . Hehehe . So , macam korang yang tengah give up ini . Cuba tengok semula pencapaian korang setakat mana . Jangan lah tahu complain je . Salahkan itu ini . Diri sendiri kena lah melakukan tindakan . Barulah nampak result yang gempak . 

Alhamdulilah , selepas hampir tiga minggu berat aku statik , dia mula turun 0.4 KG . Dan selepas 15 hari berat aku turun lagi 1.7 KG . Bersyukur sangat ! Rasa macam berbaloi diri aku tak give up dipertengahan jalan . Jangan tanya berapa berat aku sekarang . Ianya rahsia! . Hahaha . Insyallah , bila dah dapat result akhir aku akan update dekat korang . 

Doakan aku semoga terus kosisten ye ! Untuk korang , hari ini dah 103 hari kita dalam tahun 2016 . Ada lagi 263 hari untuk kita terus berjuang mencapai impian kita semua . All the best ! Assalamualaikum.

No comments: