Thursday, April 14, 2016

105/366 : 5 Buah Buahan Yang Sangat Sedap !





Assalamualaikum dan hello kepada semua . Memandangkan hari ini aku tak tahu nak update apa , dan aku scroll twitter sekejap . Taraaaaa , dah dapat dah idea nak update . HAHAHAA . Hari ini kita sembang pasal buah buahan kegemaran uolls dan iolls . 

Well , memandangkan iolls pun tengah dalam proses menguruskan berat badan yang bambam dan comel ini , makanya tidak salah lah topik buah buahan ini di kemukakan . Hahaha . Terus terang , aku merupakan manusia yang sangat menggilai buah buahan . Because i really love the colourful so yummmmyyy. Hahaha ,

Okay , mari kita senaraikan buah buahan kegemaran saya :

  • All the BERIES ! Strawberry , Blueberies , Rapsberry

Normally kalau keluar pergi kedai order juice , aku memang tengok antara 3 jenis beries ni ade ke tak . Bukan dekat juice je , selalunya  minuman tea pun ada jugak . Ya ALLAH , dia punya rasa tak tahu nak habaq lagu mana sedap nya . Hahaha . Tapi , dekat malaysia ini a bit expensive. Nak ikut tekak aku memang idoklah hari hari nak pi cari beries ni . Hahahaha . So , aku mengambil kesempatan untuk merasai nikmatnya beries ini bila ke kedai hipster yang ada jual juice or tea . Ala , susah susah nak sangat rasa pergi je Cool Blog . Tapi ,jangan lah minum selalu sebab kandungan gulanya sangat tinggi . Lagi satu , aku palingggggg suka dan hantu merasuk satu badan bila kek ada buah buahan beries . Perghh , aku bawak lari sesiap buah itu dulu . Hahaha .



  • Kiwi

OMG ! Tengok gambar pun rasa nak pengsan apatah lagi merasainya . Hahaha . Okay , aku start suka buah kiwi ini bila aku stay dekat rumah pakcik aku . Dan rumah dia memang suka makan buah kiwi . Siap ajar lagi macam mana nak kaut keluar buah kiwi tu guna sudu . Hahaha . Bermula pada itu lah , aku jadi jatuh cinta dan aku paling geram bila tengok buah kiwi ada atas pavlova ! Aku curik sesiap kiwi tu baru rasa pavlova . hahaha.



  • Gugusan Anggur

 

Yang iniii punnnn merupakan kegemaran keluarga aku . Sekali terhidang atas meja lesap begitu sahaja . Hahaha . Yang ini pun alahaiiii , boleh pengsan nengok lelama . Cicah dengan cekelat dia punya sedap boleh tahan seminggu . Hahaha . Dan ini juga normally aku akan order as juice or tea sebab dia punya kesedapan pengsannnnn.. Oh , kiwi pun sedap juga juice dia . Hahahah .Semualah sedap !


  • Apple


Memandangkan 3 jenis buah buahan di atas semuanya high maintenance , makanya buah apple kena lah juga jadi menu makanan harian aku sempena proses kurus mengurus ini . Hahaha . Kau gila apa hari hari nak high maintenance sangat buah buahan itu . Paling dan terpaling aku suka ialah buah epal hijau . Sebab rasa masam .Aku ini memang pengemar rasa masam . Hahaha.



  • Orange



Last sekali dalam top5 favourite fruit aku ialah buah oren . Nampak warnanya yang terang ini mampu menyedapkan tekak aku ini . Hahaha . Entahla kenapa aku ini sangatlah hantu kepada buah buahan . Mungkin sebab dari kecil arwah ibu aku memang dah dedahkan aku untuk makan buah buahan . Jadinya , bila dah besar kemain lah semua buah buahan yang very the colourful aku suka sangat ! Hahaha .

Erk , apa top 5 favorite fruit korang ?



No comments: