108/366 : Aku Dah Jumpa Apa Niche Blog AKU !

 


Assalamualaikum dan hello kepada semua . Hari ini dah masuk hari ke seratus lapan kita berada dalam tahun 2016 . Fuyoo ! Ternyata kita semuanya gagah dan perkasa kerana sanggup bertarung meneruskan kehidupan kita dengan seadanya . Korang sepatutnya bangga tau boleh gagah untuk hidup sedangkan ada orang yang dah give up untuk hidup. Jadi aku rasa hari ini doakan aku dah diapprove oleh Dia Yang Maha Esa . 

Tajuk yang aku nak share pada hari ini ialah "Aku Dah Jumpa Apa Niche Blog Aku !' " . Aku rasa happy sangat . Sebab rasanya makan masa lama juga aku fikir apa yang aku nak fokus kan ye dalam blog akuainkausiapa ni . Hahaha . Aku tak nak jadi macam blogger blogger biasa . Setakat buat product review , travel , food macam dah ramai . Aku nak sesuatu yang lain . Dan aku dah pun menjumpainya.

Alhamdulilah , terima kasih ya ALLAH . Sebelum itu aku nak kongsi dengan korang niche ni binatang apa ehk . Niche ni lebih mudah orang melayu kata , spesifik atau fokus kepada sesuatu group target dan satu topik . Contohnya macam blogger yang buat review pasal food . So ,blog dia penuh kisah resipi ayam goreng ala ala kepsi , tempat makan hipster yang murah dan sedap haa . Its all about food je ! 

Dan niche blog aku yang telah aku temui ialah tentang SEMUA PASAL PEREMPUAN !. Maksudnya , aku akan lebih banyak bercerita tentang being a high class woman. Well , aku kan perempuan maka tak salah lah aku bercerita macam mana kita nak jadi perempuan yang matang , yang boleh membuat keputusan dengan bijak , tak mudah kena tipu and all that lah . 

So , kalau korang ada cadangan atau idea on how aku nak jadikan ianya lebih best dan awesome , boleh tinggalkan komen ataupun email dekat farahain8291@yahoo.com.my .
.
Chop ! Kalau malas nak email boleh je PM dekat facebook aku . Facebook : Farahain zfa

Catat Ulasan

0 Ulasan