Friday, April 22, 2016

113/366 : Akibat Tidak Berhati Hati , Kaki Hampir Cedera !



Assalamualaikum dan hai kepada semua . Peh , tajuk diary of the day aku hari ini macam gempak gila . Hahaha .  Short to the story pada hari ini , petang tadi lepas dah penat penat balik workout , waktu tu aku dah berpeluh peluh apa semua . Rasa tak selesa nak mandi lah dulu . Pastu tengok kucing aku si Suzie itu tak makan lagi , aku pun nak pergi lah ke dapur sebab nak ambil makanan dia .Well , Suzie sekarang  memang boleh makan wet food je . So , aku belikan dia Smartheart simpan dalam peti ais .

On the way nak ke dapur , prappp.. aku terlanggar penyapu dan aku terjatuh . Aku punya jatuh tu macam gaya tengah buat exercise tu . HAHAHA . Nak tergelak pun ada . Dua dua kaki sakit gila . Ambil masa 2 ke 3 minit juga aku nak bangun semula . Sebab sakit dia fuhh . Dahla tadi exercise aku banyak buat bear crawl dengan merangkak gaya askar . Rupanya bersambung sampai dekat rumah . Hahaha .

Nasiblah aku ni jenis lasak . Terus aku teringat arwah ibu aku . Sebab dia lah orang yang paling risau kalau aku sakit ke , terjatuh ke . Sebab aku suka sorok rasa sakit tu . Aku tak nak susahkan orang disekeliling aku . Masa aku jatuh tadi , terkejut abang dengan ayah aku . Yela , tak ada angin apa terus tergolek gitu . Hahaha .

Kesannya , dekat celah ibu jari kaki tu ada luka sedikit . Ayah aku kemain gelabah ,ingat lantai dekat dapur licin ke ada air ke . Sebenarnya , kecuaian aku . Aku tak berhati hati berjalan . So , next time walaupun kita penat ke , kena berhati hati dan jangan nak cepat je . Kalau dah penat , kena rilex dan buat sesuatu tu slow slow . Janji tak membahayakan diri sendiri .

Masa jatuh tadi , aku pun gelabah . Gelabah sebab takut injured teruk tak dapat nak workout lagi . Risau juga sebab aku jatuh tadi memang ngeri jugaklah . Hahaha . Tapi , insyallah .Tak ada apa apa lah yang berlaku . ALLAH cuma nak ingatkan aku supaya lebih berhati hati . Sebenarnya , ujian untuk aku , sama ada aku nak menangis merasakan rasa sakit itu atau bangun dan buat macam tak ada apa yang berlaku . Its my choice and i choose to get up ! Yeah ! Esok pagi nak workout ! Keep it up and dont give up !

1 comment:

airi tanaka said...

Lepas ni kena hati-hati. :p

saya tag awak. http://airitanaka.blogspot.my/2016/04/segmen-tonton-uk20-free-gift.html