Sunday, April 24, 2016

115/366 : 3 Sebab Kenapa Anda Kena Kemas Rumah Pada Hujung Minggu



Assalamualaikum dan hello kepada semua . Alhamdulilah , hari ini aku berkesempatan mengemas rumah , membasuh baju , vacuum satu rumah serta mop lantai . Ya , memang penat ssampai rasa nak menaip ini pun tidak larat nak angkat jari . Hahaha . Tapi , demi diary of the day aku gagahkan juga . Kalau tak bukannya diary of the day .

Aku nak kongsi 3 sebab kenapa anda semua wajib kemas rumah pada hujung minggu


  • Dapat mengurangkan stress dan serabut sewaktu pulang ke rumah
Semua orang kata , "Rumah ku Syurga ku" . Betul juga pada kata kata ini . Rumah kena lah sentiasa bersih . Aku akui kalau dapur rumah aku ini kotor , aku sendiri rasa malas nak memasak . Kalau bilik tidur bersepah , rasa tak selesa dan rasa malas nak duduk dekat rumah . Hahaha . Lagipun , korang hanya perlu spent masa 2-3 jam untuk mengemas pada hujung minggu . Jangan malas ! Sebab weekdays je makan 5hari kita kena hadap dan nak tunggu weekend pun lama . Setiap kali kekerapan anda pulang ke rumah dan melihat rumah tidak bersih , mesti mood jadi tak elok dan rasa bosan . Makanya , untuk mengurangkan stress dan serabut di kepala , anda amatlah digalakkan untuk mengemas rumah pada hujung minggu . Ala , sekejap je !


  • Lebih teratur
Kalau dah bersepah dan kotor , kebarangkalian untuk lupa barang letak dekat mana akan terjadi . Bila rumah dalam keadaan yang teratur , lebih sistematik tempat susun atur barang barang , mesti otak kita automatik ingat dekat mana tepat barang yang kita letak itu . Bukan itu sahaja , kalau nak keluar dengan cepat , tak perlulah dua tiga kali masuk cari barang yang tertinggal . Nampak bila rumah bersih  , aktiviti harian kita pun akan lebih teratur .


  • Mood lebih ceria dan gembira
Orang cakap , kebahagiaan dan kasih sayang itu sebenarnya bermula dari dalam rumah . Kalau rumah kotor , siapa yang selesa nak tinggal lama lama dalam rumah . Maka , anak anak pun pergilah mencari kasih sayang di luar , budaya melepak . Bila rumah bersih , kan lebih enjoy dapat berkumpul satu keluarga selalu tak payah kena tunggu hari raya baru nak bersama . Kebahagiaan itu sebenarnya boleh dipupuk dari dalam rumah . Percayalah , bila rumah bersih seluruh ahli keluarga kita pasti akan lebih gembira dan rasa macam tak nak keluar rumah sebab rasa selesa .

2 comments:

Siqah Hussin said...

Sokong untuk semua 3 sebab di atas. Kalau rumah kotor, kita pun tak selesa nak tinggal di dalamnya.

Masitah Samsudin said...

Tolong mai kemas umah saya bole..?
Hehe...