Sunday, April 3, 2016

94/366 : Korang dah ganti puasa ?

 



Assalamualaikim dan hello uolls ! Hari ini macam tak tahu nak update apa . Sebab rasanya hari ini settlekan basuh , jemur dan lipat baju yang berlonggok itu . Maklumlah kita lah seketul perempuan dekat dalam rumah ini . So , ianya menjadi satu tanggungjawab yang perlu diselesaikan . Hahaha . Dalam pada aku tengah menaip ini sebenarnya aku masih lagi memikirkan apa topik nak kongsi dengan korang . Hahaha . Okay , dah dapat . Lets say it out bebeh !


  • Korang dah ganti puasa ?
Haaa , aku nak remind dekat korang especially yang gegurl , dah ganti puasa belum . Sebab aku pun belum ganti lagi . Bila tengok semula kalendar baru terperasan yang puasa dah tak lama dah woi . Hahaha . So , esok ingat nak start ganti puasa . Diam tak diam kejap je dah masuk bulan april . Kenapa cepat sangat kan ? So , lepas lepas ni dah tak boleh leka dan duduk bersahaja . Kena move forward dengan lebih cepat dan pantas . Ingat ye korang , jangan lupa ganti puasa tau !


  • Bila orang tegur kau !
Tadi tengah hari aku saja saja lah nak beli bungkus lauk dekat Restoran Singgah Selalu Johor Bahru . Tempat ini memang famous amous ! . Dulu aku memang selalu tapau makan tengah hari dekat sini . Sebab lauk dia banyak dan paling aku suka dia banyak sayur sayuran . Hehehe . Dah lama gak aku tak tapau , tadi pergi lah tapau . Ada sorang pekerja dia ini memang PR baik gila dengan aku . Tadi dia tengah sibuk pun dia layan aku . Siap tanya lagi , "dah lama tak nampak akak" . Hahaha . Budak tu indon kot . Macam mana dia boleh layan baik dekat customer ? Dia boleh ingat lagi customer yang selalu bungkus. Itulah bagusnya . Kena cari pekerja yang macam gini . Mesti lagi seronok orang nak datang lagi dan lagi .


Okah , cukuplah untuk hari ini . Assalamualaikum :) 

No comments: