Sunday, May 1, 2016

122/366 : Ayah Aku Masak Asam Pedas Sedap Woi !


Sempena hari pekerja yang jatuh pada 1 mei sudah pasti ramai yang sedang menikmati cuti rehat bersama keluarga dan orang yang tersayang . Makanya hari ini ayah aku memang dah cakap awal awal , nak masak asam pedas . Gaya dia macam nak suruh aku masak . Well , aku kalau masak masakan yang macam gini aku tak berapa reti sedikit , dan aku mengambil keputusan membeli paste asam pedas yang hanya sekejap je dah siap . Hahaha .

Lagipun , paste asam pedas tu memang aku dah pernah rasa sebelum ini . So , rasa sedap itu sudah gerenti . Kebetulan petangnya aku ada hal sampai ke pukul 8 lebih baru balik . Call lah ayah aku tanya nak beli apa apa ke bahan tambahan ,sekali ayah aku cakap , dia dah masak !

Hahaha , tinggal nak makan je . Kebetulan pula ikan itu memang fresh dari laut sebab ayah aku beli direct . Tu yang dia bersungguh nak masak asam pedas . Hahaha . Betul lah , kekadang sesekali rasa ayah aku masak , gila sedap hingga menjilat jari . Peh , ikan tu punya manis , sedap bak hang !

Oh , aku tak makan dengan nasi as aku off workout hari ini . So , makan dengan raw mix vege lah . Sedap ! Alhamdulilah! Sebenarnya , sekarang banyak dah orang jual instant instant atau bahasa melayu nya rempah yang dah siap tak payah nak menumis , menumbuk bagai . Kukus ikan , masuk paste tuh , masuk air . Dah settle . Hahaha .

Alasan je orang yang tak nak masak ni ! Okay pasni kalau orang suh masak susah susah ni , first thing ialah cari rempah yang dah siap . Mudah kerja dan cepat siap . Cuma sedap tak sedap jelah dan kena tahu jugak kuantiti rempah tu sesuai untuk berapa hidangan . Kang kalau terkurang , jadi tak sedap pula .

1 comment:

CikLa Shahril said...

Sedapnya asam pedas...