RINDU SEORANG SAHABAT


DEKAT LIBRARY KONON BUAT ASSIGNMENT , SEM1 UITM KEDAH
Perempuan, dia mesti ada seorang kawan lelaki yang dia akan tell everything like apa yg kau tak puas hati, apa masalah kau, taste lelaki idaman kau, crush kau. Literally EVERYTHING.

And, He is. Mula-mula masa dekat Merbok, aku panggil dia abang. Dia panggil aku adik. Sebab aku memang anggap dia macam abang aku sendiri. Tapi, sebab member kan so kitorang ber-aku/kau jela. But, dia selalu gelar diri dia "Abang Jemah". hahahhaa. Kitorang start kenal masa nak buat group assigment. Mula-mula, nampak dia ni diam je. Dia selesa ke tak dengan group puaka aku ni.😜Yela, first time ajak keluar konon nak buat assignment, sewa kereta depan Uitm pastu sebenarnya pergi melagha dan buka puasa dia tekezut nampak aku makan laju tahap pelahap gila. Sampai dia cop aku "jangan sampai bagi ain lapar, kalau dia tengah lapar laju gila dia makan"πŸ˜…

GENG BUDAK SENGET , JAMUAN RAYA SEM1

Dia lah yang selalu tanya "weh jom abc","jom makan","kau tengah buat apa?","lepak jom","kau ok ke?". Like dia lah yang selalu mesej aku. Random text. Sampai ada ketika aku gaduh dengan dia dekat seminggu lebih kot aku mogok tak reply mesej, tak angkat call, ignore pm fb and dalam kelas aku buat-buat tak nampak. (sumpah kelakar time tu sampai dia mesej "Ain sampai bila kau nak macam gini? weh aku tak boleh lah weh macam gini"). Dan aku pernah terasa bila dia pindah kelas lain. Yela, dia dah muak kawan dengan aku kot waktu tu. Aku selalu cakap dekat dia "kau tak payah nak ego sangat dengan aku". Hahahhaa.

MASA NI TENGAH DRAMA KES NAK LEPAK MANA KOT
Semua pasal aku dia banyak tau. Senang cakap cerita aku dekat Merbok tu dalam poket dia la. Dia ni geng lepak, geng karoks, geng budak senget, geng jemah, geng assignment, geng balik cuti sem North-South journey(aku pernah blog tentang journey ni), GENG semuanya lah kot. Campak kat dia seorang.

Sampailah bila aku dapt whatsapp dari dia."Aku rasa aku rindu kedah. K Bye"πŸ˜ͺ.Sumpah, hati aku rasa tak sedap gila (Aku tau consequence sepanjang dia sakit sampai koma) But lets just not talk to the public. Dan..lepastu dia koma. Sepanjang koma tu, boleh dikatakan aku nangis je,sampai terdetik niat dekat hati "Halim, kalau kau dah sedar aku sanggup teman hang pi Kedah"

DIA SELALU JADI DRIVER KITORANG. HAHAHA.

Dan...Dia meninggal. Sumpah, aku HILANG. Aku macam LOST gila. SAKIT sangat rasanya bila kau hilang orang yang kau sayang. Sakit dia macam aku hilang arwah ibu aku masa 17 Nov 2013.

Tapi, ALLAH tu bagi satu rasa berlapang dada dengan semua ni. Its a wake up call for me to be more independent. Yang mana at the end of the day, Kau kena balik semula PadaNya.Yang Maha Pencipta.

LAST GROUP ASSIGNMENT DENGAN DIA.
Aku dah tak ada dah seorang sahabat yang selalu mesej aku macam dia. DAH TAKDE. Aku SENYAP masa dia baru meninggal. Fuh, berat gila dugaan ni. Sumpah aku rasa macam SPEECHLESS. Lepas ni, aku dah tak ada geng Februari, dah tak ada nak wish birthday selang 3 hari pastu birthday aku. ITS ALL GONE.

Dan hari ni, sebak rindu pada dia datang pula. Aku cari gambar-gambar kau beb, aku nyanyi lagu favourite kau, aku tengok balik Facebook komen-komen kau, dan Facebook kau sekarang dah ada "Remembering". Aku bersyukur. Masa aku dekat Merbok, Allah bagi aku seorang sahabat yang sangat baik. Dia bagi kawan lelaki yang boleh faham aku sebab aku ni jenis boyish teruk. Mesti nak kena ade geng lelaki sebab adik-beradik aku semua lelaki. Skala perangai gegurl aku mungkin hanya 4/10 je. hahahhaa.

GENG GROUP BAHASA JEPUN MENANG NO1 COMPETITION

Dan Dia ambil kau hilangkan dari dunia ni. Terima kasih Allah sebab bagi aku nikmat ini. Best weh ada seorang kawan lelaki yang boleh kau all out everything. Aku rasa cukup almost 7 tahun nikmat tuh aku rasa.

LAST KITORANG JEJAK KE KEDAH WEDDING AYANG , 2015

Semoga kau terus bahagia dan sentiasa dipelihara olehNya.
Al-Fatihah & Semoga kite bertemu di Syurga.
Abdul Halim Asmawi Bin Zakaria
5 Februari 1990-10 Mei 2017

13 comments:

Sis Lin said...

Al-Fatihah..
Sedih bacanya Ain..mesti masa mula tu Ain kemurungan ye..
i feel u Ain...banyakkan sedekah Fatehah buatnya ye..

LiNa_Pg said...

Assalamualaikum
singgah balas n follow jugak.. tq
salam kenal LiNa Pg

cikmasland said...

Al-fatihah. Lost cant described. Yg pernah kehilangan yg tersyg je fhm... b strong dik...

CM singgah sini juga. | Blog cikmasland |

Shuhaida Saad said...

takziah sis..

tiada galang gantinya untuk seorang sahabat. kawan datang silih berganti. semoga sis tabah.

Sunah Sakura said...

al-Fatihah...memang sukar dicari ganti kawan yang faham kita lebih daripada diri kita sendiri..

Mar Mansor said...

salam takziah. kenangan yang pasti tidak akan dilupakan kan.memang bukan untuk melupakan sahabat macam tu.
Janji Kita

AziRahmanDotCom said...

Al fatihah buat beliau, moga ditempatkan dikalangan mereka yang baik-baik di sisiNYA.

Fahmi mohd razari said...

Moga rohnya dicucuri rahmat

Shafyqah Azry said...

alfatihah. susah nak cari sahabat yang macam tu. semoga tabah :)

ShirVen said...

Al fatihah. Semoga rohnya dicucuri rahmat. I feels u sis 😒

Uyul Rosli said...

semoga rohnya dicucuri rahmat
Uyul Rosli | JDTBlogger

ejulz said...

moga arwah ditempatkan dikalangan org2 beriman..

Shahida Dzulkafli said...

Takziah awak..