ROYALE RAYA DI PARADIGM MALL JOHOR BAHRU


Johor Bahru, 8 Jun 2018 : Pusat membeli-belah terbesar di Johor, Paradigm Mall Johor Bahru (Paradigm JB) , mengalu-alukan rakyat Malaysia untuk bersama-sama merayakan Hari Raya pertama mereka dengan tema kilauan emas yang mengingatkan kita tentang suasana di istana-istana Timur Tengah.

Kempen 'Royale Raya' ini sudah pun bermula pada 17 Mei 2018 yang lalu dan akan berterusan hingga 1 Julai 2018. Sepanjang tempoh ini, para pengunjung dapat menikmati suasana cantik dan indah, sama seperti berada di istana diraja. Seluruh pusat membeli-belah akan bermandikan hiasan emas dan pelbagai motif geometri. Sebaik sahaja mereka memasuki pusat membeli-belah ini, mereka akan segera mengalami suasana persis sebuah istana bangsawan yang mempesonakan.

Cik Selena Chua, Ketua Pengawai Eksekutif-WCT Malls, berkata, "Oleh kerana ini pertama kami menyambut Hari Raya di Johor Bahru, kami ingin mencipta pengalaman yang tidak dapat dilupakan khas untuk para pengunjung kami. Maka, dari situ, tercetuslah idea untuk mengubah Paradigm Mall Johor Bahru ini kepada sebuah istana raja dengan tema keemasan. Bagi kami, para pelanggan kami adalah faktor paling penting, jadi kami ingin meraikan mereka seperti kerabat diraja dan Hari Raya ini adalah masa terbaik untuk melakukannya."

Bagi merancakkan lagi suasana Hari Raya, Paradigm JB akan menganjurkan beberapa aktiviti yang menarik dan menyoronokkan, di mana kesemua permainan ini berlatarkan kebudayaan dan tradisional kaum Melayu. Pengunjung ke pusat membeli-belah ini akan berpeluang mengambil bahagian dalam permainan tradisional seperti 'Pertandingan Royale Congkak' dan Bengkel Membuat Batu Seremban yang popular suatu ketika dulu.

"Selain aktiviti-aktiviti yang menarik, para pengunjung juga akan berpeluang menyertai pertandingan 'Baju Raya Lip Lap', yang terbuka kepada semua. Terdapat juga pertandingan 'Royale Sireh Junjung Paling Kreatif' bagi mereka yang berminat. Menerusi peraduan ini, para pengunjung dapat mempamerkan hasil tangan mereka yang unik dan imajinatif. Semua aktiviti ini akan diadakan di Aras G, Paradigm JB."

"Dengan semua aktiviti-aktiviti ini serta pelbagai barangan yang terdapat di kedai-kedai di seluruh pusat membeli-belah ini, para pengujung Paradigm JB pasti akan dapat mengalami suasana Royale Raya yang belum pernah mereka alami sebelum ini," tambah Chua.

Walau bagaimanapun, keseronokan tidak berhenti di sini, para pengunjung juga akan berpeluang menyertai beberapa bengkel kraftangan termasuk bengkel mengenai cara membuat kad raya 'pop-up' yang rumit. Terdapat juga bengkel dimana mereka akan diajar bagaimana untuk menghias kuih raya, membuat balang kuih kreatif dan juga melukis Batik yang cantik.

Di samping itu, Paradigm JB akan menampilkan beberapa persembahan seperti 'Persembahan Wayang Kulit Tradisional' dan persembahan 'Ghazal' dan Tarian Melayu Inang. Semua ini pasti akan menjadi sesi berhibur sambil belajar yang pasti akan memperkayakan ilmu para pengunjung, terutama golongan kanak-kanak yang tidak pernah melihat persembahan tradisional seperti ini.


Selain itu, terdapat juga persembahan lain seperti 'Tarian Zapin Tradisional', tarian yang berasal dari Negeri Johor serta persembahan 'Angklung'. Angklung merupakan alat muzik yang berasal dari Indonesia. Ia diperbuat dari sejumlah batang buluh yang melekat pada sebuah bingkai yang juga diperbuat dari buluh. Selain daripada persembahan yang indah ini, pengunjung juga akan dihiburkan dengan persembahan 'Gamelan', iaitu muzik tradisional Jawa dan Bali di Indonesia yang terdiri daripada alat perkusi serta persembahan unik 'Cak Lempong', menampilkan alat muzik tradisional dari Orang Minangkabau.

Paradigm JB akan bekerjasama dengan Masjid Al-Mahabbah, Taman Bukit Mewah, untuk bergotong-royong memasak dan mengedarkan bubur lambuk kepada masyarakat sekitar dan para pengunjung. Masjid Al- Mahabbah turut menyediakan Kaunter Zakat Fitrah di dalam pusat membeli-belah untuk memudahkan para pengunjung. Selain itu, semua pengunjung boleh mendapatkan buah kurma PERCUMA di Kaunter Concierge yang terletak di Aras G sepanjang bulan Ramadhan. (Sementara stok masih ada setiap hari).


Paradigm JB juga akan meraikan Hari Raya ini dengan Anak Mutiara, Sekolah Kebangsaan Kangkar Pulai 2, Johor. Kanak-kanak yang berjumlah 40 orang ini akan diraikan dengan persembahan menarik dan bengkel membuat balang kuih kreatif. Ia diikuti dengan Sesi Buka Puasa. Mereka juga akan diberi Duit Raya serta beberapa barangan keperluan sempena Hari Raya. Ini adalah sebahagian daripada inisiatif khas Paradigm JB untuk bulan Ramadhan dan Syawal, kerana perhatian harus diberi kepada golongan yang kurang bernasib baik ini, terutama sekali di waktu perayaan begini.


Sempena sambutan 'Royale Raya' Paradigm JB, pembeli-belah yang berbelanja sekurang-kurangnya RM150 (RM120 untuk Pemegang Kad Kredit HSBC) dalam sekeping resit dimana-mana kedai boleh menebus * satu paket sampul duit Raya eksklusif. Untuk mereka yng berbelanja RM200 dan keatas (RM150 untuk Pemegang Kad Kredit HSBC) pula dalam dua resit maksimum pada hari yang sama, mereka layak menebus *satu lampu hiasan Royale Raya edisi terhad.*Sementara stok masih ada.

Selain membeli-belah,para pengunjung juga boleh mengambil kesempatan berbuka puasa bersama ahli keluarga atau sahabat handai di Paradigm JB yang menawarkan pelbagai pilihan restoran kegemaran ramai. Antaranya ialah Food Arcade, Seoul Garden, dipndip, Ayam Penyet Best, The Chicken Rice Shop dan banyak lagi.

"Kepada mereka yang mengunjungi Paradigm JB sama ada untuk membeli-belah mahu pun menjamu selera,kami berharap anda semua akan menikmati setiap saat berada di pusat membeli-belah kami. Lagi pun , mana ada tempat yang lebih sesuai untuk ahli keluarga atau rakan-rakan bersantai dan meluangkan masa bersama, kalau tidak bukan di Paradigm JB," akhiri Chua.

Untuk maklumat lanjut, sila ikuti laman Facebook Paradigm JB di Paradigm Mall Johor Bahru  or layari laman sesawang rasmi paradigmmall.com.my/jb .

Catat Ulasan

3 Ulasan

  1. bilalah nak sampai johor

    jemput join : http://www.shfyqhazhr.com/2018/06/giveaway-suka-suka-by-shfyqhazhrcom.html

    BalasPadam

Blog ini merupakan blog peribadi yang ain jadikan sebagai 'Diary of the day'.Sorry la kadang ain guna, “ain” kadang “aku”.Perasaan membaca ni kadang lagi sedap ber “aku”.Kes itu kita letak terus “akuainkausiapa”.Hahaha.