Monday, July 30, 2018

# blog # blogger

KONVO TAK JADI



Waktu aku menaip cerita ni, aku masih terbayang lagi saat tu. Yes, aku datang konvo dua kali tapi hanya satu ijazah! . Pelik kan... kauu sabar jap bagi aku habis cerita.

Siapa tak seronok, siapa tak happy bila dapat konvo kan? Aku? Happy tapi kisah paling tragis la yang pernah aku alami.
aku yang create group whatsapp convo 2013


Aku sepatutnya konvo pada 18 November 2013. Tapi, Allah tidak mengizinkan. Padahal aku dah siap ambil jubah dah semua.Aku yang create group whatsapp kawan-kawan yang datang konvo end up aku yang tak datang. Fuh, berat betul weh ujian Allah tu.

Nak tau ? 17 November 2013 tarikh tu sebenarnya ibu pergi. Yer! ibu aku meninggal sehari sebelum aku konvo. Masa ambil jubah beberapa hari sebelum tu, aku sebenarnya memang dah rasa tak sedap hati.
aku rindu sebenarnya senyuman ini

Tup tup.. haaa kauu.. tak yah lah nak cerita macam mana aku nangis tak percaya ibu aku dah tak ada waktu tu. Ayat akhir dia pada aku ,”Ibu mintak maaf, ibu tak dapat datang konvo ain”.

Dia lah orang yang paling excited nak tengok aku konvo. Dari sekolah lagi aku ingat tentang ini. Dulu-dulu, Aku selalu teman ibu pergi kedai Cherryland (kedai cenderahati) dekat Plaza Angsana Johor Bahru. Aku nampak satu teddy bear konvo yang comel .”Ibu, Ain nak ni boleh?”. Ibu aku jawab,”Nanti ain dah konvo lah baru boleh ibu bagi”. Tapi, hajat tu tak kesampaian.

cuba tengok senyuman aku yang dulu dan yang masa ni . pre-convo 2014



diorang ni lah yang buat aku comeback semula dengan blog. Syiera & Lienda


Aku nak ucap terima kasih dekat geng-geng Bizmark BM220 Uitm Kedah. Sebab diorang aku datang balik konvo. “Jomla ain konvo dengan kitorang”. By the way , geng-geng aku banyak yang konvo tahun 2014 ni. Tu yang rasa seronok gila.


Yes! Aku repeat konvo. Hahaha. Orang repeat sebab fail subjek, aku repeat konvo siot! Alhamdulilah, Uitm bagi free je sebab aku tak datang konvo sesi lepas dan dah pun bayar. Cuma kena buat surat la dan aku punya angka giliran special sedikit dekat belakang tu ada tulis T (tumpang).

since kitorang yang last day konvo , hamek kau dalam dewan boleh dok sepah kerusi amek gambar


Nama aku pun tak ada dalam buku senarai sebab dah ada tulis dekat buku sebelum ni. Abang aku cakap “nak bunga tak ?” . Aku cakap “Tak apa la,membazir je pastu bunga tu layu gak”. “Eh tak boleh lah macam tu, jomlah cari kejap”. So, beli la bunga yang siap ada teddy bear konvo tu sekali.


Tembam gila pipi aku weh. Sebab aku sedih gila masa ni tu kes makan je.

Sebenarnya aku sedih bila tengok teddy bear konvo tu. Sebab ibu yang patut bagi teddy bear tu dekat ain. 😭 Tapi... itulah..Tak apa ibu, ain dah janji tak akan pernah give up macam ibu. Ibu kuat , ain pun kuat macam ibu kan.

Tula teddy bear konvo tu.

Janji ain pada ibu, “nak jumpa dekat syurga!” That is my promise to you. Semoga ibu bahagia disana.💕

Al-Fatihah untuk ibu yang tersayang,
Nor Fatimah Binti Ismail
27 April 1959 - 17 November 2013

9 comments:

Ibu Dilah said...

Al-fatihah utk ibu ain.. mesti dia bangga dgn ain.. ehh.. rupa ain nampak lain la dulu ngan skrg.. hehe

ejulz said...

Tahniah. Semoga sukses dalam kerjaya lps ni.. Takziah buat pemergian ibu. semoga arwah ditempatkan dikalangan org2 beriman..

Mar Mansor said...

Allahuakbar..besarnya dugaan ain.. tapi emak ain mesti bangga meskipun dia dah pergi.

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

Sedih plak akk

Al-Fatihah kuhadiahkan buat ibumu

Del Asyraf said...

Yelah, kita mana boleh lari dari takdir tuhan kan, nak buat cam mana semua tu urusan Allah. semoga mak sis tenang di sana.
btw Tahniah, repeat konvo pun okay apa :D hehe

Mohamad Khairil said...

Al Fatihah ... dugaan besar ketika nak konvo tu.... mcm mana pun repeat konvo pun takpa asalkan konvo jugk :)

htpps://aerillhassan.blogspot.com

Chord Gitar said...

Congratulation

ShirVen said...

Alfatihah utk ibu ain. Pengalaman menjadikan kita lbh matang, tabah. Good luck for yr future

Sis Lin said...

Lain sungguh muka ko Ain..
Tahniah buat Ain.

Moga ibunya dalam keadaan bahagia tenang di alam sana..
Jangan bersedih, ibumu pasti bangga denganmu...