Tuesday, July 10, 2018

# blog # blogger

MAKAN PAGI SAMPAI MALAM : 3 OPEN HOUSE , 1 FOOD REVIEW


7/7/2018 tarikh paling banyak Ain makan-makan. Sampai rasa nak pengsan lah. Hahaha. Bermula pukul 12 tengah hari , pergi kenduri kahwin di dewan yang terletak di Perling , Johor Bahru . Lepastu balik dulu rumah berehat kejap sebab badan memang penat betul . Bangun je terus mandi dan pakai baju kurung pergi ke open house rumah team Ain iaitu Shikin yang terletak di Kampung Melayu. Makan-makan yang paling sedap of course lauk Ayam Hijau mak Shikin tu. Sedap teroks.

Ayam Hijau sedap teroksss


Lepastu , terus ke rumah Pengerusi Kejiranan Wanita KRT kawasan rumah Ain di Bandar Baru Uda. Itu pun Ain larat makan lontong dengan buah jambu cicah asam jer. Sebab malam ada food review woi. Meletop perut rasa. Balik ke rumah dulu siap-siap dan kena mandi. Berapa kali mandi hari tu tak payah cerita la kan. Hahaha.

Lepas magrib terus ke Restoran Ateh Corner yang baru dibuka di Taman Universiti. Ain order air suam dengan barli suam je. Sis Lin siap cakap "Ain kau order air orang kampung ke".Hahaha. Sebenarnya nak buang rasa mual makan macam-macam kan dalam satu hari.


Dah settle semua review , balik je boleh pula jalan skudai tu jem.Dahla badan dah lepak penat betul. Sampai je rumah memang mandi lagi , rileks kan badan dulu pastu tidur. Memang set dalam otak esoknya hari rehatkan badan dari makanan. Hahaha. Nantikan review Ain tentang kesedapan makanan di Restoran Ateh Corner.

6 comments:

Ibu Dilah said...

ainnnnnnn.. banyaknye makan aritu... hahaha

Sis Lin said...

Hahaha air bali tu arwah Abah selalu cakap, orang kampung suka minum air bali, budak moden tak suka, sebab tu Sis cakap macamtu hahahaha

Nona Qiyah said...

Sedapp semua kann~ makan sampai kenyang giler ui....setahun sekali xpa..hahaha~

Gi detoxxx lak pasnii, baru berehat sket perut mung, hehe

ejulz said...

terbaek.. sedap makanan :)

Mohamad Khairil said...

sedapnya makanan2 tu..

Aerill Hassan

Azhafizah Md Nor said...

waah..rezeki tekak dapat makan macam² tu dalam sehari.