SDS #LONGLOAFCHALLENGE 2018

Pada 1 julai , ain bersama JDT Blogger dan beberapa rakan media lain telah mendapat jemputan bagi pertandingan makan di Paradigm Mall , JB . Pertandingan makan ini telah dianjurkan oleh pihak SDS . Untuk kali ini ialah final yang mana juara-juara bertanding. Sebelum ini pun Ain berpeluang untuk datang tengok macam mana reaksi pelbagai peserta. Ada yang sampai muntah dan ada yang sampai muak terus tak boleh makan dah. Ain sendiri kagum la dengan mereka yang selalu join peraduan makan ni.HANYA 4 MINIT ,WANITA INI KALAHKAN LELAKI DALAM PERTANDINGAN MAKANAN


So, dalam 10 minit , siapakah yang boleh menghabiskan 48 inci long loaf ini ? Ain memang dok nampak si Rainbow Kumi tu yang menang. Sebab ain dah pernah tengok sendiri macam mana cara dia makan. Serraammm...laju kemain woi.






Haa, kan dah kata dia yang menang. Dia break the record dalam 10 minit boleh bedal lebih dari 48 inci tuu. Rainbow Kumi telah menghabiskan sebanyak 56 inci. Kau mampu? Hahaha. Mampu tengok jela kanszzz.


Keputusan #Longloafchallenge :

Rainbow Kumi 56 inci
Mohd Afiq Faiz Nordin 24 inci
Ng Poh Lok 23 inci
Ahmad Naqiib B Mohd Zaid 20 inci
Loh Hon Sang 19inci
Padam B K 12 inci


Tempat kedua pulak jiran selang berapa buah rumah, iaitu Mohd Afiq Faiz Nordin. Tak sangka orang Bandar Baru Uda power! Hahaha.

JDT Blogger bersama Rainbow Kumi


JDT Blogger dengan Alice
Dekat bawah ini ada full video macam mana Rainbow makan...


2 comments:

ejulz said...

terbaek :)

Jemput join segmen ejulz jika sudi :)
https://ejulz.blogspot.com/2018/07/segmen-tambah-duit-dengan-kerja-partime_1.html

Sunah Sakura said...

perghhh dahsyat rainbow kumi niii