“GO CASHLESS” DI WATERPARK BUKIT GAMBANG

Ini bukan kali pertama ain ke waterpark Bukit Gambang tapi ini kali kedua. Bila dah kali kedua sebenarnya lagi banyak details yang ain tahu tentang waterpark disini.



First, Bukit Gambang Waterpark menggunakan konsep cashless iaitu memudahkan pengunjung untuk melakukan semua transaksi pembayaran. Sistem ini sebenarnya mengelakkan dari duit tercicir atau berlaku kecurian wang. So, korang masuk je boleh topup dulu if nak beli makanan, nak gunakan pelampung. Jadi lepas dah topup dah tak perlulah nak bawa duit masuk, boleh je terus simpan dalam locker.
kredit pic sis lin


kredit pic : kak Dila



Seterusnya, korang kena cuba rasa sendiri pizza 🍕 dekat sini. Ya ampun sedap betul. Kalau yang jenis tekak pedas cuba lah yang Spicy Sambal. Ain rasa nikmat betul kau dapat makan tu. Hahaha.



Next, baru ku tahu yang dekat Coco Beach ni rupanya ada timing Wave 🌊 dia. Hahaha. So, korang kena pandai bajet masa lah. Nanti dia ada bunyi siren woi, aku ingatkan dah nak tutup ke ape, rupanya siren wave tu nak keluar lah. hahaha.



kredit pic : Kak Seri

Satu lagi dekat sini pun ada surau tau. Korang jangan risau boleh juga solat. Kalau yang suka adventure tu aku sarankan korang cuba semua permainan dia. Best weh. Tapi korang kena fit weh.

kredit pic : kak Mar Mansor

Nak naik ke tempat tu, kus semangat. Aku ingat dulu masa first time naik mengah-mengah weh. Tapi, bila dah dapat cuba, haaaa jerit kauuu puas -puas. Hahaha.





Datang lah kesini pada weekdays bukan pada weekend. So korang tak payah nak kena que dan berebut-rebut. Aku datang masa first time ya ampun ramai betul. Tapi kali kedua ni aku datang masa weekdays peh seronok betul. Dekat toilet pun rasa selesa nak salin baju. Hahaha.


Bukit Gambang Resort City
26300 Gambang, Kuantan, Pahang

Tel: +609-5488000 ext. 8400
Hotline: 016-9884768
Fax: +609-5486288
Email: waterpark@bgrc.com.my

Facebook:

Instagram:

Catat Ulasan

1 Ulasan

  1. Lepas ni ajommm kita pi mandi-mandi lagi yokkk..
    Seronok pulak kannn hehehehe

    Sis ko jerit nak mati dalam slide tu, Sunah kata pekak telnga aku hahahaha

    BalasPadam

Blog ini merupakan blog peribadi yang ain jadikan sebagai 'Diary of the day'.Sorry la kadang ain guna, “ain” kadang “aku”.Perasaan membaca ni kadang lagi sedap ber “aku”.Kes itu kita letak terus “akuainkausiapa”.Hahaha.