MAKAN SEAFOOD DI NELAYAN SEAFOOD BY THE COAST RESTAURANT


Pada 4 Ogos 2018, Ain mendapat jemputan dari Nelayan Seafood By The Coast di Desaru . Macam biasa , ain datang bersama dengan geng-geng JDT Blogger antaranya ialah Kak Hernee Nazir , Sis Lin , Kak Ida , Kak Sunah dan Kak Seri.

A post shared by NUR FARAHAIN (@farahainzfa) on

Ain bertolak dari JB ke Desaru dengan kak Hernee. Sempat berborak panjang dalam kereta dengan dia. Nelayan Seafood by The Coast ini terletak di Tunamaya Beach & Spa Resort. Nak cari tempat ni waze je terus jumpa. Tak payah pening-pening.

A post shared by NUR FARAHAIN (@farahainzfa) on
Sampai je, Ain dah geram nengok pantai depan mata.🌊 Makan pulak seafood yang fresh sambil minum air kelapa. Ya allah , segar betul rasa kan. Sampai 3 biji kelapa ain bedal. 🤪



First starting untuk menu kitorang pada waktu tu ialah Deluxe Combination Platter. Kiranya ni macam isi perut dulu la, next ialah Hong Kong Styled Steamed Red Snapper. Ya Allah sedap betul bila ingat balik kepuasan dan nikmat betul ain meratah kepala ikan. Tak peduli dah sudu garfu terbang ke ape, makan terus pakai tangan. Nasib Sis Lin duduk meja sebelah, kalau tak mesti berebut kepala ikan dengan kita. Hahahaha.


Seterusnya ialah menu Cereal Lobster. Yang ni pun salah satu menu recommended yang korang wajib cuba. Ni first time Ain rasa lobster yang dimakan kriuk kriuk sebab dilumur dengan cereal kan. Ya ampun, memang puas betul woi. Makan pula sebelah dengan kak Hernee. Anak dia kemain suka meratah, umi dia la yang tukang kopek kan. Hahaha.


Selepas dah sedap kita makan lobster, menu seterusnya ialah Braised Seafood Soup With Beancurd Cube. Haa, nak terbelit kan nyebut menu nya. Tapi, tak rugi terbelit lidah korang nak nyebut sebab rasa dia ya ampun sedap betul. Sambil meratah lobster, sambil tu korang menghirup pulak soup ni. Nyum nyum nyum.



Dah penuh makanan seafood dimulut, kenalah cari sayur pulak yer. Hahaha. So, menu seterusnya ialah Brokoli mushroom disajikan sekali dengan Lotus Leaf Rice. Lotus Lead Rice ni dia macam pulut tau. Lastly, basahkan tekak anda dengan Longan Sea Coconut jangan makan semangkuk je, tambah lah dua kali. Baru lengkap sesi makan di Nelayan Seafood By The Coast.


Selamat Hari Jadi yang setahun untuk Nelayan Seafood by The Coast. Untuk semua menu yang disediakan , korang boleh nikmatinya bermula Ogos-Oktober dengan hanya RM758++ untuk 1table(10orang).


Bukan itu sahaja, bermula 1Ogos-30 september ni, korang boleh juga cuba Merdeka Platter dengan hanya RM61nett per set.

Untuk Maklumat lanjut :

 hubungi +607 8833 8888 atau email info.dtbsr@careluxuryhotels.com

Catat Ulasan

5 Ulasan

  1. terbaek menu kat sini. semua nampak sedap :)

    BalasPadam
  2. Adoiii engko update terus kecurr di buatnya Ain oiii..
    Yang sup tu walaaaaa sedap oiii!!!

    BalasPadam
  3. menu semua mengancam.tak pernah makan kat sini lagi tau.
    Janji Kita

    BalasPadam

Blog ini merupakan blog peribadi yang ain jadikan sebagai 'Diary of the day'.Sorry la kadang ain guna, “ain” kadang “aku”.Perasaan membaca ni kadang lagi sedap ber “aku”.Kes itu kita letak terus “akuainkausiapa”.Hahaha.