MASAK NASI GORENG CINA DENGAN PRESSURE COOKER

MASAK NASI GORENG CINA DENGAN PRESSURE COOKER

Haa, baca tajuk masak nasi goreng cina je pun ! Tu pun nak kecoh dalam blog. Hahaha. Uish , ini satu kebanggaan pada aku tau sebabnya aku jarang nak masak nasi goreng cina ni. Selalunya masak nasi goreng main hentam 🤣

Gais , kali ni aku cuba masak guna pressure cooker dari jenama Noxxa yang dijual di Amway. Aku tak nak promot bagusnya periuk ni tapi aku nak cerita hasil eksperimen dan kreativiti skill memasak aku. Peh ! puji diri sendiri nampak .

masak guna pressure cooker dari jenama Noxxa 

As usual , masak nasi guna periuk ni tekan 7 minit je dan setkan ke High Pressure . Biar jela sampai bunyi teet teet.. Settle ! Kenapa tetiba aku nak eksperimen masak guna periuk ni ? Sebabnya kes aku malas nak basuh kuali lain. Hahaha . Bukan itu sahaja, sekarang ni guna dapur elektrik yang payahnya dia tekan-tekan silap tekan jadi lagi lambat tempoh memasaknya.

Sejenis aku ni kalau masak nak cepat dan ringkas janji tekak boleh telan . Makanya, berbalik kepada cerita nasi goreng cina aku tu aku keluarkan letak dalam bekas lain dan terus mula menggoreng. Nah, aku titipkan resepi campak-campak .

Bahan-bahan yang diperlukan 

Bahan - bahan :
  • Nasi
  • Bawang merah , bawang putih (dipotong halus)
  • Ayam (dipotong kecil)
  • Cili padi 
  • Telur
  • Gula
  • Garam
  • Perisa Ajinomoto

Cara-cara memasaknya

Cara-cara:

  • Tekan stir fry dan masukkan minyak. Agak-agak dah panas masukkan semua bawang yang telah di potong tadi
  • Rasa-rasa dah naik bau dan bawang dah nampak garing masukkan cili padi
  • Lepastu masukkan ayam. Jangan risau disebabkan kita guna pressure cooker jadinya ayam tu cepat masak .
  • Nampak macam dah masak ayam tu , pecah kan telur dan masukkan garam,gula, perisa Ajinomoto
  • Letakkan nasi dan kacau rata.
  • Nampak macam sedap je tu, kira siap lah hidangannya.

Mungkin resepi ni tak ada lah macam nasi goreng cina sangat , dah aku tekak melayu tiber letak cili padi . 🤣 #tekakmelayumemangnakpedas #sorrykepadapeminatnasigorengcina

Catat Ulasan

1 Ulasan

Blog ini merupakan blog peribadi yang ain jadikan sebagai 'Diary of the day'.Sorry la kadang ain guna, “ain” kadang “aku”.Perasaan membaca ni kadang lagi sedap ber “aku”.Kes itu kita letak terus “akuainkausiapa”.Hahaha.