NAH AKU BAGI KAD RAYA!

10:30:00 AM

NAH AKU BAGI KAD RAYA!

kad raya kenangan 90an
Zaman dulu benda ni lah kenangan terindah. Padahal bagi depan-depan je. tak yah nak pos sangat!
Kalau tengok sekarang dah jarang orang nak bagi kad raya kan. Tiber kan kau ain cerita pasal raya. Raya krismas ke ape ni? Dah hujung tahun ni kan. Hahaha. Jawapannya ialah kita nak sembang throwback lah. Kisah zaman sekolah generasi budak-budak 90an. Beberapa hari lepas kawan sekolah Whatsapp benda peninggalan sejarah woi.
kad raya kenangan 90an

Kau jangan gelak Ain!

"Kau jangan gelak Ain" Whatsapp dia kepada aku. Kawan aku ni nama dia Fatin Atiqah. Aku start rapat dengan dia masa hujung-hujung tingkatan 2. Pastu masa tingkatan 3 dia duduk sebelah aku. Tulisan dia ni sumpah unik gila. Aku ni jenis pemalas nak tengok papan hitam. So,kalau waktu kena salin apa yang ditulis dekat board tu aku suka tengok dia la. Sebab aku duduk tepi tingkap. (Kuat berangan merenung masa depan) ahahaha. Dah aku cakap tulisan dia unik, kadang-kadang aku copy membabi buta je weh. Pastu dia tanya aku balik, "kau faham ke ?" Hahaha. Dasar copy membabi buta memang haram tak faham.

Lepas tingkatan 3 kitorang pindah sekolah. Pindah ke Teknik Perd JB. Tapi kitorang tak sama course. Dia ambil kejuruteraan awam , aku ambil perdagangan. Tapi kitorang boleh la selalu terserempak. Weh, ain kau ni nak bercerita pasal kad raya kan tadi. Huraian benda lain kemain panjang. Hahaha. Okay, sambung balik bab kad raya. Aku rasa dari darjah 6 kot aku dah start bagi kad-kad raya ni kepada kawan-kawan terdekat. Setiap tahun bagi pada yang sama.
kad raya kenangan 90an
Are-in , frens 4 evar!! kau tengok ayat budak Myspace.
Padahal member duduk sebelah je, kemain siap bagi kad raya. Paling tak boleh blah siap bubuh semua nama keluarga. Hahaha. Dahtu nama aku dulu nak kena sebut sebagai Are-in okay.

Are-in okay! 

Kau rasa? . Dasar budak Myspace macam gitu la. Hahaha. Weh , benda kad raya ni sangat nostalgik kan. Jujurnya dulu aku masih simpan weh. Setiap tahun kalau bosan aku baca semula kenangan zaman sekolah lah katakan. Itu belum lagi bab baca surat bila bergaduh dengan kawan-kawan. Hahaha. Tapi, aku dah pun buang kesemuanya. Sebab aku dah kosongkan bilik aku. Rasa macam biarkan jela memori itu dalam hati. Cehwah!
kad raya kenangan 90an
Alamat rumah kau aku tak tau, setem beli sendiri. Hahaha

kad raya kenangan 90an
kau tengok...siap highlight kaler pink dengan sign pun kaler pink.

Sebenarnya best kan bila kita dapat benda-benda macam ni, its so sincere! Walaupun berapa sen sangat je kad ni kan dengan setem nya lagi. Arggghh, rindu pulak zaman sekolah dulu. Sedar tak sedar , dah 10 tahun Nur Farahain meninggalkan zaman persekolahannya. (Kita sedar kita dah doploh tujuh)  Sekian melaporkan dari bilik berita Bandar Baru Uda untuk kengkawan Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Baru Uda 😆~ are-in

You Might Also Like

6 comments

  1. menarik kan....dulu dulu selalu juga dpt kad raya...

    ReplyDelete
  2. Akak pun selongkar kotak dalam bilik mak akak sebelum majlis kawen adik akak bulan 7 ri tu..bertimbun kad raya..ke unggun api jugak semuanya are-in...😜

    ReplyDelete
  3. Aku pun pelikkk da rayaaa keeee hahahah, jom ain raya tahun depan. kite tukar2 kad rayaaaaa

    ReplyDelete
  4. Pergh tulisan ko pun hipster gak ek..
    Dengan sign ko lagi, perghh putar belit siap uturn seyyyy... hahahaha

    ReplyDelete
  5. Hai, follow balik blog saya boleh yaa, https://henlistiya.blogspot.com/ sincerely, Hen

    ReplyDelete

Blog ini merupakan blog peribadi yang ain jadikan sebagai 'Diary of the day'.Sorry la kadang ain guna, “ain” kadang “aku”.Perasaan membaca ni kadang lagi sedap ber “aku”.Kes itu kita letak terus “akuainkausiapa”.Hahaha.Untuk sebarang pertanyaan anda boleh menghantar terus ke email peribadi ain iaitu : nurfarahain91@icloud.com