ANAK JIRANKU MENANG PERTANDINGAN HAFAZAN & PENULISAN JAWI

PERTANDINGAN HAFAZAN & PENULISAN JAWI

ANAK JIRANKU MENANG PERTANDINGAN HAFAZAN & PENULISAN JAWI


Yes, i told you gais.. I already have a kid readers dekat akuainkausiapa ni. So, blog aku ni tak boleh lah ada unsur-unsur tak senononh yer! Hahaha. Kena ada penulisan yang catchy dan sesuai dengan pembaca cilik aku itu. Terima kasih adik-adik Kak Ain yang sudi singgah disini. Dekat sekolah tolong promot dekat kawan-kawan yer! Nanti Kak Ain teman jenjalan lagi. Hahaha.

So, ini kisah few weeks ago. Alhamdulilah, dekat kawasan kejiranan tetangga sini buat program Maulidur rasul. Tapi ceramah dan selawat nya pada waktu malam. Waktu pagi bergotong royong dulu. Manakala sebelah petang nya pula diadakan pertandingan hafazan dan penulisan jawi ni.
PERTANDINGAN HAFAZAN & PENULISAN JAWI
Anak-anak jiran ku!
PERTANDINGAN HAFAZAN & PENULISAN JAWI
Kemain diorang berkomplot ke ape duduk dekat-dekat, masing masing bolot no 1-3

PERTANDINGAN HAFAZAN & PENULISAN JAWI
Tulisan jawi Fahrina

PERTANDINGAN HAFAZAN & PENULISAN JAWI
Tulisan jawi Asyira

PERTANDINGAN HAFAZAN & PENULISAN JAWI
Tulisan jawi Farisya

Time ni pula aku ada kelapangan waktu, tapi sedihnya pada waktu malam pula ada food review di Lemon Tree. So, petang selepas zohor masing-masing memang dah terlebih excited bagi salam kemain kuat dekat rumah kak Ain diorang ni. Kita dah kata pukul 3 eh pukul 2 dah bagi salam. Kau rasa? Hahahahaha. Opps, they are reading gais! 🙊

Sampai je dekat tempat KRT kitorang tu, aku pun start la membawang (alamak ! tak ada pisau dengan papan memotong) so aku tak join ler makcik-makcik yang tengah memotong bawang! Hahaha. Aku ingatkan potong-potong bawang ni pada waktu pagi. Datang situ memang lenggang kangkong jelah orang kata. Tak kan nak datang situ setakat tayang muka, that was not me. Aku pun tolong lah angkat meja dan tolong arrange kan untuk pertandingan kanak-kanak ni.
PERTANDINGAN HAFAZAN & PENULISAN JAWI
Mama diorang sebagai pengacara majlis. tiber!


PERTANDINGAN HAFAZAN & PENULISAN JAWI
Farisya sedang hafazan

PERTANDINGAN HAFAZAN & PENULISAN JAWI
Farhrina sedang hafazan

First angkat meja dan kerusi, dah sesiap tu okay “murid-murid semua ambil tempat duduk masing-masing” Hahaha. So, bermula la pertandingan penulisan jawi tu. Selepas dah habis , diteruskan pula dengan pertandingan hafazan. Kelakar pula diorang ni “kak Ain, kita neves tau nak hafazan tu” 😂. Kak Ain kau pun neves kalau nampak mikrofon. #takbaikmenipuanakjiran 

Penyampaian hadiah pula diwaktu malam, tapi nasib baik abang aku wakil. Kemain diorang kaya raya waktu tu sebab menang. Si Asyira menang tempat kedua penulisan jawi. Si Fahrina menang tempat pertama penulisan jawi dan tempat kedua hafazan. Manakala si kecik Farisya menang tempat ketiga untuk kedua-dua pertandingan tu. Kemain diorang! Hahaha. 
PERTANDINGAN HAFAZAN & PENULISAN JAWI
Tengok diorang muka bangga tengah kaya time tu
Seronok tengok diorang dapat berkumpul dengan kawan-kawan jiran memasing. Zaman Kak Ain dulu ramai jiran geng lelaki. Gasak ler tengok main digimon , main gasing sesama. Sebab tu perangai aku macam boyish sket! Hahaha

2 comments:

  1. Alhamdulilah..
    Tahniah Kakak kawasan BBU ...

    ReplyDelete
  2. Teringat lagi peristiwa diorang menahan kak ain daripada pergi lemon tree..hahhaha

    ReplyDelete

Blog ini merupakan blog peribadi yang ain jadikan sebagai 'Diary of the day'.Sorry la kadang ain guna, “ain” kadang “aku”.Perasaan membaca ni kadang lagi sedap ber “aku”.Kes itu kita letak terus “akuainkausiapa”.Hahaha.Untuk sebarang pertanyaan anda boleh menghantar terus ke email peribadi ain iaitu : nurfarahain91@icloud.com