MUDAHNYA MENJEMPUT REZEKI

MUDAHNYA MENJEMPUT REZEKI

Buku Mudahnya Menjemput Rezeki

MUDAHNYA MENJEMPUT REZEKI

Assalamualaikum dan hello semua. Straight forward to the point , buku ni sebenarnya dah lama aku perasan , dah lama aku tahu , dah lama aku sedar tentang ini. Tapi! Tuhan belum buka kan pintu hati aku untuk membaca. Aku rasa aku dah perasan buku ni since awal-awal lagi masa buku ni viral. 

Lebih kurang 2013 gitu aku dah sedar dah kewujudannya. Macam mana aku tahu? Waktu tu aku memang ghairah kata orang , hahaha senang kata semangat terlebih nak berjinak dalam bidang perniagaan.  Tentu lah kita memang dah sedia maklum nak cari rezeki sendiri. Tak sama macam makan gaji. 

Lagi pulak waktu tu, aku dikelilingi dengan ramai geng-geng bisnes so pemikiran kami memang struggle especially nak bangunkan bisnes. Ya Allah , dah lama aku perhati buku ni. Tapi, tidak ada sedetik keinginan pun aku nak membaca dan mendalaminya. Tahu sebab apa?Aku dah tahu semua benda tentang magnet menarik rezeki.

Solat , sedekah , blah blah blah pada aku tu semua aku dah biasa dengar! (statement bukan ego) Tapi itu fakta. "Ain kalau kau nak kaya, kau kena buat itu ini..." Its too common for me to hear that. In fact, bercakap tentang financial knowledge or investment ke, sekali lagi aku nak cakap aku dah pernah dengar semua tu.

Aku bukan nak riak gais tapi aku bersyukur dalam pada waktu aku sebenarnya jatuh, tapi pada waktu tu lah Allah educate aku dengan 'future knowledge' yang mungkin orang sebaya aku pada waktu tu tak tahu.  Anyway, back to the book , finally, hati aku tergerak nak baca buku ni.

I guess its 5 years later baru Allah gerakkan hati aku. Hahaha. Macam mana aku boleh tergerak hati nak baca? Korang boleh baca 24 jam bersama geng katak . Sis Lin yang pinjamkan buku ni dekat aku. Pada mulanya , dalam hati aku dah terdetik "ala buku ni.. aku dah nampak lama dah!"Hahaha. Ego betul kau ehk Farahain!

Tapi satu ayat yang keluar dari mulut Sis yang buat aku rasa macam deep "Ain , kau dengan abang kau kan bisnes.. Buku ni bagus tau..baca lah"

Gais, ayat simple macam gitu je. Aku terus rasa macam "sesuatu" betul yang ingin disampaikan oleh Sis sebenarnya. Tapi, hati aku masih "sure tak sure" nak baca ke tak. Sampailah before nak gerak balik ke rumah tuh tangan aku tetiba laju capai buku ni. 

Tahu apa yang sangat mendalamnya buku ini? Yang memang menyentuh hati dan perasaan aku ialah pada bab " Menjemput rezeki dengan mendoakan orang lain"

"Bukanlah orang yang gagah itu, orang kuat bertinju. Akan tetapi orang yang gagah adalah orang yang dapat mengawal diri ketika marah"
Lalu apa kaitannya kan dengan mendoakan orang lain?
Mendoakan orang lain memanglah mudah, apabila kita berada dalam keadaan aman tenteram. Cuba kita doakan orang yang pernah membuat hati kita luka, bagaimana?

Bab ini memang rumusan daripada "sesuatu" yang aku cari. Sesuatu yang sebenarnya mahu Tuhan sampaikan kepada aku. Tapi dia hantarkan hambanya iaitu Sis Lin untuk mendorong aku membacanya. Ya Allah, berderai air mata aku bila baca bab ini.

Dulu, kalau yang kenal aku ni siapa tahu lah yang aku ni "pemanas" orangnya. Aku jenis cepat melenting. Panas baran senang cakap. Bukan itu sahaja, aku ni jugak jenis manusia yang "tak nak kalah" semua je dia rasa dia betul. Aku bukan pendendam tapi aku susah nak maafkan orang. Hahaha. Pendendam ke tu? Dia macam satu sifat yang orang tu salah dengan kita , tapi kita tetap kata kita betul dan memang tak ler nak mintak maaf nak bertegur. That is Farahain!

Tapi, reflect back to myself aku sedar yang semua itu terjadi punya sebab yang tersendiri. Ya Allah, buruk betul perangai aku ni kan. Kadang kita tak sedar , perangai kita rupanya penghalang terbesar untuk mendapat rezeki dari Dia Yang Maha Kaya itu.

Terima kasih Sis sudi pinjamkan buku ini. Semoga dengan usaha Sis kasi Ain pinjam ni, I'm getting better.. the best person di sisi Allah. 

4 comments:

  1. Asalam..sama lah buku tu buku saya juga begitu..best baca..

    ReplyDelete
  2. Allahuakbar...
    Kita sama aje Ain, Ain sendiri yang kena buat keputusan pada diri Ain, Sis hanya mampu membantu sebagai kawan dan merangkap sebagai IBU..usaha, tawakkal, istiqomah, insyaAllah semuanya akan baik-baik aja..

    Sis suka satu qoutes ni:
    Don’t wait until everything is just right. It will never be perfect. There will always be challenges, obstacles and less than perfect conditions. So what. Get started now. With each step you take, you will grow stronger and stronger, more and more skilled, more and more self-confident and more and more successful. - Mark Victor Hansen

    ReplyDelete
  3. suka buku ni.. rasanya memang hit. mak yang beli kita kidnep jap baca.
    betapa mudah sebenarnya tapi kita kadang2 lalai. semoga murah rezeki kita semua =)

    ReplyDelete
  4. aku pun suka buku ni..mana tah buku aku dulu..ade dalam kotak kat kampung kot no..

    tapi aku nak tegur satu je ain..ko memang buat tulisan entri ni kecik besar kecik besar ke?

    tiberr aku kuar topik

    ReplyDelete

Blog ini merupakan blog peribadi yang ain jadikan sebagai 'Diary of the day'.Sorry la kadang ain guna, “ain” kadang “aku”.Perasaan membaca ni kadang lagi sedap ber “aku”.Kes itu kita letak terus “akuainkausiapa”.Hahaha.Untuk sebarang pertanyaan anda boleh menghantar terus ke email peribadi ain iaitu : nurfarahain91@icloud.com