PANGGILAN YANG PALING DIRINDUI

akuainkausiapa
Sorry , gambar tengah cakap tepon tak de cuma yang ade gambar tengah tangkap gambar makanan. Hahaha

PANGGILAN YANG PALING DIRINDUI

Aku pernah ternampak Kak Sunah bercakap telefon dengan mak nya , aku ternampak Sis Lin membalas whatsapp anak nya , anak nya cakap "I feel so sad. wanna hug you". Sis Lin terus menelefon anaknya. Aku? Mampu melihat sambil tersenyum. Namun jauh dari dalam sudut hati kecil aku tersimpan rasa itu.

"Ibu Yang Tersayang"

Aku save nombor telefon itu di contact aku. Sungguh , panggilan ini yang paling aku rindui. Sangat rindui! Sebab dulu hari-hari aku dapat panggilan ini. Tengok dalam list call memang panggilan ini wajib tersenarai. 

Ini cerita zaman lepas, bukan niat untuk ditangisi. Tapi sebagai kenangan yang aku terdetik mahu diabadikan di diari online ku ini. Aku belajar jauh dulu. Setiap hari , panggilan ini mesti ada. Walaupun hanya beberapa minit. Walaupun hanya sepatah dua. Dia selalu tak henti menghubungi aku.

"Ain dah makan?" , "Ain tengah buat ape?"

As simple as that , itu sudah mampu membuat hari aku ceria. Itu sudah mampu menambah energi hari-hari aku. Gila kan? 
"Bila last korang call ibu korang?"

Jangan jadi macam aku.. Aku tetap tak akan dapat panggilan itu lagi.. Kerana dia sudah lama pergi meninggalkan aku. Sekali lagi aku tanya, 

"Bila kali terakhir korang tepon mak korang?"

I love you Ibu, You're always in my heart.
Nor Fatimah Binti Ismail
27 April 1959- 17 November 2013

Catat Ulasan

16 Ulasan

  1. jarang call sbb hari minggu mesti berkampung kat rumah dia.hihi

    BalasPadam
    Balasan
    1. hehehe..okay lahh tuuu.. as long as sentiasa keep in touch dgn dia kan. 🤗

      Padam
  2. Hari-hari balik rumah....rasa sebak...bila teringat kadang terlepas cakap kat mak...huuuu

    BalasPadam
    Balasan
    1. heheehhhe.. nonaa manis jgn lupa borak dengan mak wpun sekejap..

      Padam
  3. sedihnya, selalu jugak wasap mak..saya rindukan arwah adik saya...rindu sgt2..

    BalasPadam
    Balasan
    1. ermm, boleh dirindui cuma jgn diratapi yg sudah tiada...skrg senang dh kan ade WhatsApp.. boleh video call.

      Padam
  4. Just like my father.. "dah makan?" , "duit ada lagi ke tu?" 😅 Tapi tetap bagitau dah ada. And now semua tu tinggal kenangan. Arwah ayah yang baik 😭😭 Keep strong beb. We shared the same feeling.

    BalasPadam
    Balasan
    1. kannn... betul2 .. ayah hang memang selalu ingt kat hang kan.. wpun dia xsihat sangguo start motor pi rumah sewa kita.. lesen mati pun redah jugak.hahahaha. insyallah.. aku strong beb !! 🤗🤗🤗🤗

      Padam
  5. CT faham.. i wish the same terjadi for me untuk my late father. hari2 memang akan call each other lagi2 kite sorang ja. xpee insyallah sampaikan doa rindu buat ibu disana. dia tahu anak nya rindu =')

    BalasPadam
    Balasan
    1. insyallah...akan sentiasa doa untuk ibu ain. 🤗😍😍

      Padam
  6. semoga perkara yang baik-baik saja yang berlaku....

    BalasPadam
    Balasan
    1. amin amin.. sama kita doakan yang terbaik kan 💜

      Padam
  7. akak pun rinduuuuu sangat dengan arwah mak.. ����������

    BalasPadam
    Balasan
    1. hmmm tu lahh . xpe kita doakan yer utk dia.🤗

      Padam
  8. ko nak aku kol ko ari2 masa ko tengah masak kat dapur?

    BalasPadam
    Balasan
    1. hahahaahhaah...tak kusyuk nanti nak masakk kang

      Padam

Blog ini merupakan blog peribadi yang ain jadikan sebagai 'Diary of the day'.Sorry la kadang ain guna, “ain” kadang “aku”.Perasaan membaca ni kadang lagi sedap ber “aku”.Kes itu kita letak terus “akuainkausiapa”.Hahaha.