LEPAS GIAN MAIN ROLLER COASTER DI LEGOLAND

legoland malaysia

LEPAS GIAN MAIN ROLLER COASTER DI LEGOLAND

Ceritanya begini. Kami semua terlibat untuk event media invitation sempena LEGO City 4D Movie. Nah, sekali tengok kitorang dapat combo ticket all access. Uish begitu teruja sekali rasanya. Selepas dari launching 4D Movie tu , kami makan tengah hari dulu memandangkan organizer menyediakan makanan. Apa lagi bedal lah kenyang-kenyang.

Selepas itu, tetiba kitorang semua sebulat suara nak lepas gian dekat sini memandangkan dapat tiket free kan. Alang-alang gunakan lah sepuasnya. First kitorang naik tower dulu. Dekat sini kita boleh nampak the whole Legoland itu dari pandangan yang lebih tinggi. Ee, seronok sangat seketul Farahain waktu itu. 
lego 4d movie legoland malaysia
Kami bergambar di depan Lego 4D Movie

legoland malaysia
Muka bahagia kekenyangan
legoland malaysia
tengah tunggu nak naik tower. Kesian Mak Lin dengan Kim tertinggal di bawah. Bye kak Hernee nak balik dah~
Kan tadi dah makan kenyang-kenyang serta badan pun dah terlebih kandungan gula, Jom kita serbu naik roller coaster pula! Fun fact about me, aku ni sebenarnya takut gayat! Hahaha. Perasaan ni datang disebabkan oleh badan aku yang gemuk. Aku dulu paling takut macam mana la ehk kalau aku terjatuh dah la gemuk. Hahaha. Dah la berat siapa je yang boleh angkat aku nanti. Sampai begitu sekali overthinking aku!

TAPI , i need to fight that fear!

 Itulah semangat seketul Farahain. Hahaha. Apalagi, cuba je la naik roller coaster tu. Semua roller coaster yang aku naik sebelah aku mesti ada si Fara didi. Gasak la pekak telinga dengar aku jerit! Hahaha. Paling siot si Mak Lin tu dok saiko kitorang roller coaster tu begini la begitu lah. Siap jerit mengilai lagi masa dekat atas tu. Siot!  Tips to fight that fear : cuba tengok kanak-kanak disekeliling kita pada waktu itu. Diorang yang kecil pun tak takut siap repeat banyak kali lagi naik roller coaster , tak kan kita yang besar gedabak ni nak takut jugak? Khenn.. 
roller coaster legoland malaysia
Ko tengok MAK LIN dia punya lompat!
 
roller coaster legoland malaysia
Eee, ni paling best!

legoland malaysia
Kanak-kanak ribena keriangan selepas naik roller coaster
Ikutkan hati nak jugak main water park. Basah pun lantak lah tapi waktu pun dah petang. Insyallah nak repeat lagi datang sini nak lepaskan gian sepuasnya. By the way , terima kasih kepada Sis Lin bertindak sebagai ketua rombongan sekolah pada waktu itu serta ketua jurugambar sepanjang kanak-kanak ribena yang bernama Farahain ni melepasi cabaran roller coaster nya! Muah ciked.
sislin
Sis Lin ketua rombongan. HAHAHA

8 comments:

  1. jauh nau ko punya imaginasi jatuh gedebuk tu yee..hahahahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahhahhahaa... Yelahh.. Orang gemuk mesti punya rasa yang sama macam tuh..hahahhahah 😆😆😆😆😆

      Delete
  2. Hahaha sengal..kalau jatuh cepat-cepat aku bawak galah rambutan, nak jolok ko tersepit hahahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahahhahhahahaahhahahaha sengallllll.... Siap nak bawak galah. 😂😂😂😂😂😂😂

      Delete
  3. seronoknya dapat bersama rakan blogger bergurau senda..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul.. Seronok sangat... 😍😍😍😍

      Delete
  4. terngiang ngiang mak lin mengilai kat roller coaster :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu lerrr.. Patutnya kite salotape je mulut dia.. Hahahhahaha..

      Delete

Blog ini merupakan blog peribadi yang ain jadikan sebagai 'Diary of the day'.Sorry la kadang ain guna, “ain” kadang “aku”.Perasaan membaca ni kadang lagi sedap ber “aku”.Kes itu kita letak terus “akuainkausiapa”.Hahaha.Untuk sebarang pertanyaan anda boleh menghantar terus ke email peribadi ain iaitu : nurfarahain91@icloud.com