BERJALAN LEBIH 3000 LANGKAH BERSAMA BFF ANAK JIRAN

Image may contain: 4 people, including Nur Farahain, people smiling, selfie, closeup and outdoor

BERJALAN LEBIH 3000 LANGKAH BERSAMA BFF ANAK JIRAN

Pada hari sabtu haritu , aku pergi menghadiri seminar anjuran Agensi Anti Dadah dan dapat stay cation 2 hari 1 malam di hotel Millesime yang terletak sebelah Columbia Hospital. Pada hari sabtu itu pula , bff anak jiran aku ni menghadiri kem motivasi di masjid dari pagi sampai ke petang. Memandangkan kami dah lama tak spent masa bersama , so aku ambil diorang balik dari kem dan waktu tu diorang lapar. Puas fikir nak makan dekat mana la lagi pula hari sabtu kan , pusing punya pusing makan jela dekat Medan Tepian Tebrau. Pastu Aliyah sempat tapau burger.
Image may contain: 2 people, people smiling, hat and closeup
Muka dua ketul budak yang baru balik kem motivasi. Kah!
Selepas selesai makan , perut pun dah kenyang Aliyah ajak pusing-pusing ambil angin dulu. Aku ni pening juga fikir nak lepak mana lah ehk sebab cuaca kemain panas berdenting dan kebetulan diorang nak sangat tau Villa Nabila tu sebenarnya dekat mana. Aku pun drive selow-selow dan tunjuk dekat mana lokasi sebenar. Pastu aku terfikir yang aku kena banyak bergerak ni, walaupun sebenarnya aku memang terasa agak penat sebab tidur tak cukup. Kihkihkih. Tapi, sebab program tu banyak makan dan boleh tahan aku mencekik sepanjang 2 hari 1 malam lalu aku membuat keputusan untuk berjalan kaki di Taman Merdeka . 

Walaupun tengah dalam construction , tetapi ruang untuk berjoging dan beriadah masih dibuka untuk kegunaan orang awam. Kalau nak joging memang tak ler kan waktu tu. Tapi , berjalan kaki memang sangat lah sesuai lagi-lagi badan dah banyak isi dengan makanan kan. Pusing punya pusing tak sangka boleh lebih 3000 langkah juga. Peh tu baru 1 round. Aku rasa kalau buat 3 4 round boleh cecah 10,000 langkah. Tapi , waktu tu pulak dah lewat petang. Aku belum solat asar. 
Image may contain: 2 people, people smiling, tree, grass, child, outdoor and nature
Boss kecik dengan pakai baju jubah slumber je dia.
Image may contain: 1 person, outdoor
Berlakon sampai tergolek-golek. 
Nyempat ler juga kami duduk di depan tasik makan kongsi-kongsi seketul burger yang Aliyah tapau tu dan nampak banyak ikan keli dalam tasik tu. Gemuk-gemuk woi. Kitorang ni dah la peminat ikan keli. Nak aje mancing dekat situ. HAHAHA. Masalahnya , reti pulak mancing dan siang ikan keli tu. Oh lupa nak bagitau , hari tu juga aku melayan perangai terlebih gula diorang tu dengan rekod video lakonan pendek. Diorang berlakon memang kelakar gila. Si Aliyah siap tergolek-golek sebab kena tembak dengan Asyira. Hahaha.

Catat Ulasan

4 Ulasan

  1. 3000 langkah ye takpe, jangan langkah bendul jer hahahahaha #Eh ...

    BalasPadam
    Balasan
    1. hahahahahaaa.. langkah bendul ,,kak ain dorang ni nak mintak hadiah.🙊🤣

      Padam
  2. ape la dialog dak aliyah tu sampai terbaring2 tu..hahahahahaha

    BalasPadam
  3. kalau dapat hari² 3000 langkah kan best..ni sehari kena turun naik tangga opis berkali² nampaknya..

    BalasPadam

Blog ini merupakan blog peribadi yang ain jadikan sebagai 'Diary of the day'.Sorry la kadang ain guna, “ain” kadang “aku”.Perasaan membaca ni kadang lagi sedap ber “aku”.Kes itu kita letak terus “akuainkausiapa”.Hahaha.