3 HARI 2 MALAM DI KELANTAN YANG MENYERONOKKAN

akuainkausiapa

3 HARI 2 MALAM DI KELANTAN YANG MENYERONOKKAN
Alhamdulilah, pada 12-14 April Ain dan beberapa rakan media dari Negeri Johor telah mengikuti Fam Media Trip ke Kelantan bersempena dengan Surfasting Tour. Kami bertolak dari JB seawal jam 5 pagi. Wow, perjalanan mengambil masa yang boleh tahan lama. Dasyat sungguh. Sepanjang berada di sana, ianya meninggalkan satu pengalaman yang indah. Apa yang aku pelajari di sana? Indahnya keseniaan dan kebudayaan. 

Aku memang sukakan pada semua yang berkait rapat tentang seni! Some people said that , art cannot be sold! Tapi orang macam aku ni percaya yang art itu boleh dijual! Its how you present to the right people and the people who believe your art. Gituww yer Farahain balik dari Kelate kecek english ke.Kah! (tiber rasa poyo sket nak speaking london) 

Pada hari pertama , sampai je di Kelantan mata aku banyak tertumpu pada ruang-ruang iklan di billboard  , banner dan bunting. TULISAN JAWI! Wow, ianya satu perkara yang sangat unik. Terkial-kial aku nak membacanya. Walaupun dekat iklan tu siap letak lagi ejaan dalam melayu ataupun english. Tapi, mata kita akan tetap tertumpu pada tulisan jawi. (Walaupun aku banyak membuta tapi nyempat juga buat market observation okay) hahaha. 🤣

Next, pada hari kedua aku menyaksikan persembahan MakYung di Jabatan Keseniaan dan Kebudayaan Kelantan. Impressive! Walaupun aku ni tak ade la faham sangat bahasa ore kelate tapi nasib ler dulu pernah ade roomate orang kelate, so faham ler jugak. Aku rasa wow giler pada effort JKKN untuk buat tayangan secara terbuka kepada orang awam dan rakyat Kelantan. Aku pasti ore kelate mesti rasa bangga dengan adanya persembahan-persembahan kesenian sebegini. Bukan makyung sahaja ada juga wayang kulit dan sebagainya.

Pada hari ketiga , aku dibawa ke galeri Wau dan tempat mencetak dan menghasilkan batik. One word to say , Colorful! Tiber speaking balik.Hahaha. Aku ni pulak jenis manusia yang suka kan warna warni. Makanya aku sangat ler excited. Oh lupa , masa malam kedua juga kitorang sempat cuci mata di Wakaf Che Yeh. OMG , very the kalerful woi tudung-tudung dan kain pasang serta baju dekat situ. Tu belum cerita blink-blink nya lagi. Nasib aku ni dah mampu kawal perasaan shophaholic aku ni. Kalau tak mampus memborong sebanyak yang mungkin. Hahaha.

Cukup la sampai sini je aku story okay. Actually penat tu masih tak habis lagi.. Nanti aku cerita lagi lebih details. Terima kasih pihak Tourism Malaysia kerana memberi peluang ini kepada seketul Farahain ni. 💕 

16 comments:

  1. untung ler dapat Cuti-cuti Malaysia di Kelantan..

    pengalaman yang mahal tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehehhee.. eh orang sarawak lagi best naik ✈️

      Delete
  2. Negeri Cik Siti Wan Kembang ni antara destinasi fav akak. Samalah kalau datang sana, suka nak baca signboard jawi dia lagi2 la yg bahasa cina atau inggeris dieja dalam jawi 😂😂😂

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahahaah..kann . time tu lerr nak mengaku dulu sekolah agama sampai darjah khas. 🤣🤣🤣

      Delete
  3. seronok dapat meneroka Negeri Kelantan ni.Banyak tempat menarik yang kita belum terjah kan..Bestlah ain dapat peluang ni..Pengalaman paling berharga tau

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul ...sangatt berhargaa.. ain nk dtg sini lagiii.. 😍😍😍

      Delete
  4. Replies
    1. okay.. nanti komfom repeat lagi dtg kelate 🤩🤩🤩

      Delete
  5. byk tempt mkn best kan kat sana

    ReplyDelete
    Replies
    1. aaahh..byk sgt sampai tak boleh dh nk sumbat 🤣🤣🤣

      Delete
  6. Kelantan kaya dengan makanan...macam nak pecah perut makan dan makan hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. eeeee rseee serraaammm dan fobia kess sakit perutt tuhh 😂😂😂

      Delete
  7. Yeahh..memang semua jawii jer kan...aku pernah dtg sana...teruja jugak sekejap. Ahaha... Pastu jumpa kerrta no plat siam....lagi teruja..kelakor nok.ahahahaha.... Nice...nice. .

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahahaahh no flat siam pon ko kelako non.. ko ingt tu tulisan jawi ke ? 🤣🤣🤣🤣

      Delete
  8. Wahhh bestnyaaa pergi galeri wauuu 😍

    ReplyDelete

Blog ini merupakan blog peribadi yang ain jadikan sebagai 'Diary of the day'.Sorry la kadang ain guna, “ain” kadang “aku”.Perasaan membaca ni kadang lagi sedap ber “aku”.Kes itu kita letak terus “akuainkausiapa”.Hahaha.