HARI PERTAMA AKU DI KELANTAN

Image may contain: 7 people, including Nur Farahain and Richard Goh, people smilingImage may contain: 7 people, including Nur Farahain and Richard Goh, people smilingImage may contain: 7 people, including Nur Farahain and Richard Goh, people smilingImage may contain: 7 people, including Nur Farahain and Richard Goh, people smiling

HARI PERTAMA AKU DI KELANTAN

Selepas merempuh cabaran pengembaraan dari Johor Bahru ke Kelate, kami selamat juga sampai. Bayangkan call time pukul 5 pagi, memang serabai habis aku. Lantak la serabai ke, yang penting selamat sampai. Baru la aku dapat rasa perasaan orang nak balik kampung yang terpaksa hadap perjalanan yang jauh. Pheew. Berbalik kepada tajuk , untuk hari pertama kami sampai pada petang. Dah nak masuk waktu hitea katanya.

Sampai je kami check in menginap di Sudara Beach Resort . Kami makan dulu sebelum untuk mengisi perut sebelum masuk ke bilik. Pada sebelah petang pula, kami di bawa ke Akademi Nik Rashiddin yang terletak di Jalan Tok Bali , Bachok Kelantan. Dari resort yang kami menginap dekat je dengan Akademi ni. Apa yang ada disini?

Image may contain: 7 people, including Nur Farahain and Syed Mohd Shahmi, people smiling, people sitting, table and indoor

Akademi Nik Rashiddin (dikenali sebagai Pusat Sumber Kandis) ditubuhkan pada tahun 2000. Ia merupakan pusat untuk pengetahuan tradisional dan pemeliharaan warisan Melayu.

Ditubuhkan oleh Nik Rashiddin Hj Nik Hussein, yang dilahirkan dan dibesarkan di Kota Baharu dalam semangat seni dan kraf tradisional Melayu Timur Laut. Keris Tajong, sebagai simbol dan identiti orang Melayu adalah sinonim dengan karyanya. Indah diukir, keris secara fizikalnya unik dengan nilai-nilai intrinsik tersembunyi.

Image may contain: 11 people, including Syed Mohd Shahmi, Nur Farahain and Richard Goh, people smiling, people standing

Terletak berhampiran pantai di Kg Kandis di atas tanah seluas 6 ekar, ia dikelilingi oleh rizab semulajadi pantai dan seni bina di dalam kampung petani dan nelayan. Aroma dan tumbuh-tumbuhan terapeutik meningkatkan landskap, yang direka kondusif untuk tempat perlindungan Woodcarvers.
Pusat ini menawarkan pakej pelancongan, aktiviti penyelidikan dan perundingan mengenai seni ukiran kayu untuk semua lapisan kehidupan termasuk pelajar dari peringkat rendah, menengah dan tinggi, sarjana, artis, artis, penyelidik dan pencinta seni
(sumber : Akademi Nik Rashiddin)

Image may contain: 4 people, including Fazryn Nabila Anuar and Nur Farahain, people smiling, people sitting, table and indoor

Selepas itu kami pulang semula ke resort dan pada malamnya kami dinner santai disitu. Hari pertama banyak dihabiskan  untuk perjalanan sampai ke Kelantan. Nantikan cerita hari kedua pula ye. 🤠

Catat Ulasan

8 Ulasan

  1. Ain..nnt dtg lagi yer..:)

    BalasPadam
    Balasan
    1. insyallah ... akan datang lagi..sebab tak habis menjelajah lagi negeri kelate tuu..heheheh..

      Padam
  2. jangan lupa: malam itu kami disajikan dengan karaoke daripada seketul ain

    BalasPadam
    Balasan
    1. bahahahahhaa...tiadaaa lagii yang ku harapkannn... hahhahaa

      Padam
  3. Hahahahaa lepas menjamu selera, menjamu telinga pulak kan...
    Madu tiga kan Ain hahahahahaha

    BalasPadam
    Balasan
    1. ajee gilerrrr pak hajiiiiii naik pentasss terusss dua laguu tak benti. hahahhaa..

      Padam
  4. wahh bestnye berjalan2.. nak ikutttttt

    BalasPadam
  5. aiskrim potong memamg sedap

    BalasPadam

Blog ini merupakan blog peribadi yang ain jadikan sebagai 'Diary of the day'.Sorry la kadang ain guna, “ain” kadang “aku”.Perasaan membaca ni kadang lagi sedap ber “aku”.Kes itu kita letak terus “akuainkausiapa”.Hahaha.