Saya Suka Join Contest , Giveaway !


Ain tengah open for joining contest , giveaway , segmen . TAPI dekat FACEBOOK , TWITTER je or website ! Dekat blog sekarang ni , dah banyak sangat . Tak larat nak update plus dengan kekangan yang ada . Laptop rosak ! :(

Lagipun , ain memang join group facebook yang special for contest , segmen , giveaway ni dekat blog . So , secara tak langsung ain memang tau . Tapi , kalau rasa nak ajak , tag je and mention dekat fb ke , dekat chat box okey ! Tak marah pun . Hahahaha. Kalau ain rasa berminat , ain join okay !

Oh , kepada online shop , blogshop yang buat contest , giveaway , segmen yang basically tak ada dalam blog .. Feel free to invite me !
Kepada produk produk atau servis atau bisnes yang BERSESUAIAN , I am open for sharing my details and information as it include the terms and conditions of the contest .
Because as a freelance marketer , i do love to know more and more of the products, services or business that suitable for me .

Jangan malu malu jangan segan segan !
Drop it your advertisement , website , link through my email : farahain8291@yahoo.com.my
Or just leave it your comment here .
Or my personal facebook : facebook.com/ain8291

*setakat ini , dah selamat join 2 contest dari FreshKon dan jugak Nivea . Mungkin brand brand lain yang nak cari product review , testimoni ,, feel free to inform me !

Peluang MENANG RM 2000 Dari FreshKon

Ahaa , kalau anda yang jenis suka pakai contact lens tu tau la FreshKon ni apekebenda kan . Hahaha. So , this time around , FreshKon ada buat contest .

Hadiah pertama RM2000 kot . Nak boleh ? Please please. Ain ni dahla loyal consumer FreshKon tau.
Sebab ain jenis kalau pakai lens tak pernah cuba yang korean lens , yang murah murah tu . Takut nanti beri kesan negatif . Dah la mata ini penting kan . Cukup je la dah rabun teruk .. Memang dah bosan pakai spek . Pasal tu pakai lens . Dari SPM sampai dah 23 tahun ni , memang follow cerita pasal lens .

Kadang kadang siap jadi consultant pulak pada kawan kawan yang nak cuba pakai lens. Hahaha .

So , to all the lens lover , Jom lah join contest ni ! Simple jer syarat syarat nya .. Tamat 23 Mac . Klik bawah ni ,

Tips Khatam Al-Quran dalam 1 Bulan

Assalamualaikum . Ahaaa , nak share tips yang ain print screen . Ala , dapat hasil daripada scroll facebook lah . As for now , ain lebih kepada add friend and follow mereka mereka yang selalu post perkara perkara positif , yang kerja dok maki hamun kutuk mengutuk  komplain sana sini tu harap maaf ain akan ignore dari pembacaan . Sebab apa ? Minda kita ini ibarat mesin , kalau kita sentiasa service dia dengan benda yang tak baik , automatik cepat rosak. Lepastu relate dengan hati pulak , jadinya ain tak nak mesin ain nie cepat rosak. Hehehe . Tak salah kalau setiap hari kita topupkan ilmu ilmu baru dalam diri kita secara tak langsung akan bersihkan hati kita .

So , ini lah tips nya... Jom kita try nak !. Ya ALLAH , mohon kau buka kan hati aku , yelah .. Banyak sangat duniawi sampai kadang kadang jadi alpa .

Mimpi atau Hidayah ALLAH


Okay , semalam aku sedih sangat . Sebab laptop aku tak boleh on langsung . Aku dah susun cantik plan yang nak di buat semua . Ada satu kerja ni memang lah kena hantar bulan 3 . Aku dah settlekan tinggal final touch double check lagi . Pastu , tetibe laptop buat hal . Spontan aku menangis . Aku sedih sebab pending apa yang aku dah rancang . Sampai abang aku nampak terus dia pujuk aku , dah ain . Nanti aku tanya dekat kawan kawan aku . Lama jugak aku nak motivate diri balik . Gila weyh , i really feel so down .  Bukan give up , cuma frust ! Bukan tak terima ujian dan dugaan Allah , cuma pada ketika aku dah plan banyak benda , jadi kena adjust balik apa yang nak di buat .

Sampai ke malam eh sampai ke pagi almost 4 a.m juga aku baru terlelap . Tertido dalam keadaan sedih . Mungkin terbawa bawa sampai aku mimpi . Mimpi ni kelakar pun ada tapi makna tersirat tu yang  aku nak highlight dekat sini . Aku mimpi depan mata aku satu kapal terbang ni dia mendarat dalam keadaan cemas . Enjin kapal terbang tu bermasalah . Dan pilot tu dengan tenang landing dalam keadaan baik tanpa ada berlaku kemalangan pun pada penumpang . Selepas itu , pilot tu pun turun dan berjumpa dengan aku dalam muka dia senyum . Aku terus tanya "tenang je ehk handle kapal dalam situasi macam gini , siap boleh suruh passenger rileks dulu sementara nak tunggu bantuan" . Dia cakap , "dalam keadaan macam gini kita kena tenang , kalau kita sebagai pemandu yang lead tak boleh nak tenang macam mana penumpang yakin yang dorang akan selamat macam sekarang ni!" .

Terus aku tersedar , dan muhasabah diri aku balik . Kenapa aku perlu nangis sedangkan aku sendiri yang  susun perancangan aku dan aku sendiri yang akan selesaikannya satu persatu . Terus aku kata pada diri aku " ain , kalau benda kecik macam gini pun kau dah nanges dah frust , macam mana nak handle bisnes untuk masa akan datang yang lagi banyak cabaran" .

Ya Allah , ku mohon agar kau sentiasa berikan kekuatan kepada diriku untuk menempuh hari hari yang akan datang ..

LUCKY GIVEAWAY BY TISYA & FD






بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
"Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang”



Klik banner untuk join.



Senarai hadiah :-
Beg laptop & dress by Yumida | Keychain handbag 3D by Batrisyia | Bookark 4Rabia by Iman Zakaria | Tudung by Karimah | Topup RM10 by Arrien | Topup RM10 x 3 by Waney | Printed Shawl by Adriana Azam | Topup RM5 by Darlina | Preloved Novel by FD | Topup RM5 x 5 byShad | Topup RM5 x 2 by Iza Arina



Lucky Giveaway ditaja oleh Batrisyia, Fatin Diana, Yumida, Iman Zakaria, Karimah, Arrien, Waney, Adriana, Darlina, Shadira, dan Iza Arina.




Tamat 25 Februari 2014, 10 Malam.




COKOLAT COKOLI SEGMEN BY TENGKUBUTANG

klik gambar cekelat sodap tu kalau nak join ! jom jom jom jom !
segmen tamat malam ni ! :)
auwwmmmm,, nak cekelat nak cekelat... 

Wordless Wednesday

 

" MOTIVATIONAL WORDS "
1 hari , 1 perkataan .. nak tampal dekat dalam bilik :)

REVIEW BUKU | Kuasai Pemasaran , Rahsia Menarik Pelanggan


Tajuk : Kuasai Pemasaran , Rahsia Menarik Pelanggan 
Penulis : Dr. Azizan Osman & Aqif Azizan 
Harga : RM 25 ( Semenanjung Malaysia ) 
    RM 28 ( Sabah & Sarawak )

"Kuasai Pemasaran , Rahsia Menarik Pelanggan , Kini Berada Dalam Genggaman Anda"

Tahukah anda , Pemasaran adalah satu trauma bagi majoriti ushawan di seluruh duinia . Satu hadis popular yang sering sinonim dan kita kita semua ketahui ialah :
"9/10 rezeki datangnya daripada perniagaan"

Dan , bukan itu sahaja , 9/10 perniagaan yang ditubuhkan kurang 3 tahun akhirnya tutup kedai -Dr. Azizan.
Jadi , berkait rapat dengan hadis itu , adakah hadis ini hanya sekadar hadis dan ia tidak memberi apa apa makna ? Jawapannya Tidak! 
Ini adalah kerana apa yang berlaku dalam diri kita sama ada ia membawa kepada kejayaan atau  kegagalan , pilihan itu berada di tangan kita sendiri .

Jadi , sekiranya bisnes kita gagal atau mungkin susahnya nak memanggil manggil pelangan untuk membeli , kita sendiri bertanggungjawab untuk adjust sedikit strategi bisnes kita tu .
Nak adjust dari segi ape ek ? Opps, slank Johor terkeluar pula ekk ekk . Haha.

Adjust lah dari segi Marketing ! Yes , Pemasaran ..
Sebenarnya , Pemasaran itu sebagai satu dakwah . Kenapa pula ? Ianya seperti , mana Nabi Muhammad , para sahabat baginda dan seluruh penganut agama Islam sentiasa berusaha untuk menyampaikan mesej tentang kesucian agama dan ianya sama juga seperti pemasaran . 
Pemasaran juga merupakan satu hebahan maklumat tanpa henti .
Dalam kajian yang dilakukan juga , 90% usahawan tidak menguasai pemasaran walaupun mereka sudah berniaga lebih dari 10 tahun.
Jadi , apa tunggu lagi ... Mari kita sama sama adjust bisnes kita dengan skill pemasaran yang dikongsi  dalam buku ini .

Oppps , perlu ingat juga ye , pemasaran bukan aktiviti menjual , ia lebih kepada aktiviti :
1) Memberikan mesej yang dapat menyelesaikan masalah pelanggan
2) Berkongsi maklumat bisnes kita yang mana ianya dapat menambah ilmu dalam diri orang ramai 
3) Memberikan solusi kepada pertelegahan emosi yang berlaku dalam diri pelanggan yang mempunyai masalah.
4) Aktiviti BERDAKWAH : Dimana semakin kita hebat strategi pemasaran , semakin hebat skil dakwah kita

Antara TOPIK hot yang dikupas di dalam buku ini ialah :
  • 9 Dosa Besar Dalam Perniagaan
  • Kuasa Formula 10P
  • Formula POWER
  • 17 Strategi Magnet Pelanggan Tanpa Kos
  • 8 Kunci Penjenamaan Perniagaan 
  • 40 Strategi Pemasaran Dijamin Berkesan
Jadi , apa tunggu lagi .. rugi kalau tak beli bahan ilmiah sebegini .. oh , ada jual juga secara online . 
klik link bawah ini :

2014 Followers Untuk Tahun 2014 !



Okay ! sesi cabar mencabar diri ini yang dah semakin serius dalam dunia blogging ini . Nak cabar diri untuk terus tingkatkan jumlah followers menjadi 2014.

Yelah , sempena tahun 2014 kan . kahkahkahkah . Lagipun tahun 2014 kan Tahun Melawat Malaysia . haruslah ikut tema . hahaha. Jadinya , bila kita dah letak kan target ini secara tak langsung diri ini akan lebih berusaha untuk terus ke hadapan kan kan kan kan kan . hahahaha.

Terkini , jumlah follower setakat 18 feb 2014 , jam 6 petang seramai 1192 .

Fuh , nak kejar jadi 2014 akhir tahun ini , mampu kah ? Sendiri nak , sendiri usaha yerk farahain ! kihkihkih.

Nak tangkap 822 blogger lagi untuk jadi followers akuainkausiapa.blogspot.com .
Pada yang baca , belum follow , mohon follow ye! thanks :)

Hadiah Untuk Mereka Birthday February !

Ahaaa , siapa lahir bulan februari angkat ibu jari kaki ! Haha . Just kidding , oh seriously , for those who celebrate their birthday on february .. YOU are the lucky person .

Same goes to me .. Yeay , dapat hadiah selepas bershopping .. Dekat mana ek ? Macam mana nak dapat ni ? Hmm , sabaq sat . Kasi ain explain satu satu .

Firstly , korang kena pergi bershopping di Galleria @ Kotaraya di Johor Bahru , Johor .
Alamat : Jalan Trus , Johor Bahru
Alaaa , korang ada GPS kan . Haaa , pi cari .. Paling nak senang tengok je signboard ke Pusat Bandaraya Johor Bahru .

Dah sampai situ , korang shopping shopping la dulu .. Syarat syarat nak dapat hadiah , yelah , nama pun masuk shopping mall makanya kena la shopping dulu minimum RM 20 . Dah dapat resit , berlari lari ke customer service nak tebus hadiah . Chop ! Hanya pada mereka yang lahir pada bulan Feb je. Jangan lupa bawa I/C . Ahaa , its gonna be untill 28th February . So , lets grab the chance to win.
Eh eh eh , anda dah tebus hadiah , weeee , dapat snap gambar . And wehoo , gambar anda will be publish at Official Facebook : facebook.com/GalleriaKotaraya

So , anda tak nak ke dah bershopping , lepastu dapat hadiah , lepas tu dapat tangkap gambar , lepastu gambar anda di official facebook shopping mall itu ? 

Well , let' share the love with Galleria@Kotaraya Johor Bahru . :)
Eh chop , kasi LIKE jugak , itu facebook page yer. 

8 Februari : Selamat Hari Jadi ke-23


Assalamualaikum and yeah ! Its my sweet 23 birthday ! Wohoo , thanks especially mereka yang dah wish . Ada yang wish in advance lagi ! And my bestfriend yang berusaha menjadi yang pertama . Thank you so much . Abang gua pun siap main gitar nyanyi versi mandarin dengan jepun . Kahkahkahkah .

Well , susah sebenarnya nak senyum sebab aku dah tak boleh dengar ucapan hari jadi dari ibu aku . Ibu , walaupun ibu dah tak ada dekat dunia ni , ain tetap nak cakap terima kasih ibu sebab melahirkan ain . Insyallah , janji ain dekat ibu untuk jadi anak yang baik akan ain pegang sampai akhirat .

Wohoo ! Malas nak sembang banyak . Cuma mampu ucap rasa syukur kerana sudah berusia 23 tahun

Hello sweet twenty three nur farahain !

Age is just a number !



Assalamualaikum and salam Jumaat semua . Alhamdulilah , masih diberi peluang untuk meneruskan kehidupan dan mohon ucap rasa syukur dan berterima kasih kepada Allah kerana memberikan kita peluang .

Dan peluang tersebut diberikan kepada ain .. Wohoo , esok 8feb ! Genap umur ain 23 tahun . Rasa macam tak percaya je kan . Lahir 1991 dan nah ! Gedebak gedebuk dah 23 tahun . Memandangkan hari ini hari terakhir berumur 22 tahun . Kihkih .. Nak refresh balik sepanjang umur 22 tahun .

Moment paling best , dapat prektikal tempat yang best , dapat celebrate birthday dengan kakak kakak dan abang abang tempat prektikal , dapat tamat kan degree , dapat pre-convo je , convocation tak dapat sebab sehari sebelum nak konvo , arwah ibu meninggal , kisah paling sedih dan teramat sedih . 

Oh , first interview before convo , tak bawa transkrip  tak tengok  resume langsung pun terus diterima bekerja as client relation executive dekat one of singapore company . Tapi office nya dekat johor bahru . Tapi sat je kerja kat situ . Sebabnya hee , its personal thing to tell it . 

Sepanjang umur 22 tahun , banyak sangat yang aku pelajari . Oh , lupa ulang alik johor bahru - sungai petani , merbok kedah masa prektikal sebab nak kena hantar research proposal , draft , viva semua tu lah .  Tak sangka aku boleh gagah drive selatan ke utara banyak kali juga . Kalau ditanya macam mana aku kumpul kekuatan itu , jawapan aku semuanya kuasa Allah . Aku selalu percaya , ujian dan dugaan yang Allah turunkan pada aku setimpal dengan kekuatan yang ada pada aku . 

Oh , aku juga percaya Allah selalu dan sentiasa ada bersama kita . Kenapa kita kena ada rasa takut , tak berani nak cuba sesuatu , nak terima kenyataan yang sangat sedih . Reflect back situation tentang.          arwah ibu aku , terus terang people keep telling me "ain , be strong "  . Yes , the words will be retain the words if we do not know exactly the meaning of that . 

Di usia 22 tahun juga , aku akui aku adjust balik mana silapnya aku dalam berfikir , dari tingkah laku aku , dan yang paling penting aku dah mula belajar tentang starting point dalam dunia perniagaan . Maaf aku katakan kebanyakan dari kita yang menceburi bidang perniagaan kadang kadang silap mungkin atau barangkali terlepas pandang dengan starting point kita .

Kenapa aku kata sedemikian ? Ini kerana rata rata antara kita tahu dan yakin rezeki tu datang dari Allah , tapi adakah dia menjaga hubungannya dengan Allah ? Dia yang beri kan kita rezeki tapi kenapa kita tidak menjaga hubungan kita ? Pernah juga dengar , "saya dah berniaga lebih dari 20 tahun , tapi saya tak tahu apa silap nya saya" . Jawapannya mudah , kenal siapa pencipta kita , kenal diri kita . Bila kita dah membiasakan diri dengan sesi perkenalan ini , Insyallah , apa yang kita buat di dunia ini sentiasa diredhai Allah .

Dulu , aku hanya tahu sedekah tu dalam konteks katak bawah tempurung . Maksudnya , urm , sedekah la kalau aku mampu . Adoi , aku tengah tak ada duit , nak kasi duit kat orang pulak . The truth is , the more you give the more you get back . Terus terang , orang bukan islam sendiri percaya pada konsep sedekah ini apatah kita lagi orang islam . 

Age is just a number ! Exactly , kalau kita katakan sedemikian , kita jangn menidakkan yang ini ... "Alaa, aku muda lagi la , nanti dah umur 40 la aku baru taubat , masa muda ni la enjoy sakan " . Ketahui lah kamu mati itu pasti , mati tidak mengenal usia tua muda . Dulu , aku pun bajet macam gitu jugak ! Tua lah baru nak rasa takut takut rasa insaf , tapi semenjak arwah ibu meninggal , aku pelajari banyak sangat tentang kematian . Setiap kali ziarah ke kubur , aku lihat kubur kubur mereka , aku terpandang kubur comel iaitu kubur baby , lalu aku sendiri terfikir " seawal usia baby pun Allah dah panggil , apatah lagi kita yang dah berusia 20 -an kan " .



Jadinya , perkara pertama dalam hari hari anda , sentiasa ucap rasa syukur ! Mohon agar diri ini dan semua sentiasa dekatkan diri kita dengan Allah . 

Oh

IntaNBerliaN Mega Giveaway 2014


http://ihaveasweetsmile.blogspot.com/2014/02/intanberlian-mega-giveaway-2014.html
 **KLIK BANNER KALAU NAK JOIN **

SPONSOR SPONSOR AWESOME , JOM TERJAH PAGE MEREKA :
JOM CUCI MATA HADIAH DULU :
 

Izz Zayani Dress : RM224
1 PEMENANG
Izz Zayani Dress : RM224
1 PEMENANG
Izz Zayani Dress : RM224
1 PEMENANG
Arabian Jubah Dress : RM75, Pleated Jubah Dress : RM80 , Sophia Geometrical Dress : RM85
3 PEMENANG

JAMEELA : RM55 & JAMEELA : RM59
2 PEMENANG


KEESYA COUTURE : RM62 & KEESYA COUTURE : RM59
2 PEMENANG


KEESYA COUTURE : RM59 & KEESYA COUTURE : RM59
2 PEMENANG


WAFIYYA : RM59 & WAFIYYA : RM55
2 PEMENANG


WAFIYYA : RM59 & JUBAH MATERIAL SOFT DENIM : RM129
2 PEMENANG



Capsule Cut Long Shawl (Warna Peach) : RM34, Capsule Cut Long Shawl (Warna Off White) : RM34
Halfmoon Blue Baby : RM34, Halfmoon Pink : RM34, Layered Chiffon Shawl : RM34
5 PEMENANG


Layered Chiffon Shawl : RM34, Two Colour Shawl : RM36, Wide Shawl (gambar tengah) : RM26, Two Colour Shawl : RM36, Wide Shawl (gambar last) : RM26
5 PEMENANG

10 PEMENANG
Fanpage : Scarfsweethoney 
Shawl Glitter Zyana : RM39
3 PEMENANG

Fanpage : Naylisha Boutique
Shawl Halfmoon : RM25
2 PEMENANG

Fanpage : Huda Collections

Wide Hem Tribal Blouse (warna lilac) : RM38, Wide Hem Tribal Blouse (warna khaki) : RM38
Elegant Butterfly Sleve Maxi (warna kuning) : RM33, Two Piece Batwing Jubah (warna magenta) : RM33

1 PEMENANG

Blog : Ecadwinkyasha

sumber
Cash : RM30

1 PEMENANG

IntaNBerliaN

Memandangkan saya dah jual EPHYRA, so untuk tahun ni, saya akan bagi EPHYRA la yer... (",) Saya bagi 2 KOTAK TRIAL EPHYRA... 
2 PEMENANG
 

Mini Giveaway by www.AimanAziz.com


NAK MENANG RM 50 ? JOM SERTAI . KLIK BANNER KALAU NAK JOIN .
TAMAT : 14 FEB 2014

Misi 1111 Berjaya !

Assalamualaikum and hello to all the readers . Yeay ! Alhamdulilah misi nak mencari followers ke 1111 dah tercapai . It takes about 5 days kot nak cecah 1111 tu . Let 's recap sebelum misi tersebut berjaya .

So kepada yang bertuah itu , ini review blog awak ya ! Sebenarnya bagus jugak kita mencabar diri sendiri . Dari situ , kita akan tengok perfomance achievement kita dalam dunia blog ni . Not just that , kita jugak akan berusaha dan work hard untuk mencapai apa yang kita target kan itu . So , my next challenge would be some unique followers number 1234 . Ahaks ! Bila agaknya tercapai ? Sama sama kita nanti kan . I need about 100++ to win this challenge . Okay , nak pasang strategi ! Hehehe .

Maaf sebab entri ni agak lama terperap ! sebab followers setakat ini Alhamdulilah , 1137 . Hee! Dah lajak jauh dah ni ! 


Abe Kie : Style, Quality, Excellence 

  so , ini lah pemilik follower 1111 akuainkausiapa.blogspot.com
TAHNIAH ! hehehe .

So , basically apa yang ain tengok dalam about me pemilik blog ini ialah menggunakan gelaran "Daddy Zuki" yang berusia 40 tahun merupakan cikgu bahasa inggeris ! wohoo ! good morning sir ! hahaha . 
bila Daddy Zuki ni tak sibuk , dia suka membaca , Makan ( itu hobi ke tabiat ke ) hahaha , of course surfing internet . I bet , most of the blogger memang jenis suke explore internet right !

so , kalau nak learn more in English boleh la rajin rajin singgah blog Daddy Zuki ni . oh , bukan itu saja , dalam blog ini juga ade dikongsi kan tips , info info yang bagus , tazkirah tentang kehidupan , agama yang sememangnya kita perlu untuk memperkukuhkan lagi diri kita untuk menempuh hari hari yang datang .

jadi ! misi seterusnya mencari pemilik 1234 !! siapakah yang bertuah ? ;)

1 Dah ! 4 Entah Bila !

Ahaaaa ,, cuba teka ape kebenda tajuk entri tu 1 dah ! 4 entah bila ! Curious tak nak tau ? Ke aku seorang je yang syok sendiri taip cerita aku . Hahaha . Okay , this entri nak kata buat promosi tak la juga kan . Tapi is a part of promoting i guess . Hahaha

Ceghita nya macam gini , seorang dari geng kami dah pun officially jadi isteri orang . Kami ni dari matrik kenal . Semua jenis gila gila padahal tak sebilik , ada yang tak sama kelas , tak sama course pun . Yang sama ialah sama blok kolej kediamaan je , yang tu la punca segala gala kenapa kami boleh jadi bff (bestfriend forever) . 
Alhamdulilah , one of our geng dah selamat berkahwin . Tahniah buat kau eiyra ! Semoga menjadi isteri yang solehah , jaga rumah tangga elok elok tau , dan dan apa lagi nak cakap ehk ! Hahaha . Oh , sebenarnya masa kau tunang dulu , aku agak sebak sikit la sebab tak percaya kau dah nak jadi isteri orang time tu . Tapi time kau kahwin hari tu , dorang pulak yang rasa sebak lagi lagi ecah dgn elly . Si lela jenis brutal pasal tu tak ada perasaan . Ceh wah , aku rasa kita ni memang geng gila gila terlampau sangat . Terima kasih Allah sebab temukan aku dengan mereka . They are super duper awesome . After habis matrik tu , pernah jumpa eiyra time tunang dia , jumpa elly time dekat senawang , jumpa ecah dekat uitm seri iskandar , jumpa lela dekat jb . Tu je la . Time kahwin eiyra ni la kitorang berkesempatan reunite together . Okay , i guess we must have a reunite again . Nak nak sangat ! Sebab lepak dengan diorang ni memang aku kerja nak gelak je . Layan kepala gila diorang . Hilang semua rasa stress . Hehe . So , who's next ? Aku ? Wohoo . Planning kahwin memang langsung tak ada dalam kepala otak ni . Target pun lambat lambat lagi . Hee , 

Okay ! Jom layan gambar dulu yer ! 


ni masa eiyra tunang ! cantik kan pink & purple theme


malam selepas nikah , siap ade sanding dan kompang lagi ! wuwutt !




yeay , dekat pelamin . sweet kan :)

the best friend forever and ever . i love them so much .1 orang dah , 4 entah bila ! hahaha .


** OH ! tak sangka dah dulu dulu makan meggi sama sama , stay up sama sama , lepak sama sama tidur pun sama sama , outing sama sama tak sangka dah dah kena rasa kahwin kahwin ni ! ahaha . 

Dah 1 Februari lah !


Assalamualaikum dan hello to all the readers. Pejam celik pejam celik , dah 1 februari pulak kan . Cepat nya masa berlalu . Yela , baru je rasa sambut new year. Hahaha. Eh , by the way to all chinese Gong Xi Fa Cai !

So , bila dah 1 februari ni , aku memang dah kena bersiap sedia menempuh satu tahap ke depan la . Apa dia ehk ? 8 februari ni saya secara official nya berumur 23 tahun . Wohoo ! Cepat je kan masa berlalu . Well , hello February ! Its actually great to see you . Insyallah , dah nak sweet 23 ni , kena lagi berfikiran matang . Bukan itu saja , kena lebih dekatkan diri dengan Allah , perbanyakkan diri dengan amalan amalan baik . Oh , paling tak nice bila orang keep asking me "bila lagi nak kahwin?" , omg ! Can you please asking me " bila nak buat umrah?" Haaa , kan best soalan tu . Insyallah , I plan for it . Nak pergi umrah kalau boleh tahun ni . Dulu dulu , diri ni rasa tak bersedia langsung nak ke rumah Allah . "Ala , nanti la umur dah 40+ baru fikir" tapi sekarang , tidak lagi . Alhamdulilah , harap sangat niat dan usaha nak ke rumah Allah itu berjaya .

Cuma , tahun ni would be the sad day ever sebab tak dapat menyambut nya dengan ibu . Hurm , tak apa ibu , semoga kita berjumpa di syurga terbaik nanti ye ! Insyallah , doa medium perhubungan kita . Ain akan selalu doakan ibu . Moga ibu tenang di dunia yang baru itu.

Lastly , speak to myself , welcome to sweet 23 nur farahain ! :)