Mimpi atau Hidayah ALLAH
Okay , semalam aku sedih sangat . Sebab laptop aku tak boleh on langsung . Aku dah susun cantik plan yang nak di buat semua . Ada satu kerja ni memang lah kena hantar bulan 3 . Aku dah settlekan tinggal final touch double check lagi . Pastu , tetibe laptop buat hal . Spontan aku menangis . Aku sedih sebab pending apa yang aku dah rancang . Sampai abang aku nampak terus dia pujuk aku , dah ain . Nanti aku tanya dekat kawan kawan aku . Lama jugak aku nak motivate diri balik . Gila weyh , i really feel so down . Bukan give up , cuma frust ! Bukan tak terima ujian dan dugaan Allah , cuma pada ketika aku dah plan banyak benda , jadi kena adjust balik apa yang nak di buat .
Sampai ke malam eh sampai ke pagi almost 4 a.m juga aku baru terlelap . Tertido dalam keadaan sedih . Mungkin terbawa bawa sampai aku mimpi . Mimpi ni kelakar pun ada tapi makna tersirat tu yang aku nak highlight dekat sini . Aku mimpi depan mata aku satu kapal terbang ni dia mendarat dalam keadaan cemas . Enjin kapal terbang tu bermasalah . Dan pilot tu dengan tenang landing dalam keadaan baik tanpa ada berlaku kemalangan pun pada penumpang . Selepas itu , pilot tu pun turun dan berjumpa dengan aku dalam muka dia senyum . Aku terus tanya "tenang je ehk handle kapal dalam situasi macam gini , siap boleh suruh passenger rileks dulu sementara nak tunggu bantuan" . Dia cakap , "dalam keadaan macam gini kita kena tenang , kalau kita sebagai pemandu yang lead tak boleh nak tenang macam mana penumpang yakin yang dorang akan selamat macam sekarang ni!" .
Terus aku tersedar , dan muhasabah diri aku balik . Kenapa aku perlu nangis sedangkan aku sendiri yang susun perancangan aku dan aku sendiri yang akan selesaikannya satu persatu . Terus aku kata pada diri aku " ain , kalau benda kecik macam gini pun kau dah nanges dah frust , macam mana nak handle bisnes untuk masa akan datang yang lagi banyak cabaran" .
Ya Allah , ku mohon agar kau sentiasa berikan kekuatan kepada diriku untuk menempuh hari hari yang akan datang ..
LUCKY GIVEAWAY BY TISYA & FD
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
"Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang”
Klik banner untuk join.
Senarai hadiah :-
Lucky Giveaway ditaja oleh Batrisyia, Fatin Diana, Yumida, Iman Zakaria, Karimah, Arrien, Waney, Adriana, Darlina, Shadira, dan Iza Arina.
Tamat 25 Februari 2014, 10 Malam.