
Kenangan Manis Tahun 2015
Aku nak share kenangan manis aku ke pelbagai tempat , Alhamdulilah , banyak juga tempat yang aku pergi untuk tahun 2015 . Bersyukur sangat ALLAH berikan aku ruang dan peluang , Dia izinkan hamba dia yang lemah ini ke pelbagai tempat . Ini lah beberapa tempat yang aku sudah jejaki . Terima Kasih ALLAH .
- Penang

Alhamdulilah , tahun 2015 merupakan kali ketiga ain dapat naik ke Bukit Bendera . Seronok sangat . Kebetulan , housemate ain , blogger juga si Syiera Firdaus tu kahwin pada hari raya . Jadi , ain pun plan lah dengan keluarga beraya di utara . Naik flight dari JB-Penang , lepastu sewa kereta . Senang takyah rasa stress jalan jem . Hahaha .
- Sungai Petani , Kedah


Tempat ini merupakan tempat aku ulang alik dulu . Yelah , belajar dekat Uitm Merbok . Dekat tiga tahun duduk disana , ulang alik dari JB ke sana dah macam biasa dan aku sendiri dah tak rasa jauh pun utara tu . Tengok berapa ratus KM lagi nak sampai ke JB pun aku senyum je , tak mengeluh pun jauh sebab itu dah jadi kebiasaan aku . Jujurnya , ini satu pengalaman yang indah dapat belajar jauh dari tempat tinggal .Hahaha. Oh , gambar ini masa kawan aku si Syiera dan Ayang selang beberapa bulan je . Kan dah cakap ulang alik . Hahaha.
- Pahang
Kebetulan , kawan geng masa matrik kahwin dekat Jengka . Jadinya , ain dari JB naik flight ke KL , dari Kl naik satu kereta dengan geng yang lain ke Pahang . Walaupun sampai ke Gambang lambat , tapi sekurang kurangnya , dapat la juga reunion beramai ramai . Kitorang sewa 1 homestay je nampak je homestay tu kampung , tapi fully furnish . Aircond semua bilik . Rasa selesa sangat. Itu first time ain ke Pahang dan Insyallah nak ke sana lagi . Nak explore lagi .
- Hatyai , Thailand
Alhamdulilah , dapat juga merasa ke Hatyai , Thailand . Kebetulan hotel yang aku stay memang betul betul di tengah bandar , apalagi setiap malam memang berjalan kaki je keliling night market dekat situ . Paling yang aku suka ialah ke Floating Market sebab ianya penuh dengan makanan . Banyak juga makanan yang aku rasa . hahaha .
- Putrajaya
Masa nak ke Pahang kan ain naik flight dari JB-KL . Dari KLIA2 ain naik ERL ke Putrajaya . Sebenarnya , itulah pertama kali aku naik ERL . Hahaha . Dah alang alang nak ke KL Sentral kan , kebetulan ain amek flight pagi dari JB , alahai tak sampai sejam pun dah sampai KL . Dekat Putrajaya sempat lah berjumpa dengan kawan baik dari sekolah rendah dan dia jugak fit buddy ain . Hehehe . Tak puas jumpa lah sekejap sangat . Nak sangat spent time masa lagi dengan dia .
Nanti lah aku nak buat entri khas di setiap tempat yang pernah aku pergi . Insyallah . sekadar berkongsi apa yang boleh di kongsi untuk bacaan semua .
cik en masih x sempat nk join GA ni.. hrp sempat.. good luck!
ReplyDeletebestnya jalan merata 2015 ya..
ReplyDeleteGood luck and all the best...Hopefully tahun 2016 lagi banyak kenangan manis dari 2015..hehehe :D
ReplyDeleteRegards,
-Strider-
Goodluck okay, dari segmen sama :)
ReplyDeletebanyak kenangan manis tercipta...semoga 2016 lebih banyak lagi kenangan dicipta
ReplyDeletehai.. thanks sudi join segmen hani..
ReplyDeletegood luck dear :)