21/366 : DIARY OF THE DAY -21 JAN 2016



Assalamualaikum dan hello kepada semua . Alhamdulilah , masih diberi kesempatan peluang untuk menikmati hidup di muka bumi ALLAH ini . Hari ini dah 21 hari bulan . Kejap je dah nak habis bulan januari kan . Padahal rasa macam baru je bulan januari . Okay , ini la sedikit coretan diary of the day aku pada hari ini :


  • Dapat Hadiah Comel
Alhamdulilah , ain ada menang giveaway yang ini Giveaway ini  . Hari ini baru dapat buka hadiahnya . Sepatutnya semalam dah dapat buka hadiahnya , tapi ain pula tiada dekat rumah , makanya kena la pergi tuntut dekat pusat poslaju tadi . Terima kasih kepada yang sponsor hadiah comel ituSponsor : Sofie . Hadiah jauh dari Sarawak ke Johor pula tu . Nak tahu apa hadiahnya ?  . Tadaa ..


siap bersampul lagi .



ini lah hadiah comel nya . 

Terima kasih ye. Suka sangat sebab dah lama tak ada buku nota comel comel macam gini . Last ada pun masa zaman sekolah . Hahaha.


  • Makan kekacang untuk snek pagi / petang / malam
Untuk program kurus mengurus ini , aku boleh makan kekacang sebagai protein . Aku akan jadikannya ia sebagai snek minum pagi atau makan petang ataupun supper . Ianya bagus bagi mengelakkan perut kita berlapar . Sebab itu dalam program kurus mengurus kena makan sampai 6 kali . Tapi jangan lah kau melantak macam tak pernah makan berbulan bulan . Hahaha . Untuk snek ini , hanya ambil segenggam sahaja . Tak lupa juga kena combine kan dengan buah buahan . Paling pemalas kau singgah je kedai yang ada jual buah potong RM1 tu , haa beli lah 1 atau 2 jenis . Untuk kurus kena banyak makan sayur dan buah buahan serta perlukan protein . Sebenarnya . dalam proses nak menguruskan badan ini bukannya fokus utama kepada senaman apa yang kita nak buat tetapi lebih kepada lifestyle iaitu tabiat pemakanan kita . Tak salah makan nasi tapi kena tahu berapa kuantiti yang harus diambil . Bukan tak makan langsung ! .


Selalunya aku update diary of the day aku malam kan , hari ini aku update petang . Takut malam tak sempat . Hahaha . Jumpa di dalam entri lain ye ! Bye! .