28/366 : DIARY OF THE DAY -28 JAN 2016






Assalamualaikum dan hello kepada semua . Alhamdulilah , hari ini dah 28 hari kita berada dalam tahun 2016 . Lagi dua hari , maka genap lah sebulan ain kosisten menulis diary of the day ini . Rasa bangga gila terhadap diri sendiri . Hahaha . Okay , hari ini nak membebel apa ye ?


  • Kemas dapur rumah
Alhamdulilah , petang tadi ALLAH bagi ain tenaga nak mengemas dapur rumah . Faham faham je la , ain seketul je perempuan dalam rumah . Ibu dah meninggal , adik beradik semua lelaki . Memang ain je la yang kena kemas rumah . Dapat juga kemas sikit dapur , insyallah esok kalau larat nak sambung lagi kemas . Jujurnya , bila kita tengok rumah kita bersih , kita mesti akan lagi rasa selesa dan bahagia je duduk dekat rumah . Lagipun , bila dapur bersih , kecenderungan untuk memasak selalu mesti selalu ada . Hahaha . Tambahan pula , sekarang ini ain tengah dalam proses kurus megurus , makanya kena lah rajin kan diri memasak . Kalau beli itu kita tak dapat tahu kandungan minyak , gula ,garam yang ada . Bila kita masak , kita sendiri tahu berapa yang kita letak .


  • Followers makin berkurang
Yang ini dari semalam terasa sedih . Konon semalam hati kental tak nak rasa sedih , sekali hari ini tengok , mak ai , makin susut teruk nampak ! . Sedih kau tahu ? Hahaha . Nak buat macam mana kan ?  Kita kena terima lah hakikat sebenar . Tak apa , lepas ini akan lebih kosisten lagi nak tambah jumlah followers . Untuk sekarang ini , sama sama lah kita bersedih bersama sama . Hahaha . Tabahkan hati ya! . 


Arggh , aku dah mengantuk tambah penat sangat dah ini . Makanya , ini sahaja la yang mampu aku taip untuk hari ini . 

Assalamualaikum  :)